Cubaan untuk mengupdate lagi awal tak berjaya kerana internet opis ini adalah sangat menyakitkan hati.
Asyik intermitten jer...sekejap ada....sekejap tak ada. Dah bunyi macam biskut chipsmore dah pulak.
Tapi ia adalah sungguh menjengkelkan, in another word sungguhlah annoyingnya.
Segala kerja tergendala dibuatnya. Kalau petang ini internet tak stable jugak, makanya kami akan beramai-ramai mengangkut server dan mencampakkannya kedalam sungai. Sungai yang terdekat kat mana ehh?
gambar Adik tak ada kena mengena dengan entry "Sakit Hati" saya ini.
Just nak tunjuk yang belon (belon ke?) penguin ini dia dapat masa hari Ayah apply untuk credit card. Ganas sungguh ya sekarangsalesman credit card ni sampai sanggup halang-halang jalan orang dan seperti memaksa-maksa kita pulak untuk apply dengan credit card bank mereka. I terpaksa melakukan aksi-aksi meneuvre seperti pemain ragbi untuk mengelak dari disekat perjalanan. Suami saya yang sungguhlah pelembut hati itu telah mengalah dengan mudahnya pujukan salesman-salesman piranha itu.
hasilnya, Adik dapat penguin belonnya dan Abang dapat set chess free
Tapi kalau I memanglah tak kuasa nak melayan piranha-piranha salesman itu.
P/S:sejak baca buku P/S: I love you ni...asyik nak ber P/S pulak ya....hope my internet line will be ok sampai balik kalau tak ada orang yang meroyan kebosanan :D