Friday, October 30, 2015

Repeat Mohd Chan Abdullah

Salam Jumaat.

Datang hari Jumaat jer terus mood Akak naik mencanak.

Ingat tak 2 minggu lepas kot Akak pergi restoran Mohd Chan Abdullah, Sabtu lepas penat pergi sana sini cari barang-barang Adik tak koserlah Akak nak balik masak.
Marilah kita pergi makan kat Mohd Chan tapi cawangan yang kat rumah tu jerlah. 


buku menu dia mengingatkan Akak kat restoran masa Akak pergi China dulu....


Akak ambik gambar menu untuk reference korang



Menu pilihan kami ...ada lagi tu sebenarnya order tambahan kemudian-kemudian.


gegirl ayah


Cikgu Bedah dan anaknya yang poyo tak nak pakai spek sebab tak nak nampak macam nerd pastu komplen sakit kepala. Sorry baby you're a nerd....orang yang suka Maths memang nerd =P




daging masak lada hitam


Ketam Masak Telur Masin. Tak ada dalam gambar - roasted chicken, tauhu stim. Sebenarnya nak order rosated duck tapi dah habislah pulak.

Makanan semua sedap tapi yang tak sedapnya semua makanan sejuk tak dipanaskan. 
So ayah budak-budak ni kata lain kali tak yah dah makan sini lagi. 

Total bil malam tu dalam RM120++



Thursday, October 29, 2015

Sumbangan



Akak terbaca dalam Instagram pelakon Eja. Sebak pulak hati bila membacanya. Nak bagi sumbangan banyak tak mampu. 

Cara ini jerlah yang Akak harap dapat membantu.

Marilah kita bagi sumbangan kepada anak ini walupun RM1 untuk meringankan beban bapanya. Semoga dengan jasa baik korang semua Allah akan memberkati dan memurahkan rezeki korang semua.

Wednesday, October 28, 2015

La Isla Bonita

hahaha saja jer buh tajuk tu.
Tau kan tu lagu Madonna

Hati senang tengok langit dah membiru balik selepas beberapa hari hujan lebat.


beautiful clear blue sky .....kalau musim jerebu tak nampak langsung bangunan-bangunan belakang tu.

Hope it stays this way for a long time.

Tuesday, October 27, 2015

Pergi wedding pastu ke Jaya One

Was supposed to go to a wedding with the parents tapi last minute mak kita sakit perutlah pulak. So kita pergi dengan Atok jerlah...anyway the invitation was for both of them dari kawan masjid. Tapi since my father tak boleh nak drive keluar dari 'kampung' dia so we became his driver/tag along lah. Tak jauh pun kendurinya kat Bukit Bandaraya jer.

Sampai 12.30 tengahari tak ramai orang lagi. So tak yah nak tunggu table sebab banyak meja kosong. Letak bag terus menuju ke buffet table.


lauk kenduri....daging masak kicap, pajeri nenas, ayam berempah dan sambal sotong.
Cisss terus telan air liur.....tak ada lagi ke orang nak kawin. Ehh adalah weekend ni dah dapat invitation untuk wedding.


pencuci mulut bubur kacang hitam dan kuih seri muka


dia duk bisik...Mama meja depan tu cikgu Adik dan Abang. 
Bapaknya pi paparazzi gambar cikgu sebab nak whatsapp kat Abang hahaha....


solo jer haritu sebab bini cir bir....
Most of the guest orang 'kampung' kawan semasjid so everybody know each other.
My husband tanya kenapa tak buat kat dewan Taman Tun jer....senang jer jawapan I bagi.
Dewan kat Taman Tun kena booking 2 years in advance. 
Memang betul pun sebab dewan tu almost every week ada jer orang kawin. Kalau musim cuti sekolah lagilah payah nak dapat booking.
Husband cakap kat Adik...kalau Adik nak kawin bagi tau 5 tahun in advance so Ayah boleh booking dewan. >.<


they are not getting married any time soon!

Lepas hantar Atok balik rumah....anyway we did not get to see the pengantin cause pukul 1.30pm pun tak nampak lagi bayang pengantin. Kami pi Jaya One lepas tu sebab Adik nak pergi this one shop nama Stickerifique. Haishhh tak bestlah Jaya One tu....tak ada apa pun kat dalam tu.



we must selfie first LoL


woii awat ke payah sangat nak cari kedai tu.
Rupanya kami dah jumpa kedai tu tapi sebab tak nampak the shop signage ingatkan salah kedai.


ada kucing comel dalam Stikerifique ...nama kucing ni Leia (as in Princess Leia lah kot)

Sementara kita tunggu Ayah pi solat...anak-anak silalah posing.

Dah kenapa budak sorang tu terlebih pose macam America Next Top Model?


Comel Kakak...

Dah dia posing straight macam batang kayu pulak


Barang2 yg Adik beli at Stickerifique.
Sticker and two brushes. Brush ni special sikit sbb tak payah dip in water, just refill air dalam pen like.

Ada kesinambungan lagi ni.....

Friday, October 23, 2015

Bajet 2016


Sejujur-jujurnya I don't put any hope on 2016 budget cause middle income pekerja swasta like me usually don't get any benefit out of the budget.

Full stop.

Oh lupa.....

Kalau Malaysia nak tukar PM baru silalah pilih yang muda hensem macam 

PM baru Canada 


barulah semangat sikit nak tengok =P

Thursday, October 22, 2015

Carpal tunnel syndrome kah?

So after consulting with the specialist, it's either I have more nerve yang tersepit at my neck atau I have Carpal tunnel syndrome. Tak conclusive lagi. So he wants me to take medications dulu and go for physiotheraphy. Physio yang I lemah sikit sebab slot hari Sabtu selalu penuh, hari kerja susah sikit I nak pi cause although they close at 6pm tapi they don't accept appt dah pukul 5 ptg...so you have to come at 4.30ptg. Susahlah sikit cause Akak kerjalah. 

Doktor tanya I banyak guna komputer ke?. I told him memanglah.....he ask me to throw away the computer. Pandai doktor buat lawak. Pastu dia suh I berenti kerja pi kerja jaga tol booth. Told the doctor.....tak lama lagi pun tol booth tak ada orang dah dalam tu, semua guna smart tag. 

So in 2-3 weeks lagi I have to go and see him again. We'll see how kalau sakit lagi kena buat nerve testlah nampaknya. 

Anyway, registered at the physiotheraphy centre. When the nurses saw me, the first word that came out of their mouth were 'WELCOME BACK!'......hahahaha...ingat pusat peranginan ke welcome back. Nampak sangat regulars kat rehab centre tu. 
So I was surprised when they told me that one of the regular nurses yang selalu attend to me at the theraphy sessions past away 7 months ago due to heart attack. Actually my last visit was 7 months back. Tak sangka so much has happen. So sad cause she was a very nice lady. 


semalam lupa mintak kat doktor gel ni.....bagus gel sapu ni. Kalau my neck or shoulder hurts sapu nanti lama-lama sakit hilang. Must remember to ask on my next visit.

Itu jerlah diary orang yang ada slip disc...the pain will haunt you for the rest of your life #cry

Wednesday, October 21, 2015

Sakit sana sini

Malam tadi Akak cir bir teruk. Makan apa agaknya yang sampai diarrhea teruk. Orang lain semua okay jer kat rumah tu. Tak ada plak kena sakit perut. Ni samada thai tea tu atau nasi lemak breakfast Akak yang menyebabkan Akak cir bir.....teruk gaklah. Nasib baik ada spare ubat sakit perut kat rumah. Kena makan dua biji baru okay sikit boleh tido. Kalau tak asyik berlarian ke toilet.

Kejap lagi ni Akak nak pergi jumpa specialist obkologist Akak. Kisahnya pagi tadi Akak pergi teman ayah budak-budak ni pergi klinik. Dia ngadu kata tangan kiri dia rasa lenguh-lenguh dari malam tadi. So moh ler kita pergi check.....takut gak kalau berkait ngan jantung. Tapi doktor kata tidak....tu mungkin simptom nak demam. Pastu Akak tanyalah doktor apasal tangan Akak ni dah dua minggu kebas bila tidur malam. Terus doktor bagi referral letter jumpa specialist. Makanya kejap lagi Akak pergilah jumpa specialist. 

Agak-agak besok cuti lagi tak sebab nampak gaya macam bacaan IPU jerebu hari ni lagi tinggi dari semalam.

Marilah kita berdoa agar jerebu akan bertambah baik. Doktor yang Akak jumpa gi tadi dah menakutkan Akak...dia kata dia siap bangun sembahyang tahajud. Dia rasa macam nak kiamat. 

Kalau keluar rumah tu jangan lupa pakai topeng muka tau. Tata!


Tuesday, October 20, 2015

Marah sekali pun tak payahlah throw an insult

Makin teruk jerebu harini. I wonder whether school will open tomorrow.
Anyway, dikejutkan pulak harini dengan berita wabak thyphoid (demam kepialu).
Better stay indoor people.....orang yang bekerja tak ada choicelah kena jugak keluar bekerja. Tapi dalam office pun masih bau asap walaupun office air-conditioned.

Anyway, since the kids tak sekolah kenalah bawak derang keluar lunch. So the best place untuk makan indoor that I can think of is Tesco's food court. Lagipun kat situ ada makanan that I know the kids will eat. 


macam biasa mesti makan western. Tengahari ada promotion untuk some western food so I ordered chicken chop and soup for me. 

Tapi sebelum tu I nak cerita pasal kejadian kat kaunter makanan. There were chaos at the counter cause the customer and the cook had some miscommunication. Amoi (young chinese lady) tu order spaghetti with salad or something tapi cook tu buat spaghetti biasa. They were arguing at the counter sebab salah order.....mostly the amoi yang mengamuk kat situ. Cook tu kata dia tak boleh nak refund her money cause he keyed in already in the cashing machine. He instead offered to replaced her food. But the amoi dah mengamuk and said she wants to talk to the managerlah bagai tapi manager tak ada. Then she decline when the cook nak bagi replacement food. Siap cursing cook bangla tu siallah. Then siap cakap lagi....tak nak makanan baru sebab mana tahu nanti cook bangla tu ludah dalam makanan dia.

I was like.......amboii busuknya pikiran kau. Told my husband about the incident and my husband said ntah2 that girl dah selalu buat kat orang. Tu yang dia duk fikir orang nak ludah kat makanan dia. Selalunya kalau kita hati baik, kita takkan terfikir orang nak buat benda jahat kat kita melainkan we had the same intention to do to other people. 

Youngsters sekaranglah memang tak ada manners and tak respect orang lain. Salah dia jugak....yang dia pi order lain dari apa yang tertera kat menu tu sapa suruh. Pi complicatekan order....nasiblahkan. Told my children if the were ever rude or being disrespectful to other people tak kiralah siapa.....memang I lempang jer derang. 
Tengok mamat yang tampar bangla kat car wash tu ...kan dah kena reman dengan polis. Benda kecik bukannya tak boleh settlekan. You just need to be rational and be cool. Orang baran ni selalu rugi.



budak ni tak habis-habis dengan lasagna. Dia suruh I buat but mak kau tahu masak asam pedas jer =P
So she said she's gonna google how to cook lasagna


minah spaghetti sentiasa


Thai iced tea - RM7.30 (including GST) beli kat kiosk Chill Chill dalam Tesco Mutiara Damansara. Reminded me of Chiang Mai Thai tea ice-cream....sedapppp.


gambar pagi tadi. Tak ada intention pun nak selfie...sebenarnya nak tengok tudung okay ke tak guna camera phone. Sekali tengok timer on. Tudung tie-rack satin ni hanya boleh pakai time period saja sebab payah nak adjust. Pagi tadi pun terkial-kial nak pakai.

Monday, October 19, 2015

Jerebu balik (update sekolah tutup lagi besok)

*Update: Kementerian Pendidikan baru announce besok sekolah tutup lagi....seronook banyaklah budak-budak. Mak budak gak yang tak seronok sebab kena gak pergi kerja.....ni yang mak jeles nih.

Embedded image permalink
sumber dari twitter

Beria-ia Adik semalam study group kat library dengan kawan-kawan sebab nak exam.

Sekali sekolah tutup hari ni sebab jerebu teruk. Tahun ni jer dah berapa hari sekolah tutup sebab jerebu......come on lahhhhhhh.....

I had sore eyes for almost 3 weeks.....baru nak recover after doktor suruh letak eye drop every two hours. Sekali jerebu balik......adehhhh....




budak-budak 'gajah' yang main taman permainan kanak-kanak (Adik and her gang)


Friday, October 16, 2015

My minion


Semalam kami anak beranak bersembang pasal sekolah

Adik cerita buka cerita pasal cikgu sains dia.

Adik: Cikgu tu kan bila dia tanya soalan...Adik angkatlah tangan nak jawap soalan tapi dia tak nak nak pandang Adik. Dia tanya kat orang lain.

Me: Oh ye ..ke....

Adik: Pastu Adik angkatlah tangan lagi ...cakap me! (nak jawap soalan). Tapi cikgu buat tak nampak.

Ayah: So Adik ni macam minionlah....me! ...me! ...me! ...me!

Adik:    -_________________-


Adik minion hahaha....



Thursday, October 15, 2015

Password

bila orang bagi password hhh123

janganlah pulak kau pepandai letak hhh1234


memanglah tak boleh Syaitonnnn!!!


Ha ...kan dah kena sekali...geram pulak haku!


Monday, October 12, 2015

Restoran Makanan Cina Muslim - Mohd Chan Abdullah

Selamat berhari Isnin. Tak payahlah ber'monday blues' sebab Rabu coti Awal Muharram. Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best....kerja 2 hari pastu cuti. 

Semalam hantar Adik ke library....katanya nak group study untuk revision exam. Bila ditanya kenapa tak study kat rumah jer....katanya rumah ada komputer so distraction. Apa-apalah dik...asalkan jangan merayap. Duduk study kat library jer. Ni kalau group of girls bukannya boleh percaya mesti panjang jer akalnya (ehh....mak macam bercakap dari experience jer hahahahaha). 

Lepas drop off Adik ke library kami ke Paradigm Mall. Kalau ke Paradigm Mall, I straight nail level UG....tak singgah dah level lain. Level UG ada Sephora, H&M dan Uniqlo. Selalunya 3 kedai tu jer yang I akan masuk di Paradign Mall. Kalau nak pi shopping barang lain baik I pergi One Utama jer. Puas hati dapat rembat barang yang berkenan di hati di H&M. Masuk Sephora nak cari blusher tapi tak ada yang berkenan. Barang-barang makeup Stila pun dah tak ada dalam stock =(

Keluar dari Paradigm Mall ingatkan nak balik rumah terus tapi Ayah bawak kami ke Kelana Jaya....katanya nak tunjuk restoran Cina Muslim. Nak tunjuk tukar jadi makan terus kat situ hokay walaupun sebenarnya kitaorang dah makan 2 jam sebelumnya. Alang-alang dah depan kedai rugi tak masuk.


Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. You can click at the link untuk tengok their menu and location nearby tapi price tak adalah pulak.Please bring cash cause they do not accept cards. 





Interior kedai yang simple. 


I ordered kedondong asam ...macammm tapi sedap, while Kakak and Ayah pulak mintak air laici


tak menyabar ayah budak-budak ni nak makan mee kari dia. 
Sabarlah Mama tangkap gambar sekejap. Dia cakap mee kari restoran Cina rasa lain from Malay mee kari. Which is actually true.....sapa tau rempah apa yang depa pakai?


my char kueyteow....besar portionnya, Makan dua orang pun boleh ni. Tengoklah udangnya.
Nasi ayam Kakak I tak ambik pulak gambar sebab budak tu dah gelojoh nak makan =P


Restoran ni berhadapan dengan Nasi Lemak Cikgu. Lain kali kita datang makan nasi lemak pulak ya Ayah.


the price is very reasonable. Kalau nak makan crab atau itik panggang....silalah bawak cash lebih. Kami semalam ada RM50 jer dalam wallet....bank pulak tak ada yang within walking distance kalau tak dah lama dah ketam dalam genggaman....haishhh. 
 Tapi tak apa sebab I baru perasan semalam otw back rumah rupanya ada cawangan restoran ni di KD. Yippeee...nanti kita pergi makan ketam. Tak payah pergi Kelana Jaya pun =P


anak dara yang swag. Topi tu I belikan untuk ayah derang di Chiang Mai tapi rupanya ada orang lain yang berkenan jugak.


hasil rembatan di H&M. Crop jeans jacket......ini semua salah model Farah Hanim Razak. 


sorry dik ...Akak pinjam gambar awak....taken from her IG pics

Farah Hanim pakai lawa ....so Akak yang gemuk tak sedar diri ni pun nak gak bergaya walaupun tak sedar diri hahahaha. Anyway, Adik dah aim nak pinjam jacket tu =P

Thursday, October 8, 2015

RA Goes To Thailand - Random pictures

Actually aside of the shopping, ada jugak my team mates yang pergi tour. A day tour at  Thailand’s Highest Spot- Doi Inthanon National Park (a.k.a. “The roof of Thailand”)


Overview : Visit Doi Inthanon National Park, at 2,565 meters above sea level the highest peak of Thailand. This range is a part of Himalaya in Nepal. The weather is cool all year-round. On top of Doi Inthanon land with ancient rainforest, vast completely covered. That very few will experience the real nature of the country’s highest mountain. Doi Inthanon National Park is a Mecca for birdwatchers and offers evergreen forests, impressive waterfalls, interesting flora and fauna and marvelous natural scenery. The tour continues with a visit Phra Mahathat Napha Methanidon and Phra Mahathat Naphaphon Phumisiri, twin pagodas which were built to commemorate the fifth cycle birthdays of King Bhumibol Adulyadej and Queen Sirikit. Both pagodas share similar bases as well as a two-level walking path that surrounds them. The pagodas enshrine Lord Buddha’s ashes and Buddha images, and overlook the magnificent scenery of Doi Inthanon. The tour continues with a visit to the Karen Hill Tribe Village and the Royal Project, followed by lunch at a local restaurant. Upon descending, guests will stop at the beautiful Vachiratharn waterfalls and Mae Klang waterfalls on the way down the mountain before making our way back to Chiang Mai.
tapi Akak tak pergilah sebab memikirkan turun-turun kapal terbang terus nak pergi. Penat wehhh lagipun kan malam sebelum tu tak cukup tidur. Anyway I am not a nature lover....I'm a shopoholic yang dah semi insaf. Sekarang ni bila nak beli barang fikir dulu guna atau tidak...unlike dulukala. Dah tua ni kurang sikit impulse purchases.

Since my team mates banyak whatsapps gambar marilah kita tepek kat sini buat kenang-kenangan. 

view from hotel room


hotel swimming pool....tak ada plak mat salleh bersidai

massage...massage....tempat massage pun ada free wifi hokay. So jangan malu bertanya password.











the only few food that I can eat cause the halal breakfast section of the hotel is so limited.



tuan belog dah ready nak berangkat balik on day 3. I envy those people yang boleh pakai baju lawa-lawa....skirt and gowns. I pi travel mesti selebet. I am more comfortable in my jeans and sport shoes. Sling bag and bag pack are always my choice. Nak kena tukar style ni...baru boleh lawan Che Ta (masalahnya Che Ta tu kurus tinggi, pakai apa pun gorgeous).



airport Chiang Mai ada free wifi.....free wifi is like gold to travellers like us.



semua tunggu nak boarding balik flight pukul 4.55pm. Sampai KL dah almost pukul 9 malam.Flight balik dalam 2 hours and 45 minutes. Ada steward Thai hensem dalam flight balik tu. Semua menggedik menengok mamat tu hahaha...ada yang siap curi tangkap gambar. Akak tak ler....ala muda lagipun dak steward tu.


duty free shop in Chiang Mai airport


ni Akak dan kawan Akak pi lepak McD. Kami nak tumpang aircond dan free wifi. Sekali punyalah complicated nak connect the wifi.....lupakan jerlah. McD dia ada jual pork so Akak tak adalah berani nak beli even fish burger pun. Akak makan croissant and OJ saja.


flight balik nasi lemak habis. Nasib baiklah masa pergi dapat makan. Sedap nasi lemak Air Asia walaupun RM14. Chicken rice dia pun not bad.


Akak belikan bag pack ni untuk Kakak dan Adik. Comelkan.....yang ni THB100 sahaja. Akak beli bag for myself jugak tapi lupa pulak nak tangkap gambar. 


punyalah berselirat wire letrik kat Chiang Mai ni. Kalau orang TNB tengok ni mau muntah darah derang


mineral water Siam


kat lobby hotel kami. Lawa minah Siam ni kan. 


siapa lagi lawa...Akak ke minah Siam ni. Kalau korang kata minah Siam tu...Akak sentap hahaha


kap...kap....



gambar sayur pun nak ambik. Dah lawa ambiklah. Kawan Akak kata kat pasar chow kit pun banyaklah hahaha


fresh sea food






bag ni lah yang Akak beli tapi Akak ambik warna biru. Comel tak?


So that conclude my Thailand travelogue...harap-harap tahun depan company dapatlah menaja kami pi Korea atau Paris. Amboi Paris kau kata....zaman stock market blooming 10 tahun lepas boleh ler...sekarang ....hmm....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin