Wednesday, April 29, 2015

Baju raya Emel by Melinda Looi


 
Dua bulan saja lagi Aidilfitri akan menjelang. Puasa pun tak habis ganti lagi dah cakap pasal hari raya....sabar jerlah. Semangat nak puasa dan raya dah berkobar-kobar ni.

Tapikan risau jugaklah sebab tahun ni macam tak sempat dah nak beli kain dan hantar tempah. Kalau hantar pun rasanya kedai jahit pun dah tak ambik tempahan. 

Pening ....pening kepala....padan muka jugaklah sebab tiap-tiap tahun pun macam ni last minit baru nak terkocoh-kocoh cari baju raya.   

Tapi nasib baiklah jugak sekarang ni nak cari baju raya yang cantik-cantik dihujung jari sahaja. 

I am so glad that I came across koleksi baju raya Emel by Melinda Looi . 

Senang kerja Akak tahun ni. Tenaga dan duit minyak pun save. Tak payah susah-susah nak meredah butik untuk cari baju raya Akak dan budak-budak.

Cantik-cantik sangat koleksi baju Melinda Looi tahun ni special untuk menyambut hari lebaran. Rambang mata nak pilih,kalau boleh semua pun nak. 


I am a sucker for pink color.....nama pun Pink Mama pasal tu kalau nampak baju kaler pink laju jer nak sambar. 

Baju kurung bunga kuning tu pun sweet sangat. Kalau sapa-sapa yang pergi rumah bakal mak mertua mesti dapat green light sebab nampak sopan sangat.



Image result for emel by melinda looi zaloraImage result for emel by melinda looi zalora

Boleh beli untuk Adik dan Kakak sekali ni. Boleh bayangkan kalau budak-budak tu pakai masa raya mesti sweet sangat. Tak habis-habis sweet, tapi memang sweet pun koleksi Melinda Looi kali ni.



Alahai lawanya yang pink tu.....yang ni pun I berkenan. 
Macamana ni...kalaulah duit boleh petik kat pokok semua koleksi Melinda Looi I sambar.


Design dua kat atas ni pun sesuai sangat dengan remaja. Sweet and simple. 
Sesuai untuk Kakak dan Adik pakai di Aidilfitri. 
Baju potongan lebih kurang sama tapi color lain. Budak berdua tu sekarang tak mahu dah pakai baju yang identical, almaklumlah dua-dua pun dah teenager. Malu orang panggil boria.
Nampaknya kena sambar cepat ni sebelum kehabisan stok.




Tapi dalam banyak-banyak Akak paling berkenan yang purple ni sebab nampak sopan sophisticated sesuailah untuk fesyen ibu-ibu macam Akak. 

Akak nak pergi online shopping ni. Korang pun kalau susah-susah sangat nak cari baju raya cepat klik link atas tu. Akak tengok tadi kat Zalora baju-baju Melinda Looi pun ada tengah ada diskaun. Apa lagi cepat sebelum menyesal tak dapat beli nanti.
Selamat menyopping baju raya.

Tuesday, April 28, 2015

Different answer


One of friend send me this picture via whatsapps.

Showed it to the husband.

Tau tak apa jawapan dia?


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Che Ta dan Erra katanya ....bila masa ntah Erra beranak lagi dua 





Tapi bila tanya kat anak



Laju jer Adik jawap


'Mama lah ni kan'

'gambar kartun tu pun macam Mama'





Nampak tak beza jawapannya tu......jawapan anak selalu menggembirakan 

Thursday, April 23, 2015

Sotong kangkung

Semalam macam biasa lepak port biasa sementara tunggu Adik habis sekolah.
Elok sampai Sambal Hijau tu hujan turun vrommm....selebat-lebatnya. Nasib baiklah dah masuk duduk dalam kedai kalau tak mau lencun.

Sabtu lepas hujan lebat sangatkan. Jengah luar tingkap sebab kuat sangat bunyi air hujan tu terkena tingkap. Selalunya atap rumah pun tak ada bunyi sangat kalau hujan....ni siap bunyi macam berdenting kuat sangat. Rupanya hujan batu kat kawasan rumah Akak tu.
Lama dah tak tengok hujan batu....last rasa masa duduk US dulu. Tapi kat sana hujan batu sebesar bola golf tu. Kalau kena kepala silap-silap boleh gol terus. Windshield kereta pun boleh retak kena hujan batu tu. Tapi yang turun Sabtu lepas kat rumah Akak besar jari kelengkeng jer. Kakak sampai lari masuk bilik Akak sebab takut dengar hujan batu turun lebat sangat. Masa tu Ayah, Abang dan Adik tak ada kat rumah sebab menghantar Adik pergi kelas gitar. Derang pun terpaksa berhenti kat kedai mamak sebab takut windshield kereta retak kena hujan batu. Derang balik rumah tengok ampai sidai kain dah tumbang. Ributlah agaknya tapi I dan Kakak dah menyorok dua orang dalam bilik mana nak sedar.

Anyway back to yesterday's tea time.

We had sotong kangkung for tea. Menu ni tak pernah pulak perasan sebelum ni...agaknya menu baru. Kuah dia sedap hokay....kalau sapa peminat sotong kangkung direcommend try.




Wednesday, April 22, 2015

Survey EPF - latest update

Jangan lupa tau untuk participate dalam Survey EPF. Akak dah buat dah survey ni, so please friends take time to do the survey.









Latest updated news regarding EPF members withdrawal.
PM said that it will remain at 55. Alhamdulillah.



Tuesday, April 21, 2015

Joyah Sport dan bazaar

Dah dua pagi terkejar-kejar nak hantar Adik ke sekolah. Isnin sekolah declare public holiday sebab Sabtu lepas ada marathon tapi budak bertuah ni kena jugak pergi sekolah semalam.

Dahlah malam Ahad tu dah berzikir kat telinga sebelum tido....Mama, Adik nak kena sampai sekolah pukul 7 pagi tau besok. Memang nak tunggu mak kau mengamuk macam hulklah kan. 

Satu malam Mama tak tido lena sebab memikirkan nak hantar budak bertuah ni pergi sekolah awal. Mana sempat wehhh.....Kakak pun nak kena hantar sekolah. Takkan nak hantar Kakak gi sekolah gelap-gelap subuh sapie tu. Dahlah sekolah Kakak budak-budak lepas pukul 7 pagi baru nampak batang hidung. Bahaya nak tinggalkan anak dara gelap-gelap tu. Pak guard sekarang pun bukannya boleh percaya >.<

End up dua hari semalam dan hari ni Adik sampai sekolah pukul 7.30pagi. Bas yang nak bawak derang ke netball tournament kat sekolah lain kena tunggu sampai Adik sampai. Ampun sangat. Itulah nasib kalau anak dah macam Joyah Sport....semua aktiviti sukan dia masuk. Sampai kadang-kadang mak pak siap sound, "Adik lepas ni tak yahlah masuk apa2 lagi aktiviti....payah Mama dan Ayah". Kesian jugak budak tu kena sound tapi budak tu mana makan saman. Kalau kena sound pun dia buat muka toye jer.

Itulah I dah suruh tukarkan Adik sama sekolah dengan Kakak so senang nak hantar budak sekolah tapi ayah derang yang degil tak nak. So kita hadap jerlah berapa lama ayahnya larat jadi drebar tak berbayar.

Ahad lepas singgah Bric a Brac Bazaar kat The Strand. Akak rajin pergi bazaar kat The Strand jer sebab dekat dengan rumah. 


Tapi tak best sangatlah bazaar kali ni. Tak banyak makanan dan pakaian jualan. 



Hitam budak ni. The week before dia ada futsal intercollege tournament.
Katanya team dia menang tempat ke empat dari 12 team. 
Nampak tak tangan berbelang kena sunburn


haaa...naklah tu



Handbag Chanel pun ada ....Chanel boy....Chanel girl...
tapi semua bag immitationlah


nampak macam nak sama tinggi dah tapi sebenarnya Abang way taller than Adik


lagi dua minggu budak ni balik lagi for long weekend holiday



Kalau sesiapa tak kenal Joyah Sport....memang bukan sezaman dengan Akaklah. Dulu Akak pantang jumpa majalah Gila-Gila hehehe....

Friday, April 17, 2015

Panas berdenting


Terasa betul bahang panas sekarang.....global warming. Tak tahulah nanti lagi 10 tahun mungkin lagi panas cuaca. 
Pulak sekarang aircond bilik rumah Akak rosak, tidur malam berpeluh sakan, bangun pagi lencun. 

Tadi tengahari nak beli nasi ayam goreng bungkus kat van yang parking tepi jalan. Akak pun beraturlah....happy dah sebab masa tu tak ramai orang. Ingatkan order terus boleh blah ni sebab panas terik tu. Rupanya ayam tengah goreng. Nangis terus Akak dalam hati sebab bahang panas berdenting. 10-15 minit Akak jugaklah tunggu budak tu goreng ayam. Macam nak pitam Akak kat situ sampai siap peganglah tiang van tu. Kalau Akak pitam kat situ agak-agak ada tak orang tukang sambut?. 

Tapi bagus gak dalam menunggu dalam panas tu tak ada yang nak potong queue...elok semua orang beratur walaupun dalam panas. Semalam ada sorang budak pompuan ni bikin Akak hanginn satu badan kat kedai mamak. Akak eloklah beratur tunggu turn nak order dengan mamak tu. Datang sorang budak pompuan muda ni, dengan suara sekuat halilintar "Nasi dengan ayam bla bla bla" (idaklah dia cakap bla bla...Akak tak ingat apa butir perkataannya sebab masa tu darah Akak dah menyirap naik ke kepala). Wah sedap kau nak potong line. Terus Akak bersuara terkuat sikit melawan halilintar tu...."Nasi beryani ayam satu". Terus minah tu tersenyap buat-buat pandang tempat lain. Ehh silap oranglah nak potong queue ehh.....Akak bab-bab macam ni Akak pantang sikit. 

Masa-masa musim panas macam ni bersyukur sangat dapat duduk dalam opis yang sejuk macam Kutub Utara. Bagus sangatkan kat luar panas berdenting, dalam opis sejuk beku. Boleh demam dibuatnya dek perubahan suhu.




ni ABC Akak semalam....sedap nikmat.


Petang ni Akak nak pergi ambik anak kat hostel pulak. Si Adik bengang jer sebab bila Abang dia balik dia tak boleh melepak dalam bilik Abang sambil main computer. Almaklumlah tuan punya bilik dah balik. Siap cakap tak payahlah ambik Abang kat hostel...Abang tak payah balik. Ewahhh Dik.....banyak cantik muka.


Wednesday, April 15, 2015

Prelove Naelofar hijab untuk dijual


Akak ada tiga helai Naelofar hijab prelove untuk dijual. 

2 Babe and basic shawl dan satu shawl yang ada awning.



Merah dan biru tu Babe and basic.

Pink tu ada attach awning sekali. Refer gambar kat bawah nanti.



ni gambar Akak pakai yang biru tu.

Reason nak jual because Akak tak lawa pakai tudung yang melekap kat dahi ni. Nampak macam village people sangat. Akak lebih sesuai pakai shawl biasa yang boleh dimuncungkan awningnya. Neelofa pakai lawa jer....tapi memang dia dah semulajadi sejak azali dah cantik pun kan. 




ni tudung pink yang ada attach awning tu. Gambar office tag pun jadi hehehe...


So kalau ada sesiapa interested to buy Akak nak jual RM35 each.

Kalau beli tiga-tiga....Akak jual dengan harga RM100 plus postage.


Kalau interested just tinggalkan message kat comment box. Akak akan try jawap sepantas mungkin.


Tuesday, April 14, 2015

Prelove Naelofar hijab








Kalau Akak nak jual prelove Naelofar Hijab, ada tak orang nak beli?


Besok Akak upload ya.


Selamat Malam.

Monday, April 13, 2015

Spotlight Ikano PC

I found a new favorite shop. Ada kedai art and craft baru buka kat Ikano Power Centre nama Spotlight. It's located at level 2, bersebelahan dengan Popular Bookstore.

Actually dalam Spotlight jual macam-macam from art and crafts stuff, fabrics,  to kitchen and dining stuff. Macam-macamlah ada...you can check it from their here


Happy place for me and Adik 


they sell costumes. So kalau ada sesiapa yang nak berhalloween atau costume party bolehlah cari kat sini


Kakak pun berminat. 
Infact kalau nak cari barang untuk birthday party they have all sorts of things here.



Haritu Adik sibuk suruh order blond wig dia dari Lazada. Sekarang tak payah susah-susah kat sini pun ada.


nak rambut blond, brunette...nak jadi clown pun boleh. Pilih sajalah.


how cute are these gardening tools....ni kalau beli mesti sayang nak guna korek tanah.


mesin jahit mini. 
Ada budak tu tengah pujuk belikan dia mesin jahit sebab dia nak jahit baju cosplay dia.


fabric macam-macam jenis ada. 
Dari satin, silk, denim, corduroy , chiffon semua ada jual by the metre.


bahagian beedings ni I paling suka. Nanti hujung-hujung I tunjuk apa yang I dah hasilkan
Rambang mata nak pilih beads.....semua nak. 


bahagian dalam Sportlight ni besar....boleh belek macam-macam barang.



ada budak membeli fabric untuk projek baju cosplay dia


balik rumah terus gigih memotong kainnuntuk jaket cosplay


kagum Akak dengan anak sorang ni. Kalau dia nak something dia akan belajar dari Youtube macamana nak buat. Dedicated sunnguh. Nanti ayah belikan Adik mesin jahit ya....buat masa ni Adik jahitlah dulu guna tangan hehehe



Mama dia pulak gigih projek menampal batu kat tudung. 
Nampak comot sikit sebab tampal guna hot glue gun sampai melecur tangan .
Lain nak beli batu yang kaler-kaler pulak. Tengoklah tudung mana pulak jadi mangsa.


taraaaaaa.....hasilnya. Budak belakang tu suka enterframe tau.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin