Thursday, May 31, 2012

Salah boss?

Hearsay can kill

tapi sikap boss telah membuatkan orang bunuh diri.

Somebody actually jump from the 25th floor of our building because according to the office gossipers her leave was not approved by her boss. Recently, her mom pass away and she could still be in a grieving state.

Traumalah kami sebabnya the body fell at our office foyer. Betul-betul at the entrance masuk bangunan kami.

To boss, you better change your attitude of bullying staff. Here's an example of a stress/depress employee.

Full stop!

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Men shouldn't be allowed in tudung boutiques


Pernah dengar tak butik online Al-Humaira?
Kalau tak pernah dengar, link ada kat my bloglist.
They mainly sell tudung online tapi mereka jugak ada butik sendiri di Kota Damansara.

I follow their update on facebook. So last Saturday they had a one day sale 10-15% on their tudungs. My sister telah mencucuk I untuk pergi membeli-belah dengan dia. We actually wanted to go together tapi time clash sebab dia kena bawak my mom balik kampung and I dah book tickets untuk tengok MIB3. So kitaorang pergi berlainan masa.

Pergi time lain-lain tapi we end up buying almost the same tudungs >.<
Borialah kami nanti.... huwaaaaa!!!


it's located at 1st floor

lawa paperbag Al-Humaira

butik AHC ni comel tak besar sangat and not too small

The only complaint I have is that, I think that men should not be allow in kedai tudung. Pleaselah you guys makes the ladies uncomfortable to try on the scarfs. Tolonglah kalau nak teman wife atau girlfriend pun duduklah luar. Janganlah menyibuk sama dalam kedai tu.
Kalau alasan nak bayarkan tudung, you can always come in later. Paling senang bagi sajalah duit cash.

Mak sentap hokay sebab tak dapat nak try anak tudung sebab ada jantan dalam kedai. Seganlah nak main sarung-sarung jer.



I bought 3 helai syria and 1 selendang panjang.
Harga selepas 10-15% discounts for all 4 is RM135

Lagi satu korang perasan tak yg model2 tudung online ni semua perempuan lawa-lawa. So bila kita tengok online alahai lawanyalah tudung-tudung tu semua. Actually model tu yang lawa so membuatkan tudung-tudung nampak lawa. The power of marketing >.<
Terjebak haku!


Monday, May 28, 2012

Today's horroscope is so true








This Ram wouldn't allow to be bullied. You want to act like a bully. Let's see who's a bigger samseng!

update:

Tak faham sungguh bila orang attack kita disebabkan kerja and anggap segala-galanya personal. It's just work, nothing personal. Tolonglah jadi professional sikit. Ini tidak, angkat-angkat talipon jer terus kena jerit kat phone macam banshee gila. Where is your manners?. Tak ada adab langsung punya manusia. Kalau nak marah pun sila ikut proper channel and read your bloody email betul-betul.

Tu manager, yang staff pun sama perangai jugak. Siap call nak jumpa masuk department derang nak buat confrontation. Kalau nak meeting ke apa silalah hantar email properly in black and white. I will not be ambush by you goons!. In-fact I do all my job according to the proper channel and professionally.

Tak puas hati sangat...take it with the management and not by personally attacking me. Psychos!

Seriously fed up with the office current situation. I need to detox from all these bloody people.

Please kindly excuse my language today. I am very upset!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 26, 2012

Movie date - MIB3

Aktiviti hari ni dating berlima.



beli tiket online memang menyenangkan. 
Tak payah susah payah beratur beli tiket. 




Will Smith memang kelakar. Boleh pulak dia buat straight face tapi dialog kelakar gila.









It's rated PG13. The kids seems to be enjoying themself. Ketawa berdekah-dekat dalam wayang. 

If you've seen the previous Men In Black, you should watch this one too cause it's still hilarious. Gotta love Will Smith.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 25, 2012

Hadiah birthday


Wah 2 bulan lepas birthday pun still dapat hadiah. Sukanya.
Kalau hari-hari dapat hadiah pun ok jugak. Ntah sapalah yang nak bagi hadiah hari-hari tu.

Kawan baik saya adalah telah menghantar present khas didatangkan dari Australia semalam.
Ialah makcik tu baru balik dari Melbourne dua hari lepas. Kat Melbourne lagi siap sms cakap she bought me a birthday gift and tak sabar nak balik bagi. (Alloo makcik whatsapps jerlah lain kali =P)

Kes tak menyabar nak bagi hadiah (bukannya patut the other way round ke?. Orang yg nak dapat hadiah yg patut lebih excited) makcik tu buat special delivery hantar sampai depan pintu ofis. Sanggup tu..... hahahaha. So sweet....thank you Reen.

Siap suruh bukak hadiah depan dia lagi. Over tau makcik tu.

I dapat hadiah wallet Kardashian Kollection and an iPhone cover. Pink karer lagi.
She said that bila ternampak wallet ni terus teringat kat I and coincidentally dia pergi kedai lain terjumpa iPhone cover yang sama dengan wallet.





santek kan...


My boy pun kata my new wallet and iPhone case cantik.

Dapat wallet baru semalam terus transfer barang-barang dari my 4 year old Coach wristlet to the new wallet. Kes tak menyabar hehehe. Memang niat nak beli wallet baru tapi bila dah dapat as a birthday gift, syukur Alhamdulillah.



Thursday, May 24, 2012

Parcel dah sampai

My poplook parcel dah sampai tadi. Happynya sebab I tak pernah lagilah beli baju online sebab kurang yakin sikit. Takut nanti tak berkenan bila baju sampai.

Anywayyyyyy.....I telah terjebak dengan website poplook sebab kebanyakan baju at this website labuh and long sleeve. Which I like sebab susah nak jumpa baju yang match my criteria. Banyak baju kerja dalam my wardrobe I dah tak pakai sebab banyak my work shirt/tops singkat tak tutup punggong.

I place the order on Tuesday and taraaaaaa 2 days later dah sampai. Harga baju adalah termasuk postage untuk poslaju. Efficient jugak team poplook ni sebab in within minutes derang dah hantar email to verify my order and then later they email  pos malaysia tracking number sekali.


this is the top that I ordered

I foresee myself ordering more from the online shopping website. Convenient sungguh.
Tapi rasanya kena tukar address delivery to my officelah sebab nanti pakcik kat rumah tu bising hehehe.


Wednesday, May 23, 2012

Mizz_Nina & sleep walking

Aduhai mengantuknya mata hari ni tak tertahan-tahan. Banyak sangat setan bergayut agaknya.
Nasi lemak pun takat 5 sudu jer yang sempat makan pagi tadi, tapi itu pun makan curi-curi lepas boss keluar meeting.
Apahallah yang mengantuk sangat ni.

Mungkin jugak pasal malam tadi tidur tak lena.
Boleh pulak termimpi Mizz Nina....ntah apa yang merepek sampai boleh mimpi Mizz Nina. Ni mesti penangan sebelum tidur tu tengok rancangan Mizz Nina di Astro Ria. Terus sampai termasuk dalam mimpi. Siap dalam mimpi boleh terisaukan Mizz Nina sebab kekonon Mizz Nina ni macam tak ada hala tujuan dalam karier dia. Apalah yang merapunya ni.

Pastu tengah-tengah mimpi tu boleh pulak Adik tiba-tiba macam terloncat nak turun katil. Isykkk buat orang terkejut jer. Terus sergah dia, "Haaa....nak pergi mana tu?. Tido!"
Ntah apa yang dia bebel dalam mamai-mamai tu, pastu dia sambung tido balik. Sleepwalking rupanya anak ni. Kalau kita tak sedar, ntah manalah dia pergi. Ayah dia kata lain kali nak biarkan jer dia sleepwalking, pastu nak ikut dia mana dia pergi.

Rasanya Adik ni mengikut tabiat Makcu dia. My sister masa kecik-kecik dulu selalu sangat sleepwalking. Ada satu kali tu kami jumpa dia depan pintu rumah. Nasib baiklah dia tak jumpa kunci rumah kalau tak sampai kemanalah dia merayap.






Malam karang nak pasang locenglah kat kaki Adik.

(Not so) Wordless Wednesday





masalah mata kecik sepet adalah

|

|

|

|

|

|

|

|

|





senang mengantuk =P


Tuesday, May 22, 2012

Pizza Hut dan car show

We had our Sunday dinner at Pizza Hut. Kecewa sungguhlah dengan service Pizza Hut.
Kami order a menu set which supposed to have a pizza, two pasta, a bread stick, 4 soups and a jar of  coke. Side order kami chicken wing, frappuccino and another bowl of soup.

Dahlah nak tunggu waitress tu ambik order lama. Orang yang datang kemudian dari kami yang dia ambik order dulu. Tak systematic langsung.

Sup sampai tapi sampai habis breadstick tak nampak bayang. Then almost half the pizza gone, barulah pasta sampai. Nampak waiter datang with two plates of pasta. Ingatkan dua-dua pasta served sekali, rupanya one of the pasta meja sebelah punya (meja orang yang datang kemudian dari kami tu). Chicken wing pun letak macam nak campak jer atas meja. Muka my husband dah kelat dah masa tu. 

My husband dah suruh one of the waiter panggil Manager. Hmm...habislah (cakap dalam hati jerlah masa tu).
Nasib baiklah sebelum manager tu datang, pasta no 2 sampai.

My husband complaintlah sup semua dah licin tapi breadstick tak sampai-sampai. Pastu makanan semua sampai time gap agak lama within each other. Ini bukannya Chinese 10 course meal =P

Manager tu boleh pulak bagi alasan staff tak cukup. I don't think that customer wants to know your problems. You have to deal with it, organize your staff betul-betul. Lagipun malam tu taklah busy sangat.

I have to say that my husband have a very high expectation of Pizza Hut sebab dulu masa kami belajar kat US, dia pernah kerja part-time kat Pizza Hut so he knows the restaurant's flow very well. Lain kot cara mat salleh kerja dengan Malaysians. Dekat US, the waiters/waitress are very efficient I guess because the rely on the tips. Lagi bagus service bagi kat customer, customer happy, the fatter the tips they get.

Kalau manager tu pandai, dia akan maybe kasi one complimentary soup to make the customer happy but I guess most restaurant managers kat Malaysia ni inexperience (atau kedekut)

Banyak kali dah terkena bila dine-in kat Pizza Hut KD ni but we never learn our lesson.
Lainkali kena beli pizza takeaway or delivery jerlah so tak sakit hati.




kanak-kanak tak boleh melebihi 120cm to eat free



sesambil makan tu dapat tahu from twitter yang di Ghulam Mee ada car show.

Mula-mula ayah budak-budak ni tak nak pergi sebab ialah hati member dah panas tadi but we manage to persuade him.

Ingatkan car show macamana, rupanya all the cars have been modified. Bubuh lampu kaler-kaler, sound system boleh pekaklah kejap telinga (sila bawa earplug lain kali), ekzos buluh bunyi punyalah kuat. 


dah macam cerita Too Fast Too Furious



ekzos siap keluar api tu

boleh bukak mini diskolah sound system punya kuat

kereta ni dekat-dekat raya nanti boleh pasang depan rumah.
Tak payah pasang lampu lip-lap lip-lap dah.


agaknya rumah owner kereta ni terlebih mentol

wow furious


Bagus jugak follow twitter handle kawasan perumahan ni so tau aktiviti-aktiviti yang berlaku. Cuma janganlah tweet kalau ada roadblock JPJ atau polis, nanti taulah kat penjenayah-penjenayah. Kan tak bagus tu.

Monday, May 21, 2012

Maths Revision





musim anak periksa ni mak pun sama kena buat revision

masalahnya mata mak pun sama mengantuk tengok paper maths.

Tak berubah rupanya perangai dari sekolah. Bila mengadap buku sekolah jer mesti layu mata.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Makan-makan hujung minggu

Hujung minggu kalau tak makan luar, 10 kali masak sepuluh kalilah basuh pinggan mangkuk untuk 5 orang.

Tang masak tu I tak kisah lagi tapi bab basuh pinggan mangkuk tu yang tak larat.

Sepanjang hari Sabtu tu kerjanya masak, makan, basuh pinggan. Repeat balik process yang sama berulang kali. Stress akak tau!

Hari Ahad terus mak mogok tak masak langsung.
Kali ni biarkan orang lain pulak yang basuh pinggan mangkuk tu. Tukang basuh tu of courselah bukan orang dalam rumah tapi orang kedai. Bantai makan lunch dan dinner kat luar semalam. Tak berasap dapur.
Letih jugak memikir nak makan kat restoran mana. Kalau ikut selera budak-budak ni sokmonya McDonald's. Ohhh tidakkkkkkkkk......

Restoran Santai kenapalah tutup cawangan Kota Damansara tu. Kalau tak tak payah fikir susah-susah.

Ntah macamana we end up kat cafe yang dekat dengan rumah. Nasib baiklah sempat masuk sebelum hujan lebat. Lately ni cuaca panas melampaukan. Pi jemur kain sekejap pun semua peluh jantan keluar.





lama dah tak pekena air Bandung





mee Bandung.

Tukang ambik order tu siap confuselah. Siap tanya I balik, jadi Mee Bandungnya 2 lah ya.
Pastu I pulak jadi blur.....bilalah pulak aku order mee bandung sampai dua ni.

Bila dia repeat order baru I sedar yang rupanya dia keliru bab air bandung dengan mee bandung tu.



Wantan noodle. Mee ni memang tawar ya.
Masa order tu ingatkan sedap. Ayah budak-budak ni jugak yang tolong perabiskan.










disebabkan mee wantan tak memenuhi selera makanya I order chicken lasagna. Ni baru best.
Rupanya mak tekak omputih.

So apa menu hujung minggu korang?



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 20, 2012

My Path





orang download apps Path, I pun nak download.

Pastu tak faham konsep. Lawak tak?

Can anybody explain to me how can I view other people's Path?



 



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 19, 2012

Back to the 70's

My youngest daughter was actually curious how her grandmother looks like when she was younger. 

So she dug out all the old albums.

Guess what else she found besides my mother's old pictures






my baby picture

anak cina sesat =P






and a picture of her grandfather

adoi tak pernah tengok my father pakai baju corak-corak macam ni while I was growing up


Dia (Adik) siap cakap yang rambut nenek bentuk square. Fesyen tahun 70an memang macam tu. 


Ni semua sebab Glee nyanyi lagu 70's. Kalau tak tak adanya dia nak korek album lama.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 18, 2012

Please don't pinch my kid

Tak tahulah kenapa orang Asia ni suka sangat nak cubit-cubit cuit-cuit pipi anak orangkan, even strangers.

Petang semalam I naik (actually turun) satu lift with of our client. Baya uncle-uncle dah client tu. So I just tanyalah kenapa balik lambat sedangkan stock market tutup pukul 5. Masa I balik tu dah 5.30 petang. Tapi ntah apa ntah uncle tu merapu kata hari terang lagilah pastu kata dia nak pergi naik Genting dan turun balik besok pagi. Siap bagitau that he's a terrible gambler. Dalam hati cakap apalah orang tua ni merapu....mabuk ke apa?

Sekali dekat 2nd floor tu masuk a mat salleh couple with two young children. Salah sorang anak mat salleh tu duduk dalam stroller.

Si Uncle ni dengan selambanya tegur toadler tu macamlah kawan lama dia.
"Hey long time no see boy....how are you". Sambil tangan tu gatal pi pegang-pegang cubit pipi anak mat salleh tu.
I think the father sudah annoyed. Apa lagi kena soundlah uncle tu.
"Don't touch her....she's trying to eat", dengan muka kelat sangat.

Rasakan cubit lagi pipi anak orang, kan dah kena sound. Rasa akward gila masa tu. Nasib baiklah level yang I nak turun tu sampai. I pun terus keluar, kalau tak sure uncle (lalok) tu lagi malu.

Cerita pasal cubit mencubit cuit mencuit anak orang ni. I am seriously annoyed dengan mamak-mamak kat kedai makan tu. Who give them permission to touch my kids?. Kalau anak-anak I tu baby lagi tak perlah. Ni budak-budak perempuan berdua tu dah 10 & 12 tahun. Janganlah nak pi gatal-gatal usap kepalalah kacau-kacau anak aku. Pastu kekonon nak bergurau with my kids siap bawak lari barang-barang kami yang atas meja . Ada sorang tu pulak asyiklah kecek my kids punya handphone. Seriously annoying, sampaikan I dah rasa tak selesa nak pergi kedai makan tu lagi tapi tu kedai peberet ayah budak-budak ni pulak. 

I think lain kali I pi kedai mamak tu, I nak bawak ruler besi satu. Pegang jer anak I, I ketuk tangan depa sekali.

Amacam? Ok tak?

Thursday, May 17, 2012

Hari panas hati panas


Hari panas ni senang aja bikin hati sama panas. Memang nak naik darah jerlah 2 - 3 hari ni. Nak PMS pun iya kot.

Tapi kalau orang tak provoke takkan kita nak marah tak pasal-pasalkan.

Macam time lunch tadi.

Tengok lauk menyelerakan. Banyak sungguh lauk di Sambal Hijau sama banyak dengan manusia yang makan lunch situ.

I pergi lunch dengan Adik dan ayah dia. Alhamdulillah ada tempat duduk masa kami sampai sebab Sambal Hijau ni kalau time lunch memang payah nak dapat seat. Kalau tak memang kena tunggu lama sikitlah sampai ada orang yang beredar.

Datanglah 5 hamba Allah ni tapi seat sebelah kami 4 jer yang kosong. So maknanya one of them tak dapat duduk. Kita sampai dulu kita ambik lauk, kita makanlahkan. Sekali ada pulak mulut cabul antara berempat yang dapat tempat duduk tu macam sound kat my husband suruh makan cepat sikit. Pastu minah yang duduk sebelah itu tak makan-makan sebab menunggu nak makan sekali dengan member yang tak dapat duduk lagi tu dengan harapan I blah cepat.

Panasnyaaaaaaa hati I. Janganlah kurang ajar sangat. Kalau kau rasa kau nak duduk semeja beramai-ramai dengan kawan-kawan kau lain kali pergi book meja ataupun kau pergi restoran yang kosong so korang boleh tunggang terbalik berlima kat situ.

Silap ler korang sebab I ni very vocal. "Makan jerlah yang kau nak tunggu sampai orang blah buat apa". Ha ...kan dah kena sound.

Lepas tu barulah nampak minah-minah tu suap makanan kat mulut. Itupun mata duk tengok-tengok meja kita. Yang kawan jantan korang tu pun tak reti-reti nak duduk meja lain. Apa ...jadi batu ke makan sorang-sorang.

Sebelum I melangkah pergi buat bayaran, I sempat sound lagi. " Lainkali book table kalau nak duduk ramai-ramai". Harap-harap derang dengarlah sebab hatiku sakit!

Dahlah kawan kau langgar kepala aku, tak cakap sorry pun. Pantang tok nenek aku!


lauk sedap tapi kalau dah duduk sebelah manusia kurang ajar terus jadi tak sedap!




hilang mood walaupun air teh laici sedap!


ehh tadikan ada uncle jual aiskrim and jajan lalu depan rumah my mother. Terimbau kenangan lama you sebab most of the jajan is jajan zaman I kecik-kecik.

Orang kata orang yang cepat marah ni sembahyangnya tak kusyuk maknanya I kena berusaha untuk lebih kusyuk time solat. Block all the noises tapi solat kat surau pun orang bising sembang. So camner tu?




Akibat tak dengar kata


ada budak ponteng sekolah hari ni

Kaki terseliuh lagi semalam sebab terjatuh akibat dipijak kawan. Sampai bengkak merahlah buku lali.

Tu lah degil tak nak dengar pesanan mak jangan main time hujan panas rintik-rintik.

Kita tak bagi dia buat muka kesian kat ayah dia. Ayah pulak anak kecik kesayangan buat muka sedih jer terus cair.

Rasakan hari ni. Tapi besok tak kira jalan terhenjut-henjut pun pergi sekolah sebab besok periksa.

By the way I had soto for breakfast tapi sekarang perut berangin gila. Alahai perut makanan apa yang kau okay tak bikin berangin =(



Wednesday, May 16, 2012

Betul kata-kata orang tua

Tak tahulah orang tua mana
tapi memang betullah kata-katanya kalau terlampau gembira, nanti ada yang menangis.

Awal pagi-pagi tadi gelak melampau sampai keluar air mata sebab tengok Macam-macam Aznil.

Pak Nil ada soal 3 budak tecik pasal binatang. So one of the question was macamana ibu kucing bagi susu kat anak dia. 

The sweet innocent boy answer buat I keluar airmata gelak.

Dengan selambanya dia menjawap, "Dalam piring"

:"D (itu emoticon gelak sampai keluar air mata)


dah terdetik dalam hati pagi tadi....amboii sukanya aku silap-silap ni kang ada yang menangis.

Memang betul pun! :'(

Nangis non-stop ok.




semua pasal cerita Seindah Sakura ni. Psiko apa cikgu ni asyik nak cari salah budak. Dah sah-sah kau mengajar kat kawasan kampung. Kau ingat semua budak senang lenang macam kau ke?. Cubalah selidik masalah budak sikit....ni tau nak hentam jer. Buruk image cikgu sekolah akibat cerita ni. Wahh...tiba-tiba emo.

Pesanan.....kalau rasa tak boleh mengajar jangan jadi pendidik macam saya. I dapat tawaran masuk Maktab tapi I tak dapatlah nak meneruskan cita-cita my parents sebab I tak rasa I akan jadi seorang pendidik yang baik yang penuh kesabaran. Kita kena berpijak pada realiti dan kemampuan diri sendiri. Lagipun kerja kenalah ikhlas baru berkat. 

Pagi tadi hubby cerita masa dia buat advance kat ITM ada satu lecturer ni garang sangat. Tiap-tiap kali masuk kelas mesti nak maki orang walaupun students tak buat salah. Satu hari tu satu kelas boikot tak datang kelas. Terus kena tunjuk sebab lecturer tu....last-last dia berhenti jadi lecturer. Kalau tak suka mengajar baik jangan jadi cikgu sebab selain menyestresskan murid, kau pun stress samakan.


Wahhhh panjang membebel pulak. 

Anyway, Selamat Hari Guru. May Allah bless you always.

Peace!


P/S: omaigad....benci rasanya kat autocorrect kat Macbook ni. Rasa hari tu dah turn off tapi pepandai jer menukar perkataan kita.

Punch in the stomach



Seronok menjadikan orang punching bagkan.


The punching bag swings both way so tengoklah berapa lama "punching bag" ni tahan sebelum kau kena punch balik.


dusyummmm!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin