Tuesday, May 28, 2013

Coconut shake di Kota Damansara


Selalu sangat dengar orang sebut kelazatan Coconut shake Klebang, Melaka. Nak jugaklah rasa tapi macam melampaulahkan semata-mata nak pergi Melaka untuk cari coconut shake.

Dalam kepala otak tu selalu terbayang agaknya derang blend air kelapa dengan aiskrim kot Coconut Shake ni. Macamanalah agaknya rasanya.

Semalam kebetulan nak pergi kedai betulkan aircond kat Seksyen 6 Kota Damansara. Dekat tepi corner gerai makan depan dealer kereta Proton Era Sensa tu bolehlah pulak ternampak gerai jual coconut shake. Wah ini namanya rezeki sebab sehari sebelum tu dah sebut-sebut kat my sister suruh cari Coconut Shake ni masa dia kat Melaka tapi agaknya dia tak jumpa. 
Boleh pulak semalam terjumpa....rezeki =)



taraaaaa...inilah rupanya coconut shake bagi orang yang tak pernah tengok

Satu bekas ni RM3.5o. Sedaplah sebab diaorang blend isi kelapa tu sekali dengan aiskrim vanilla so bila minum tu sedap jer sambil mengunyah isi kelapa yang dah hancur tu. 

Isykkk tak retilah nak explain. Kalau nak tau rasanya pergi beli sendiri kat Seksyen 6 Kota Damansara. Kalau tak tau seksyen 6 kat mana....McDonald's Kota Damansara tau tak?. Haa...kat area-area kedai depan McDonald's tulah. Korang tawaflah keliling kawasan kedai tu mesti jumpa punya. =)



Sunday, May 26, 2013

Gambar random masa cuti


Tak pergi mana pun masa cuti Wesak hari tu. Bagus jugaklah sebab my sister balik Melaka hari Sabtu tu, jalan jam gila sepanjang jalan. Faham-faham jerlah sebab cuti Wesak tu bersambung dengan budak cuti sekolah, mesti ramai family yang plan cuti panjang.

Kami tak pergi mana pun weekend tu, nak keluar rumah pun malas sebab panas. Takat paling jauh pun pergi rumah my parents ambik daging salai my sister bagi. My father cerita yang dia terjumpa wallet orang depan rumah. Rupanya orang kena ragut masa pergi pasar malam. Orang tu baru keluar duit RM1000 dari ATM. Kesiannya. Ni mesti peragut dah target kalau tak mana tau orang tu ada banyak duit. So lain kali hati-hatilah kalau keluar duit daripada ATM, tengok sikit keliling kita. Nasib baik gaklah dokumen penting lain still intact lagi, cuma cash jerlah yang hilang.

Syoknyalah budak-budak cuti sekolahkan....mamanya jer yang tak best sebab kena kerja. Next week jer I cuti 3 hari. Nak ambik cuti panjang sayang pulak cuti lagipun nak save cuti untuk hari raya.

Random pictures during weekend.


gambar yang Adik lukis guna copic marker dia. Yeah Mama crying too sebab gotta work ='(


gambar ambik semalam. Cantikkan awan berkepul-kepul.


breakfast hari tu kat kedai mamak. I pemalas sikit nak masak nasi lemak sebab renyah banyak sangat kerja kena buat. Pergi kedai order jer terus sampai hehe...


karipap sardin minum petang Sabtu. Keluar freezer tak lama terus goreng. Hasilnya luar cantik jer golden color tapi intinya sejuk ='(



masak lemak cili padi daging salai I......licin!

Sekarang ni tengah melangut kat opis memikirkan nasib badan. 





Thursday, May 23, 2013

Buku dan makanan...memang tak dapat dipisahkan

Rasa macam nak lompat bintang hari ni sebab besok cuti. Happy giler...dasar pemalas memang macam ni...pantang ada cuti.

Semalam Adik tak pergi sekolah sebab dia tak sihat. Makanya tengahari dia dah mengrequest nak makan dengan mamanya. Pastu demand pulak tu nak makan kat Pizza Milano One Utama. Layankan jerlah. 

Sebelum tu sempat gaklah I pergi Popular Bookstore. Alah buku 'Sebenarnya Aku Isteri dia' tak ada stok lagilah. Frust sungguh. Buku 'Suami Aku Ustaz' pun tak ada. Hmm sekali terembat buku 'Suami Tak Ku Hadap'. Eh perasan tak pattern di situ...semua cerita pasal pasangan hihi. Sempat lagilah budak kecik tu paw mak dia buku anime satu :/

Kalau makan kat Pizza Milano sah-sahlah order pasta atau pizza.


I order Spaghetti Seafood Olio. Makan berdua dengan hubby sebab banyak tu. Plus dia macam pedas sikit....peruk mak encik sejak seminggu ni tak berapa baik so takut jugaklah nak makan benda spicy-spicy sangat.


untuk budak kecik tu I orderkan Pizza Supreme large. Masa order tu tamakkan....takut tak cukup kalau order yang kecik. Sekali dia makan sebelah jer. Lagi sebelah kena tapau bawak balik. I suka pizza kat Pizza Milano ni sebab crust dia nipis, isi pun banyak dan tengoklah cheesenya....melelehhhhh.



Balik kerja semalam langit terang awan pun tak ada. Sekali nampak bulan dah keluar. Masa ni baru pukul 6 petang. Cantik sekali pemandangan langit.

Kalau summer kat USA ni memang panas teriklah sampai terbakar kulit. Mau rentung!



Sunday, May 19, 2013

Buku


Semenjak sekolah lagi memang hobi I membaca buku.

Dulu-dulu masa zaman sekolah sanggup singgah ada satu kedai buku kat Central Market tu yang mana kita boleh sewa buku cerita. 

Dulu I sekolah dekat Convent Bukit Nenas so kalau terlebih rajin tu pergilah Central Market sebab alang-alang boleh naik bas kat Bas Stand Kelang balik rumah. Alamak rindulah pulak dengan CM. Sapa-sapa yang sebaya dengan Akak ni mesti selalu lepak CM gakkan......ehh tak ngaku pulak =P

Sampai sekaranglah hobi baca novel tu melekat. Lebih-lebih lagi sekarang ni drama dan movie pun dah adaptasi daripada buku cerita. Nak tunggu sampai drama habis lambat sangatkan, oleh itu haruslah nak kena cari novel kasi baca habis dulu. Barulah boleh faham jalan cerita drama.

Tapikan semalam masa I pergi MPH dan Popular tak jumpalah pulak cerita yang Tizz Zakiyah berlakon hari Jumaat tu....apa tajuk cerita tu (jap kena google)...ahh...jumpa pun. Tajuk cerita tu "Sebenarnya Saya Isteri Dia". Laris sungguh buku cerita tu. Hmm...manalah nak cari buku tu. Dua minggu lepas masa pergi Popular, banyak lagi atas rak tapi eksyenkan tak nak beli. Semalam nak beli dah habis. Padan muka!

Ehh tapikan I tengah baca buku baru jugak ni. Tajuk buku tu "Teduhan Kasih". 
Alah cerita yang ada Adi Putra berlakon petang-petang pukul 7 tu....haa...cerita tulah. 
Oklaylah nak solat pastu nak sambung baca buku.

Happy weekend...hmm...dah nak habis weekend dah pun kan =(

Thursday, May 16, 2013

Bakal drummer



My 1 1/2 year old nephew ni pandai hokey main drum. Tangan ketuk drum kaki tekan pedal. Gaya sangat.....maybe dia selalu tengok daddy dia main drum.

Ada ambik video kat Keek hari tu. Tapi dalam video Keek tu dia segan sikitlah....kalau tak rancak jer dia pukul tong drum tu.


May 10, 2013 | future drummer by PinkMama02 on Keek.com


Wednesday, May 15, 2013

Mothers's Day

Fuh lamanya tak update blog. Emosi dan kesihatan terganggu akhir-akhir ni.
Emosi terganggu sebab baca banyak sangat komen-komen negatif kat facebook sampai terpaksalah hidekan ramai kawan dari wall. Kalau delete kang takut ada yang terasa, so lebih baiklah hidekan ajer. Aman duniaku....kalau tak rasa macam join laman kanak-kanak tadika sebab derang duk bergaduh berlawan-lawan masing-masing nak menegakkan party masing-masing. Rimas!

Kesihatan pun tak berapa memberangsangkan. Sekejap hujan kejap panas terik...apa lagi demam, selsema & batuk datang menyeranglah. 3 hari jugaklah menggigil non-stop. Doktor kata panas dalam =( 

Sebenarnya nak cerita Mother's Day tapi tersasar pulak. 

Anak yang kecik tu romantik sikit, siap buat handmade Mother's Day card lagi.



Kad 3D lagi tu bila buka dia terkeluar. Mama love it so much baby.



Pastu siap belikan belon lagi. Siap dia lukis and ada message lagi atas belon tu "I Love You So Much Mama".

Hati ibu manalah yang tak cair. Ayah dia siap cakap..."hmm...sejuk ibu mengandung".

Pastu Adik dan Kakak siap beli red velvet cupcake suruh I tiup lilin. Best part is nyanyi lagu Happy Birthday Mama. Adoiii sabo jerlah budak-budak ni.

Anak lelaki tu biasalah .....tak reti nak tunjuk feeling sangat. Itu pun dah bernasib baik dia nak wish dan kiss sekali. 

Mother's Day tahun ni tak sambut kat mana-mana sebab mamanya dah melepek atas katil the whole weekend. 

Monday, May 6, 2013

May 5, 2013


5 tahun sekali, malulah kalau tak keluar mengundi. Unless you have a valid reason that is.

Bangun pagi sebab bersemangat nak pergi mengundi. Tapi bukak-bukak facebook tengok kawasan mengundi I semua line panjang-panjang belaka. Awal pengundi keluar. Semangat tu atau takut dengan sms berbau ugutan. Believe melah ada orang yang tak bertanggung jawap yang hantar macam-macam message yang berbau hasutan. Nampak sangat politik negara kita ni tak matang. 

Pukul 10 lebih lepas breakfast baru I gerak pergi my polling centre. Ramai jugaklah warga yang keluar mengundi.


poling centre at my old school. Mengimbau kenangan lama sungguh.

Luckly my sister and my brother in law is still there. So ask them to wait for me.

Alhamdulillah saluran I tu tak ada orang beratur pun. Sampai-sampai terus dapat masuk. I pulak siap cakap kat polis tu kejap sebab mengah naik bukit dengan tangga. Almaklumlah tenaga tu dah tak macam umur budak 18 tahun. Kena catch a breath dulu lepas panjat tangga tiga tingkat. 


our fingers. 


my sweaty face. 
Dapat jumpa a few of my ex classmates and teacher. Drama ler kejap peluk memeluk sebab lama tak jumpakan.


jari kami anak beranak. 
My sister and parents. Kami mengundi tempat yang sama


me and my sis. Kalau boleh pilih kaler ink, kami pilih pink =P


Saya mengundi kawasan Segambut. Has been for the past 2 times. Kali ni kali ketiga I mengundi.

Lepas hantar my parents balik, kami ke Gombak pulak cause my husband mengundi di Gombak Setia. 

Meriah sunggu perang bendera kat Gombak. Macam suasana hari raya pun ada.



Tapi ramai sangat orang kat kawasan mengundi ni. Sampaikan ada yang mengeluh sebab dah 2 jam beratur pun tak sampai lagi turn. So we decided untuk pergi lunch and solat dulu then baru datang balik mengundi. Alhamdulillah pukul 4 petang dah tak ramai orang. Sekejap jer my hubby pergi mengundi.

Ingatkan hari ni PM nak declare public holiday tapi tak ada. Makanya hari ni I jadi zombie bergerak kat ofis ni. I wanna sleep....sleepp.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin