Thursday, July 28, 2016

OOTD Raya

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?
Akak sekarang ni balik kerja jer terus landing atas katil tengok cerita Rumi dan Jawi dulu.
Best pulak cerita tu. Macam matching pulak Fatiya Latiff dengan Remy Ishak.

Ahad lepas kami jemputan open house kawan ayah budak-budak ni kat Shah Alam.
Alang-alang nak hantar Abang balik hostel sejalan dengan rumah open house kita pun singgahlah sekejap. 
Budak lelaki tu dah mengomel risau sebab kalau lambat sampai hostel kena denda RM10.
Rilekkkkklah bang Shah Alam dengan Cyberjaya bukannya jauh sangat pun.
Sekali masa nak hantar balikhostel tu jalan boleh jamlah pulak. Nasib baik sempat sampai sebelum curfew hehehe.....


OOTD Akak bila malas nak pakai baju kurung/raya
Sarung jer jubah hitam .......jalannnnn



nampak Abang kat belakang tu kerisauan sampai tak nak makan
last-last bila ayah dia sound baru dia nak makan....
itu pun dia pau dari pinggan Akak....
kacau jer sebab kacau satay orang


budak ni tengok mak dia OOTD....dia pun menyibuk sama sampai kami kena marahlah dengan ayahnya sebab lift dah sampai kami duk sibuk OOTD hahahaha...
mana tau....ingatkan nak pergi daftar dulu 


open house kat tingkat 21 


woooooshhhhh.....
bila kena tiup angin terus tersingkap pakaian bawah jubah hehehe....



Monday, July 25, 2016

Makan-makan sempena pindah office dan hari raya


Hari Khamis lepas office kami ada makan-makan sempena berpindah ke office baru dan jamuan hari rayalah sekali. 
Kali ni bukan port luck macam Isnin lepas tapi company yang belanja.
Tapi menu hanyalah satay. Tapi bukan sebarang satay tapi satay Samuri Kajang mari.



macam biasa mesti dept Akak yang in-charge (letih haku ler)
Disebabkan department Akak yang in-charge makanya Akak telah dipaksa menjadi pekerja part-time satay Samuri sebab nak cepatkan proses.
Harapkan adik satay Samuri dua orang tu rasanya mesti orang beratur panjang lama sebab sorang kena serve dan sorang lagi sibuk nak potong nasi impit bagi kuah kacang dan segalanyalah.
Akak rasa macam makcik kantin haritu sebab duk tanya orang nak satay ayam atau satay ayam mix dengan daging pastu past kat derang. Sebiji macam makcik kantin!
Tensi gaklah sebab orang dah sampai 3 round makan satay, Akak masih disitu jadi makcik kantin.
Tolonglah lain kali bagilah dept take charge. 


makcik kantin pun kenalah tangkap gambar jugakkan


sedap korang makankan....sementara Akak telan air liur saja disitu =P



2000 cucuk kami order satay haritu.....makanlah korang sampai muntah


adik satay Samuri ni datang 15 minit sebelum event start.
Cepat siapkan meja.....pasal tu lah Akak pun jadi pekerja part-time tau.
Penat Akak melawa haritu....last-last jadi makcik kantin!



disebabkan Akak jadi makcik kantin......Akak pau satay banyak-banyak siap bawak balik lagi
Malam tu Akak tak masak dinner.....orang rumah semua melantak satay jer hehehe...



Wednesday, July 20, 2016

Syawal 2016 - Tart ku...tart mu jua




Akak bawak satu balang kecik tart nenas hari ni ke pejabat.

Nak kongsi dengan partner Akak kat ofis ni.

Ramai pulak yang menyinggah tempat Akak harini

boleh kata semua yang singgah mesti capai balang tart Akak.

Tabah jerlah Akak bila tart ku tart mu jua. >.<

Sejak pindah ofis baru ni letih sungguh rasa. Balik rumah terus capai bantal ZzzzZZZZ....

Tu pasal post Akak pendek-pendek belaka :)



Syawal 2016 - Jamuan Hari Raya


Assalamualaikum,

Isnin lepas kami ada jamuan pot luck sempena hari raya.
Kali ni kami tak cater macam tahun lepas tapi kami semua chip in untuk makanan.
Semua bawak makanan sorang sikit....kumpul-kumpul semua jadi banyak jadinya.
Gambar ni semua susunan random tau.


macam-macam makanan ada.
Akak just contribute kek dua biji dan nasi impit mini.
Akak-akak yang lain tu rajin sungguh masak rendang, bihun, kuih muih, roti jala dan macam-macam lagi. Semua makanan sedap-sedap belaka.


seronoklah makan ramai-ramai.
Ini makan-makan pertama kami di pejabat baru ni.
Hopefully to many more.

gambar tuan blog mestilah ada



dengan opismate-opismate Akak =)
Akak pakai tudung Oschascraf yang Akak beli haritu.
Rupanya batu maniknya kat hujung tudung.
Puas Akak mengejas bagi nampak batu ...hahaha...


susah nak tangkap gambar semua orang
Sedaya upaya Akak memanjangkan tangan :P






ini paling win....sedap siot
rendang kambing 3kg....licinnnnn
tinggal bekas jer hahaha.....



gambar ni Akak tak tahu apa motipnya....
tu nasi impit yang Akak bawak hehehe.....



Last but not least the view from our office meeting room 

Monday, July 18, 2016

Syawal 2016 - Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Baru dikesempatan ini Akak dapat upload gambar-gambar Raya pertama haritu.

Tahun ni rumah pertama yang kami pergi adalah rumah Pak Long husband di Batu Caves.
Ingatkan nak jumpa Pak Long sebab hari raya haji lepas kami tak pergi rumah dia.
Sekali kami dapat kejutan.....Pak Long dah meninggal a few months.
Cousins husband tak contact kami sebab handbag dia kena ragut so nombor talipon semua hilang.
Pengajaran dari kisah ni.....lain kali pergilah menziarah sebab kita tak tahu ajal maut ni semua bila.

Disebabkan kami ke rumah arwah Pak Long dulu, kami dah lambat ke Melaka.
Sepatutnya convoi dengan my sister balik kampung....kami balik hari jer sebab Melaka dekat. My sister bertolak dulu dalam pukul 10 pagi....kami pukul 11.30 baru nak bertolak ke Melaka sebab husband kalau dah jumpa sepupu-sepupu dia panjang bercerita.

Almost pukul 2 lebih baru kami sampai Melaka.
Disebabkan my sister dah sampai Melaka awal maka banyak rumah dia dah cover.
Kuranglah rumah yang kami kunjung tahun ni sebab depa nak balik KL cepat.



Tahun ni kami tak ambik gambar Raya sekeluarga.
Rushing sangat.


Anak-anak dan anak-anak buah di rumah kampung arwah my nenek's sister


my sister and I. My sister yang sorang lagi balik raya kampung husband dia.
Boleh pulak baju kami sedondon =P
Tak berjanji pun....tapi apa nak buat dua-dua baju Ariani RTW



yang sorang ni sempat pulak hidung berdarah-darah sebab panas kot



pose wajib every year depan masjid hadapan rumah arwah my nenek


tahu tak budak-budak ni tengok apa?
Budak-budak bandar ni hairan tengok ayam atas pokok hahahaha....


ni lagi dua budak bandar.....hahaha......kesian tak pernah tengok ayam banyak atas pokok


masjid di Melaka berbentuk unik....


balik dari Melaka singgah rumah my cousin pulak di Bukit Jalil

Tema baju raya kami tahun ni hitam coklat.....Abang dah tukar baju rupanya dalam kereta.
Haishh budak ni


Raya kedua pulak kami raya belah my mother di Bentong, Pahang


tema raya kedua....suka hati koranglah nak pakai apa


Makin lama makin kurang rumah beraya sebab ramai saudara mara yang dah tak ada.
Dulu masa kecik-kecik memang meriah raya dari awal pagi sampai lewat petang sampai berlengaslah baju tak tukar. Akak ingat lagi pernah beraya rumah orang sampai pukul 1 pagi.....extreme tak extreme.
Budak sekarang ni kalau lama sikit jer rumah orang dah ajak balik =P



ni raya keberapa ntah. Pergi beraya rumah Mak Lang ayah budak-budak ni.
Hilang semua baju raya.....redha jerlah

Tahun ni macam tak berapa meriah sangat raya macam tahun-tahun lepas.
Mungkin sebab Akak sibuk so persiapan pun kurang. 

Raya korang macamana? Best tak?

Thursday, July 14, 2016

Syawal ke 9 - Tudung baru lagi


Assalamualaikum,

Gambar raya tak ada lagi sebab Akak tak sempat nak resize gambar-gambar tu.
Ofis Akak huru hara lagi sampaikan Akak tido malam pun termimpi-mimpi keadaan ofis yang macam tongkang pecah tu. Slowly-slowlylah nak kembali back to normal tapi boss nak semua cepat jer. Kita bergantung ngan contractor so pepaham jerlah....lambatttss....
Kalau tak chase suruh buat kerja tak siap kerjanya. Hari-hari nak kena remind buat apa.
Akak letih. 
Akak dah looking forward sangat to weekend ni.....Akak dah tak larat nak tengok ofis tu.
Nak muntah rasanya.

Anyway......anyway.....

Tadi masa Akak otw balik rumah Akak tertengok IG Oshascarf ada buat self pickup kat Mutiara Damansara.
Memang sehaluan jalan Akak nak balik rumah tu.
Terus suruh husband Akak buat lencongan sipi-sipi kejap hahaha...
Nasib pakcik tu okay...



haaaa tu dia.......
derang ada kat situ dari pukul 5 petang sampai 7 malam
Rezeki Akak sangat sebab Akak memang dah lama nak beli tudung Oshascraf



Akak rembat 2 helai jer sebab Akak tak keluarkan pulak duit.
Mana nak tau derang ada kat Mutiara Damansara.
Sehelai derang jual harga special RM50
Rambang mata jugaklah nak pilih kaler dan batu manik yang mana
Semua lawa-lawa.
Dah balik ni menyesal pulak tak belek satu-satu. Tadi nak cepat so Akak just ambik jer.
Bila tengok IG banyak lagi yang lawa-lawa.
Moga-moga derang akan buat self pick up lagi next time....boleh Akak beli lagi hahaha....


Wednesday, July 13, 2016

Syawal yg ke....I lost count



Dah Syawal keberapa ni ehh....
Teruk kebenar raya tahun ni. Tak semeriah dan seronok macam tahun sebelum-sebelum.
Mainly sebab ofis Akak baru berpindah ke building baru 5 hari sebelum Aidilfitri.
Habis mood nak bercuti raya sebab sibuk nak pindah randah.
Dah pindah banyak pulak problem kat office yang tak settle-settle. 
Makanya hari-hari Akak balik rumah rasa beat up sangat.
Lebih-lebih lagi Akak batuk teruk sangat dengan selsema.
Lepas makan ubat jer terus pengsan sampai ke pagi.
Besoknya sambung balik routine hari sebelumnya nak menyettlekan problem kat office tu.
Tak terasa hari raya tahun ni.....sedihnya.

Udahlah hari raya hari tu rumah-rumah yang kami pergi beraya makin berkurangan.
Tu nanti Akak cerita lain kalilah.

Itu sajalah reason kenapa Akak lama tak update blog. Akak dah nak pengsan ni.
Macamana Raya korang......citerlah kat Akak.


pemandangan TTDI dari tingkat office kami

Nanti Akak dah free sikit Akak try tepek gambar raya kami.

Bye!

Friday, July 8, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016


Kami sekeluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan 

'Selamat Hari Raya Aidilfitri'


Maaf zahir dan batin


P/s:Akak bekerja harini (Raya ke-tiga....tetiba Akak rasa macam nak nyanyi lagi dendang perantau pulak. Nanti kalau Akak free Akak update lagi ya)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin