Friday, May 29, 2015

Sembang-sembang hari Jumaat

Assalamualaikum,

School holiday is just around the corner. Syoknyalah hai budak-budak cuti sekolah 2 minggu. Kalau kita yang bekerja ni boleh cuti macam budak-budak sekolahkan best.

I will be taking leave 2nd week of the school holidays, InsyaAllah. Cuti pun tak apply lagi ni, hopefully boss approve ler. My boss tu sekarang angin puting beliung dia bukannya betul sangat pun. Asyik nak naik angin jer kerjanya.

Petang ni nak kena pergi jemput anak bujang tu balik dari hostel. Next year MRT kat rumah I tu siap, baliklah sendiri. Malas Mama nak pergi jemput lagi. Lebih-lebih lagi kalau petang Jumaat tau-tau jerlah jalan jam gila. Nak sampai hostel Abang kat Cyberjaya kadang-kadang makan masa sampai 2 jam. Ikutkan kalau tak jam dalam sejam macam tu boleh sampai dah. Kematu bontot duduk lama-lama dalam kereta tau.

So my father dah selamat sampai kampung malam tadi. Satu bag penuh dengan souveniers from Mekah dah selamat kami selongkar hahahaha....jahat sungguh itu yang diselongkar dulu.Ada jubah, songkok, air zam-zam, kismis, kurma dan hadiah-hadiah lain for us and the rest of the clan. Paling penting my father sihat balik dari mengerjakan ibadah umrah. 

My father kata sekarang ni kat Mekah panas dan berhabuk disebabkan construction around masjid. So hidung dia berdarah sikitlah. Then his hotel is about 3km from the Masjidil Haram. So daily memang berjalan jauh jugaklah. Keluar pagi selalunya lepas isya' baru balik hotel. Boleh tahan jauh jugaklah walaupun untuk orang 'muda' macam I. Nasib baiklah my father ni routine dia berjogging hari-hari so tak adalah difficulty sangat berjalan jauh naik dan turun bukit. My mother kata nasib baik jugaklah dia tak ikut sebab dia dah tak daya nak jalan jauh. Haritu my sister bawak jalan ke IOI Mall pun dia dah sakit pinggang berhari-hari.




 few of the jubah that he got for us.


Thursday, May 28, 2015

Papaku pulang


According to https://flightaware.com my father's flight dah landed from Jeddah.

Now All I have to do is wait for my father's phone call

My husband is on the way to the airport to pick him up.


this is a good website to track flight. It will show pukul berapa plane akan sampai dan live flight route (Nampak tak line warna putih tu)/ Also kita boleh letak alert which they will email you the expected time plane akan sampai dan bila dah sampai dia akan email you again informing.

Can't wait to see apa ole-ole yang father bawak balik. 
Bukan nak tengok bapak tapi nak tengok ole-ole.....*pang* sekali hahaha...

Update: I just called my husband, ingatkan dia dah sampai airport. Rupanya pakcik tu baru nak pergi airport. Sabar jerlah. DAhlah dia bawak kereta slow macam nak menikmati pemandangan tepi laut =/

Wednesday, May 27, 2015

Jalan-jalan weekend


Sabtu lepas my sister message tanya boleh tak bawak my mom pergi potong rambut. 
Asalnya dia yang berjanji dengan my mom dari minggu lepas lagi tapi biasalah pompuan tu selalu janji melayu.

Sebenarnya tak ada plan nak pergi mana-mana sebab pagi-pagi buta dah kelentang kelentong kat rumah. I tengah tidur terkejut dengar bunyi bising orang mengangkat barang.
Rupanya ayah budak-budak ni tengah mengemas rumah. 

Asalnya dia nak bersihkan kipas jer pastu terus melarat spring clean mop rumah rumah bagai. Dia tak ajak I tolong dia dah kira bagus sangat dah hehehe. Tapi I kerah the girls tolong ayah derang angkat mana-mana barang yang patut.....anak dara jangan nak pemalas sangat.

Dah habis kemas rumah baru pergi ambik my mom. Itupun dah tengahari dekat pukul 12.30.

My mom kata dia nak potong rambut kat Rasta TTDI. So kita bawak jerlah.
Dah sampai Rasta dia tanya kita pulak kedai yang mana.
Ehh...manalah kita tau sebab kita tukang bawak jer. Yang selalu potong rambut kat Rasta tu my sister 'janji manismu' itu

Rupanya ada satu salon potong rambut sebaris dengan Joe's Barber. 

Ada dua orang tukang potong rambut tapi sorang lelaki dan sorang lagi macam pompuan tapi bila dia bersuara rupanya nyah. Tapi nyah tu bukanlah muda tapi dah berumur gaklah.
I think my mom mesti ingat nyah tu perempuan sebab my mom requested for the lady to cut instead of the male hahahaha....

Nak bagitau my mom yang tu bukan perempuan tapi nyah takut kang nyah tu terasa hati pulak.....ada yang dia hambat kitaorang keluar kedai dengan penyapu. Udahlah nyah tu bigsize jugak. My ngok ngek sister pun satu tak bagitau yang hairdresser tu nyah sebenarnya. When I call her baru dia confirm yang the 'lady' is actually nyah.



we had lunch at Sambal Hijau Sungai Penchala.

Ramai gila orang nasib baik ada tempat duduk. Kalau tak memang kena cari tempat lainlah nampaknya nak makan.


this girl orang makan, dia sibuk melukis
She can draw anywhere anytime



the girl and her grandma.
Nenek boring duduk rumah sebab Atok tak ada pergi umrah.
My sister and her family at her PIL's house


sedap sangat ikan pari bakar ni. Isi pun banyak.



this one very hard to photograph her. Dia allergic dengan camera.


Then my mom wanted to buy a new watch to replace jam dia yang rosak.
Sampai ke The Store Sg Buloh kami.
The Store kalau nak cari tudung, jubah dan baju raya banyak and harga affordable jugaklah.


Dah I tak tahu nak cerita apa lagi sebab depan I ni my officemates tengah sibuk beryoga beramai-ramai. I nak dengki derang sikit.....nak makan my nasi lemak infront of them muahahaha....


Tuesday, May 26, 2015

Cardiology appointment - stress test

Assalamualaikum,

As you all tahu in previous blogpost I ada bagitau yang I sakit dada and will be seeing a cardiologist.

So yesterday was my appoinment day with Dr Mohd Daud  at KPJ Damansara.
Doktor ni I pilih randomly jer dari directory KPJ ialah sebab this is my first time just doktor pakar jantung. Selalunya I jumpa Dr. Malik jer for my neck slipdisc pain.

Make sure you make an appoinment before you come because doktor ni busy and appoinment selalu penuh. I tried making the appoinment last week tapi dari Rabu sampai Sabtu semua full. Alhamdulillah dapat jumpa yesterday. Rupanya ada reason kenapa appoinment semalam. Later I'll tell you guys.

So after explaining the reason why I came for the appoinment. The nice doctor buat check and advise me to go for a stress test.

Berdebar jugaklah nak buat stress test sebab this is my first time. Sebelum ni tak pernah lagi buat stress test. Stress test adalah untuk 'Determine if there is adequate blood flow to your heart during increasing levels of activity. Evaluate the effectiveness of your heart medications to control angina and ischemia. Determine the likelihood of having coronary heart disease and the need for further evaluation' (source: webMD).



Lepas dapat chit ni kita kena pergi "Special Diagnostic" where the Stress Test will be done.
Just a small reminder kalau nak buat stress test ni baik pakai sports shoes sebab kita kena lari atas threadmill. I semalam silap sebab I pakai selipar so I have to run kaki ayam.



Inilah threadmill tu.
 Tapi sebelum tu mereka akan pasang all the wires to your body sebab they have a machine to measure/monitor your heart activities.


mereka akan tampal benda ni dulu kat badan then only pinkan wayar
Jangan risau tak sakit pun.


machine yang akan monitor aktiviti jantung kita.
Nanti ada nurse in charge akan duduk sini akan tengok machine ni.

Actually ada 5 stage. Each stage dalam 3 minit.
So each stage dia akan set pace atas threadmill so kita kena dari jalan sampai berlari.

Disebabkan I memang sangat tak fit, sampai level 2 I dah mencungap-cungap dah.
5 minit lari rasa macam nak pengsan hahahaha.....tak adalah lari pun sebenarnya more like jalan naik bukit macam tu.

Buat malu jer sebab tak ada stamina sampai suruh the nurse stopkan machine, I dah tak larat. Berpeluh-peluh dan mencungap-cungap macam lari 30 minit sedangkan 5 minit jer atas threadmill tu =P


After the test kita kena bawak balik the result jumpa doktor balik.


Masa balik ke klinik Dr Daud, my husband was whispering 'eh tu CEO bla..bla..bla PNB'.
I dengan acuh tak acuh cakap 'tak kenal"

Bila dah duduk dalam klinik baru perasan that Tun Ahmad Sarji, Chairman PNB and his wife was in the same clinic with us. Starstruck kejap. My husband kata walaupun dah tua tapi Tun Ahmad Sarji masih handsome....which I agree. Must ask my father when he gets back from umrah samada dia kenal tak Tun Ahmad Sarji. Pastu keluar dari bilik doktor lagi satu Tan Sri ....but I tak dengar namanya sebab the Tan Sri bersalam dengan Tun Ahmad Sarji. Nampak tak kepochi duduk tepi tu but pretending not to bother hahahaha...

Ramai gak VIP jumpa Doktor Daud ni. But personally, I would recommend this doctor kalau you nak jumpa cardiology cause doktor ni baik sangat.

Back to my stress test result. Alhamdulillah my heart is fine but I lack of stamina cause orang biasa mesti lepas stage 3 but I tak tahan. So I need to exercise more to increase my stamina. Anyway, doktor kata orang perempuan yang tak ada kencing manis or high cholesterol and family history parents sakit jantung muda is low risk to sakit jantung.Conclusionnya, my chest pain is due to my rib bone. So doktor bagi I pain killers.

Anyway before I lupa, the stress test cost around RM270 (kalau I tak silaplah). Kalau sakit dada tu bawak-bawaklah pergi check.

Kesimpulannya, stress test ni bukan untuk check level kita stress dengan boss kita tau tapi untuk check jantung kita =) 
(my friend wanted to do a stress test cause she was so stress with her japanese micromanage boss......sabo jerlah ya Kak)

Friday, May 22, 2015

Peringatan untuk kita

Salam Jumaat,

Kita manusia ni kadangkala selalu membuat kesilapan so kita ingat memperingatlah sesama kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik.


kalau solat tu tak yahlah post kat facebook bagi semua orang tau





spesis ni banyak kat facebook Akak. Simpan duit dalam ASB pun nak bagitau orang. 
Mungkin niat dia nak suh kita menabung jugak macam dia tapi kadang-kadang it came off as riak kat orang lain. Tapi yang Akak perasan yang selalu tayang duit ni semua orang MLM.


hmm....solatlah 100 rakaat pun kalau niat tak betul tak guna jugak


ramai kot orang yang gila 'like' lebih kurang macam pujianlah tu kat sosial media

source: facebook kawan


Harap-harap kita tak mempunyai sifat-sifat seperti diatas. 
Kalau Akak ada antara sifat kat atas tu maafkanlah....kadang-kadang tak sedar.

Peace!

Thursday, May 21, 2015

Ugh....

Ugh....that is how I feel right now.
Badan sakit, kepala pening tapi kerja tetap kena kerja.

So I made the appoinment to see the cardiology on Monday. Minggu ni doctor tu appoinment penuh sampai tak boleh nak slot satu pun. Ramainya orang yang sakit related to jantung. Suspen gak I ni nak jumpa cardiology. 

Anway, malam tadi memang betul pun kami makan nasi berlaukkan telur tapi I up kan sikitlah. I buat nasi goreng telur. Pastu I goreng keropok lekor. 
Asalkan semua orang kenyang udah.

Minggu ni Adik dan Kakak periksa. Budak dua orang tu I suruh baca buku tapi derang buat dek jer....buat rilek jer. Dalam rilek-rilek tu rupanya derang duduk dalam bilik mentelaah buku tapi computer tetap bukak. Macamanalah nak study tu dengan mengadap youtube.

Eleh cakap anak....I dulu time sekolah pun sama. Study tapi telinga dengar walkman. Camner tu?. Last ujian Adik dapat no 1 dalam kelas. Dia sendiri pun tak percaya dia dapat no 1. I lagilah tak percaya sebab budak tu sibuk masuk pertandingan netball dan kawad. Ntah bila masa dia study. So ujian kali ni I cakap kat Adik, I expect dia mantain kedudukan dalam kelas. Ayah dia memanglah tak kisah. Anak dapat nombor corot pun dia rilek jer asalkan anak bahagia. Apa punya konsep ntah.

I cakap kat Adik kalau nak jadi pelukis pun akademik mestilah bagus. Barulah balance so taklah senang orang nak tipu kita. 



lukisan Adik. Hari-hari kerjanya melukis jer...

Wednesday, May 20, 2015

Medical leave hari ni

Hari ni I MC sebab pagi tadi dizzy giler sampai nak berdiri pun tak boleh. Berpinar-pinar dunia rasanya. So hari ni satu hari melepek atas katil sampai orang whatsapps pun tak perasan.

Dah petang ni baru kay sikit tapi still pening sikit-sikitlah. Nasi dah tanak tapi lauk tak masak lagi. Nampak gaya malam ni semua orang makan nasi lauk telur goreng jerlah šŸ˜œ


peria goreng dan kobis goreng ni makan pagi tadi dengan nasi lemak.
Lauk simple pun sedapkan šŸ˜Š

Monday, May 18, 2015

Off to the ER I go

Actually I dah type panjang lebar but blogger stuck so I had to refresh. Nak type balik malas.

To cut the long story short. I was at the ER last night cause I had chest pain. 

Alhamdulillah my blood test came out ok but I have infections. Doctor also advise me to see Oncology for further test.



part paling benci sebab sakit nak cucuk jarum ni. Dahlah I punya vein halus so susah nak cari
budak manja yang asyik nak meleser 

budak sorang lagi dah kepenatan sebab dia pun tak sihat sangat
Room rates at KPJ

Nasib baik tak kena admit semalam.

Harum Manis

My father dah selamat pergi menunaikan umrah semalam. Impian dia nak pergi menjejakkan kaki ke tanah suci sekali lagi. Ini kali yang keberapa I pun tak ingat.

Syukur Alhamdulillah sebab Allah memberi keizinan. Hambamu ini ntah bilalah lagi. Semoga Allah bagi rezeki juga menunaikan umrah masa terdekat ni.

Anyway, my father sempat singgah our house semalam sebelum bertolak untuk umrah. Alhamdulillah 2 plastik mangga harum manis rezeki kami dari Taiping.

Semoga Papa sihat melakukan ibadah umrah. Amin.

Friday, May 15, 2015

Peminta sedekah

Salam Jumaat,

Hari ni nak cerita pasal peminta sedekah asing yang makin ramai di area rumah I.
Boleh kata hari-hari ada jer peminta sedekah kat jalanraya. 
Bertukar-tukar orangnya. Hari ni tengok perempuan, besoknya perempuan pulak tapi bangsa yang sama.

Derang mintak sedekah time traffic light warna merah. Dia akan jalan dari kereta ke kereta mintak duit. I feel it's a bit dangerous to them and also to the motorcycle rider. Silap-silap boleh accident.

Mula-mula tu kami bagi jugaklah tapi kalau dah hari-hari ada jer yang mintak sedekah macam ni, kitaorang sekarang ignore jer. 

Ada sekali tu my husband kata dia nampak sorang peminta sedekah ni time mintak sedekah tu jalan macam mengheret kaki yang sakit tapi bila jalan balik ke depan arah traffic light tu eloklah pulak kakinya berjalan. Berdosa pulak nak menuduhkan.



dah jadi macam pemintak sedekah kat Jakarta pulak
Bunga-bunga putih atas dashboard tu anak dara bungsu yang buat :D

Semalam kami makan malam di warung Tomyam tempat biasa area rumah.
Tengah makan datang perempuan asing (tak tahu bangsa apa) dukung anak tepi meja.
I tak tahu apa butir bahasanya......mintak sedekahlah agaknya.
I just geleng kepala. Hujung-hujung I dengar perkataan 'please jer'.

Adik kata dia dengar macam perempuan tu nak RM10. Wow peminta sedekah sekarang pun dah pandai letak harga.

Anyway, I jarang bagi sedekah kat bangsa asing macam ni sebab selalunya derang ni sindiket. 

Ntahlah. 

Memberi tu lebih baik dari menerima tapi zaman sekarang ni ramai penipu dari yang genuine.

Wednesday, May 13, 2015

Hati Perempuan




Sapa tengok cerita Hati Perempuan di slot TV3 pukul 7 malam tu?

Akak rasa macam nak lompat bintang sebab cerita ni dah hampir nak habis.
Tak larat hari-hari tengok muka watak utama wanita asyik cemberut 

Stress gaklah hari-hari kerjanya asyik nak marah lakinya tu

Pastu cerita melayu ni ada jer kaki pendengki. Cliche sangat tau.

Tapi dah nak buat macamana dah cerita gitu agaknya yang orang kita suka.

Kang kalau buat cerita ayam dan itik sapa pulak nak tengokkan.

Tak sabar Akak nak tunggu minggu depan sebab pelakon faberet Akak Fatiya Latiff berlakon hehehe



Hati perempuan ini pulak rasa macam nak makan bihun ladna.....hmmm sedapnyaaaa.....

Tuesday, May 12, 2015

Rindu Akak tak?


Sorrylah Akak tengah mood malas nak update sebab kerja opis berlambak.
Tak adalah berlambak sangat sebenarnya tapi lebih kepada malas nak buat hahahaha....


salam sayang Akak dari Paris

Beranganlah dari Paris konon......angan-angan kena tinggi mana tau satu hari dapat pergi.

Friday, May 8, 2015

Semoga kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan




picture taken from Bernama Twitter


I hope this will bring justice to the  3 family members that were killed in the car accident at Duke Highway.

Just remember that speed kills!

Al- Fatihah

Wednesday, May 6, 2015

Kunjungan ke Vendville dan Vendeur Festival

Ahad lepas Akak ke Vendville di The Strands Kota Damanasara.
Impromptu visit saja sebenarnya. Sebenarnya malas nak pergi sebab tengok IG post ramai manusia pastu kena ambik nombor giliran nak masuk. 
Tapi Akak terjebak jugak sebab BFF Akak ajak. Anasir jahat sangat tau....sebenarnya sama jer naik gatal nak pergi tengok apa yang best sangat kat situ hahaha...

Ingatkan hari kedua dah tak payah beratur lagi nak masuk butik. 
Silap disitu okay, Akak tetap kena beratur walaupun 10 minit. 
Kawan Akak kata hari pertama butik bukak dia kena tunggu 2 jam. 
Dapat no giliran 400 lebih. Pitam!


Nasib baiklah depan kitaorang sorang jer tapi nak masuk butik macam nak masuk peti besi Bank Negara.



Ni jerlah gambar yang Akak sempat snap dalam butik. 
Seganlah pulak nak snap gambar banyak-banyak.

Kesimpulannya kitaorang keluar tangan kosong sebab tak ada satu pun baju atau tudung yang kitaorang berkenan. Full stop. 

Cuma nak cakap maybe they can improve more on their customer service and get better trained staff. Kawan Akak kata nak try baju pun tak boleh sebab fitting room depa letak stock barang. Pastu kawan Akak kata cashier tu so unfriendly. Penat agaknya melayan customer ramai sangat tapi kita berniaga ni kenalah manis muka dan mulut baru orang suka.

Tapi ini personal opinion Akak jer tau.

Akak prefer pergi Modvier lagi banyak brand muslimah designer yang famous amos kat situ dan choices are much better.

End up kitaorang pergi Vendeur Festival kat open space The Strand Mall.
Sini lagi banyak choice yang cantik-cantik dan reasonable price.


mak dan anak. 


cantikkan skirt ni tapi tak ada fitting room so tak boleh nak try
Makcik ni borong banyak gaklah baju. Pastu dia nak beli this one skirt with embelishment....mana nak pergi pakai skirt heavy macam tu. Lainlah ada function hehehe..



Akak tak ambik gambar banyak sebab sibuk membelek tudung, jubah, baju segala kat sini.
Rambang gaklah mata. 


End up ini jer yang Akak beli haritu. 3 pin tudung for RM10.

Alhamdulillah selamat godaan nafsu nafsi hehehehe....

Tuesday, May 5, 2015

Kereta masuk longkang

Hallo....hallo....seronoknya cuti panjang.
Akak hari Khamis lepas dah cuti, ingatkan nak pergi settlekan hal perbankan yang asyik tertangguh tapi pagi-pagi dah dapat call dari bapak Akak. Dia accident, kereta masuk longkang. Teruk jugaklah sampai kereta tak boleh nak jalan.

Lepas mandi tak sempat breakfast berdesup pergi tengok kereta orang tua tu.
Rasanya rod kat bawah tu dah bengkok. Terpaksalah panggil tow truck seret pergi bengkel.
Tapi sebelum tu kena pergi balai polis dulu buat report sebab nak claim insurance. 
Tapi walaupun dah buat report kat balai polis kat TTDI tetap kena pergi Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk tangkap gambar. 

Nasib baiklah sempat makan heavy breakfast sementara tunggu tow truck datang.
Kalau tak mau kebulur kitaorang sebab banyak benda nak kena urus. 
Dari Jalan Bandar kena pergi Perodua Segambut. Nak cari Perodua Segambut ni lagi satu hal. Nasib baiklah ada Waze, selamat sampai.
Almost pukul 4 petang baru settle. Lepas tu terus ke Cyberjaya untuk jemput Abang balik cuti long weekend.

Kesimpulannya kereta bapak Akak kena duduk kat Perodua for 3-4 weeks. Sekarang ni patah kakilah orang tua tu. Nak pergi masjid jalan kaki jauh sangatlah pulak. So terpaksalah dia memerap kat rumah jer.


kereta baru guna tak sampai 4 bulan dah selamat masuk longkang. 
Mak Akak terus tak terkata apa dah. Komen banyak-banyak kang kena marah hehe...


kejadian pukul 6 pagi hujan renyai-renyai.
Kitaorang dah pesan jangan ikut lorong sempit tu tapi biasalah .....(malas nak cakap. Kang termengumpat bapak sendiri pulak hahahaha)


Jakun Akak masuk KL. Lama dah tak lalu lebuh Ampang tu.
Dulu time sekolah hari-hari lalu sini sebab nak kena kejar bas Seri Jaya balik rumah.
Kalau hari biasa tunggu bas depan Krftangan tu jer, kalau terlebih rajin terus pergi Kotaraya.
Kalau korang terrer cuba teka Akak sekolah kat mana?





papan tanda pun terbalik...ko mampu?


Rupanya Sinar Kota dah jadi perhentian bas....Akak baru tahu Khamis lepas. Nampak tak berapa lama tak jejak kaki kat situ. Kalau time muda remaja dulu itulah tempat bertenet....eh =P

 Akak sebenarnya nak cerita pasal Butik baru Vendville tapi nantilah Akak sambung lagi sebab nanti panjang pulak post ni. 

Akak cuma nak cakap penat gak duduk rumah 4/5 hari cuti sebab hari-hari nak kena masak banyak-banyak kali untuk isi perut-perut naga kat rumah tu. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin