Tuesday, March 31, 2009

Sayang, I got you a Couch as a hantaran



"Selain itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran iaitu set wangian jenama Aigner, beg tangan Couch, kasut Nine West, set alat solek dan sirih junjung. Manakala pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang iaitu jam tangan, kasut Hugo Boss, kemeja, senaskhah al Quran, manisan dan sebagainya."


for full reading read here

Ok...is it a typo error or the journalist is just plain buta fashion or is there a handbag by the name of Couch yang I tak tahu?

ermm....

Lunch makan buah jer ke?

makan buah jer for lunch?
hehehe...tak dapatnya....

macamana nak kurus ni?

P/S: Tak boleh nak tulis entry panjang-panjang sebab honeymoon dah habis. Bos dah balik :P

Watch it already

We love it. We as in me and my husband (the guy who is very hard to persuade to watch a chic flick). Although I find some of her clothes were a bit too loud for my liking and some scenes are a bit too exaggerated. But we still love it.

Monday, March 30, 2009

I love lavender

I look like Freddy Krueger rite now.

I'm wearing a face mask

I've been having headaches and migraines for a week now

So I thought that lavender could sooth me

it's cheap only RM4.90

I'm gonna rest and relax now. So how's your day?


It happened to my poor baby

(This is a sticky post. It will be here for a few day, please scroll down for new posts)


I saja jer letak this post as a sticky post sebab nak put it as a reminder untuk semua to please be careful kalau your children is wearing kasut yang sewaktu dengan crocs shoe.

It happen to my child today. Kasut dia actually stuck kat tepi escalator MPH tu. Nasib baik tak jadi apa-apa kat kaki Adik. So parents please...please be careful ok. Kalau you all pernah dapat email sebelum ni warning pasal kasut crocs then it really happen to us today.

I tak sangka kasut dia stuck sebab masa tengah naik escalator tu tiba-tiba escalator stop. Rupa-rupanya kasut my daughter stuck kat tepi tu. Terkejut jugaklah I. Nak cabut kasut tu takut pulak kang jari pulak tersepit ke.


see kasut Adik tersepit kat tepi tu

I dah panik dah, siap call husband I datang tengok kasut tu. Ni staff MPH datang nak cabut kasut tu. Siap cakap kasut akan rosak kalau dia cabut. I cakap kat dia tak perlah sebab yang penting kaki anak I tak tersangkut kat situ sekali.

kena stopkan escalator tu dulu. Kang tak pasal2 escalator tu bergerak plak.


Nampak tak kesan hitam tu kat kasut Adik. I terus cakap kat Adik balik buang kasut ni. Si kecik ni agaknya dia pun dah cuak, sampai rumah jer terus dia buang dalam tong sampah.


I better warn my sister also sebab my nephew pun pakai kasut croc. To all parents yang membaca please becareful ok kalau anak u pakai kasut croc atau adik beradik dengannya sebab it can happen to you too. Better safe then sorry. This is my personal opinion, I bukan nak hasut ker apa but please just be careful ok.

Opening + birthday

Sunday pergi invitation pembukaan kedai + birthday anak kawan kami. Jauhh nu di ...alamak hilang ingatan kejap. Dekat-dekat dengan Kajanglah.

kedai kawan kami ni baru bukak 4 hari. So dia buat openinglah tu. Jual perabot jati.


Orang dah jemputkan walaupun jauh dari rumah still kena attend jugakkan.



macam-macam makanan ada...cover makan tengahari semalam :D




murah-murah jugaklah furniture kawan I ni jual.



furniture masih tak susun elok2 lagi sebab according to my friend ni kedai barukann...


kedai kawan I tu opposite kedai ni. Lawakan kedai makan tu macam klasik sangat.
so kalau kawasan ni familiar dengan korang, singgah-singgahlah kedai kawan I tu :D


Gelap sana sini

Orang bergelap, kita nak bergelap jugakkan. Last-last hubby tercintaku yang bertuah tu dia pergi tutup main suis. Isykkk...orang suruh tutup suis letrik jer. Geram plak I jadinya sebab habislah nak kena set balik alarm clock bagai sebab alarm clock i tu pakai elektrik. Bertuah punya orang. Ini semua cerita malam Earth Hour tu ler.

Sebenarnya hubby I kata Earth Hour dok bergelap dalam rumah jerlah. Isykk...sapa nak duk berpanas dalam rumah gelap-delap tu. Tak koser :P

Orang nak ajak dia lepak mamak, last2 merayap tengok orang lain padam ke tak lampu rumah diaorang. Kepochi sungguhkan :D


mainly boleh kata ramai orang participatelah. Gelapkan ....



tu lampu tangga jer tu kat Pelangi Damansara


tuan rumah kat Mutiara Dsara ni pasang lilin kat depan rumah


bank kat The Curve pun gelap jer kecuali papan tanda jerlah yang menyalanya.

adalah jugak 2 - 3 unit yang tak padam lampu. Takut hantu agaknya :D

So korang tutup tak lampu malam Sabtu lepas?


Me and her


Sunday, March 29, 2009

MPH...yesterday

Kasut Adik tersekat kat escalator MPH semalamkan. Pheww...nasib baiklah tak apa-apa jari kaki ke. Semalam pergi ke MPH pun sebab nak cari hadiah untuk besday anak kawan kami tu. We end up belikan dia books sebab lagi educational rasanya.

Tapi I sempat lagi beli buku Twilight...finally ya...orang lain semua dah habis baca buku ni berbulan-bulan dah lamanya ya. :)





These two dok tengok gambar anak-anak binatang termasuklah gambar anak tikus...eee....gelinya.

We also bought buku latihan peperiksaan untuk Abang.Nampak tak Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday tu...maknanya dia kena buat exercises from the books according to days. Jumaat mana ya....Jumaat Ayah bagi dia can rilek. Baiknyaaaaaa....Ayah ya.....kalau Mama sampai hari Ahadlah Abang buat kerja sekolah tau tak.



Tu budak lelaki yang tengah pening sebab kena banyak buat exercise. Yang pompuan tu nak nunjuk jugak hadiah dia. Tak nak ngalah tu :D


How hard is it find a gift for a 3 yr old

Dam hard ok. So many choices to choose from. We're like trying to fing the perfect gift for our friend son's birthday.
Susahnya...nak cari hadiah untuk budak 3 tahun pun sampai dekat sejam kat Parkson sahaja.

I told my husband just Ben 10 cause boys will always adore Ben 10. Tapi macam banyaknya lagi mainan lain yang best2 jugak.

see banyaknya Ben 10's toys

cool ehh...siap ada keluar cahaya macam Batman tu

tiba-tiba hubby saya dah pegang topi Star Wars ni. Siap keluar suara lagi...this one also cool. I think he wants to get it for himself.


ohhh...yang ni ada budak lain yang berkenan


I bought her a few stuff like a new tupperware and magic ink color but this one still wants more.

Pencarian hadiah masih tak berjaya kat Parkson. See I kan dah kata susah. I'll tell you later where we bought the gift. I nak tengok marathon The Hills ni...tetiba plak syok tengok Lauren, Heidi and Audrina gaduh-gaduh :D

Majlis anugerah cemerlang Kakak

Semalam walaupun hari Sabtu tapi kami pagi-pagi lagi dah bangun macam hari sekolah pulak sebab Kakak kena ada dekat sekolah pukul 7.30 pagi. Kakak turut serta dalam persembahan dalam majlis anugerah cemerlang sekolah dia. Kakak pun terima 2 anugerah cemerlang jugak.


Malas nak cerita pasal glitches sebab biasalah semua majlis mana ada yang perfect 100%kan so just tutup sebelah mata jerlahkan. At least the school made an affort tu raikan murid-murid cemerlangkan.

Kakak naik stage dua kali sebenarnya ambik anugerah cemerlang tapi I buh satu jerlah ya gambar sebab susah benar nak upload gambar.


Kakak masuk persembahan angklung tapi alahai budak ni goncang angklung tu ala-ala manja jer, ntah keluar bunyi ke tidak.



Ni persembahan lain, lawa jer budak-budak ni nari tarian rampai.


Adakah ini bermakna guru sekolah mana2 pun boleh masuk jugak?




Itu pun kami cabut cepat. Lepas Kakak ambik hadiah dan habis persembahan kami balik tak tunggu sampai habis majlis sebab nak bawak Bibik check fomema. Sekali.....alahai ....rupa2nya kena tunggu 5 hari lepas habis period baru boleh buat test. Letihhh jor balik awal...cehh...

Banyak lagi stori semalam, nanti I cerita lagi ya.

Saturday, March 28, 2009

Counting...60 minutes

counting...another 60 minute and we're switching off our lights :)
do join in for the good cause :D

Friday, March 27, 2009

What three mothers do when they see a mouse


no not this mouse but this one



besar giler ok. Looking at this picture pun I dah geli geleman

Tadi elok jer I masuk rumah my dad nak ambik anak2...anak I dah menjerit Mama rumah Atok ada tikus.

Tikus ok, I memang pengeli dengan tikus maka I terus panjat atas kerusi. Manalah tau tikus tu kang dia keluar kang dari balik almari tu. Baiklah I selamatkan diri dulu

Adik I pulak dengar kitaorang dok menjerit2 elok jer dia tinggalkan anak buah kami yang umur setahun tu tengah2 hall lari masuk bilik. Sampai I kena jerit dia suh angkut anak buah I tu sekali. Elok jer lepas dia masuk bilik tikus tu lari lalu depan pintu bilik dia. Nasib baik pintu dah tutup kalau tak drama plak dalam bilik adik I tu.

Mummy budak setahun tu awal-awal lagi dah menyelamatkan diri naik lari ke tingkat atas. Woii...anak ko, ko lupa ker. Dimaafkan sebab dia bawak perut, kang tikus tu terkam kang nak lari kemana dengan perut membuyut tu kan.

Tikus berjaya dihalau keluar dari rumah. Berani sungguhlah Bibik dengan hubby saya kejar halau tikus tu keluar. Ngeri tau tikus sebasar anak kucing. Mau tak masing-masing menyelamatkan diri...anak2 lain kali kena belajar selamatkan diri sebab mak-mak semua penakut tikus.

Eeeee....geli lagilahhh...teringat2....


Farewell to aunty tea lady

Aunty walaupun most of the time you garang. Pantang kalau air tumpah sikit sure kami kena marah. But thank you all you've done for us all this while. Keeping the kettle always full with hot water and the sink shiny clean.

Thank you again and I think we'll all miss you because usually when you're on leave the pantry always like tunggang terbalik and macam kapal karam cawan penuh satu sink tak berbasuh (see betapa pemalasnya budak-budak opisku ini).


To show you our gratitude just a small blueberry cheesecake as a farewell gift from a few of us (nampak sangat yang lain tak menghargaikan). Sungguhlah yummylicious cake itu..aunty you don't want to share with us ah?
20++ tahun kerja kompeni tak throw lunch ker atau apa2-apa gift ke...isykk...teruknya.

Tengahari Jumaatku


tengahari yang aman setelah orang lain semua keluar menghilangkan diri selama 2 jam.
Baring-baring dan tengok TV.
I only wish I had some snacks then it will be perfect.

Nice shoes

Depan sekolah Kakak ada satu taman besar. So ramailah orang jogging kat tepi jalan tu nak ke taman.

Me: wah...lawa kasut mamat tu. Hijau...kasut Nike tu

Hubby: ha?. Abang tengok mamat tu handsome

Cett....aku nengok kasut, dia nengok mamat handsome plak. Shouldn't it the other way round.


Tapikan memang selalu macam tu pun kalau ada minah2 terlebih seksi ke apa, laki I selalu tak perasan pun yang terlebih pandangnya I. Hehehe...weird couple tul ler kitaorang ni :)


gambar diambik dari google


Thursday, March 26, 2009

Tukang siram pokok


tuan punya pokok ni dah nak berangkat ke Hong Kong malam ni. Argg...legaaa...moga2 dia tak callah semasa dia kat sana.
Itu plant bos I ler, tinggallah kuli ini nak menjaga pokoknya.

Just me


me, age 3 or 4 yrs old

Dinner with Princess

Itu makan malam kami malam tadi. Tetiba craving nak makan mee sebab dah terlebih makan nasi lemak antarabangsa during lunch yang ditapau/belanja more like kena rasuah jer sebab kena jaga office sementara mereka bersuka ria berbreakfast sampai ke Bukit Antarabangsa nun.

Nampak tu Princess ok...tapi princess punya baju ada blood stain. Hidung dia asyik berdarah jer dah 3 hari dah.


Tuan puteri yang tak reti duduk diam. Merayap sana sini dan dok kacau orang jer. Sambil mulut penuh ais pergi cium Ayah dan Mama dia saja nak nyakat orang.

Princess in Mama and Ayah's eye's though sometime rasa nak cubit2 jer dia sebab naughty benar

Marilah menutup elektrik

Dalam kereta petang semalam I dok dengar phone conversation antara my hubby dengan Adik.

Adik sibuk tanya kenapa hari Sabtu ni kena tutup lampu sejam. Ayah dia dok mengexplain sebab nak kena create awareness terhadap environment. Lama jugaklah ayahnya nak kena explain kat anaknya yang tetiba enviroment conscious. Conclusionnya she want us to turn off our electricity hari Sabtu ni. Ayah kata nak bawak kami lepak either mamak or The Curve.

Malam tadi masa kami dinner, cik kak kecik ni tak puas hati lagi nak tanya pasal Earth Hour tu. Pastu I tanyalah dia,

"Adik tau ni sapa cakap?, Cikgu kat sekolah ya?"

"Taklah, Bibik yang cakap kat Adik"

wahhh sungguh enviroment friendlynya Bibik ya. Ni mesti pasal Bibik banyak nau tengok Astro ni.






So dearie's marilah kita sama2 padamkan electricity kita on Saturday for an hour although I know that I won't be switching off my fridge....busuklah laukku nanti.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin