Thursday, February 26, 2015

Tarian singa di office


Senin lepas office kami ada Lion Dance. Biasalah dik...tiap-tiap tahun pun macam ni. Nama pun kerja dengan company Cina, manalah nak berpisah dengan tarian rimau singa. Dah kepercayaan mereka nak 'ong'. Terpaksalah Akak tahan telinga hari Senin lepas sebab bunyi gendangnya boleh pecah gegendang telinga. Bila dah tiap-tiap tahun tengok tarian yang sama dah tak teruja.


comelkan kepala singa ni


yeahhh joget-joget dia pulak.
 Nak start pun ada auspicious day and time tau. Macam office kitaorang haritu start at 10.18am sharp.


alah siling office kitaorang ni rendah jer so sap sap soi jer dia ambik angpow yang tergantung tu


the cheeky lion


cantik tak lion tu kopek palmelo dan limau



my angpows. 
Minggu ni akak tak keluar duit pun dari bank hehehe...
lunch guna duit angpow jer. Tapikan Akak macam kecik ati sikitlah sebab bila kita suka2 tunjuk angpow kat fb, adalah pulak yang hantar message bergambar kata 'I'm Muslim, say No to angpow'. 

Tu bukan duit judi dik tapi duit angpow sama macam kita bagi duit raya masa hari raya Aidilfitri. They give angpow for properity.....samalah konsep macam kita bagi duit raya masa hari raya tujuan untuk bersedekah. Kenapalah orang kita ni suka sangat nak mengcomplicatekan hidup. Pastu nanti ada yang mintak belanjalah...allo duit angpow Akak tu bukannya beribu >.<



Ada yang bagi fortune cookies jugak. 


Akak kena buat balik physio theraphy sebab bahu, tangan, belakang badan dan leher sakit sangat. Nak tahu apa puncanya?



palmelo dan pineapplelah puncanya. Akak angkat 2 bijik palmelo dan 2 biji nenas terus seminggu Akak jalan macam robocop. Nak pusing leher pun sakit. 

Doktor specialist Akak terus hadiahkan Akak 'Celebrex 400mg'  (double dose dari biasa) dan sebulan kena buat physiotheraphy. Padan muka. 



Wednesday, February 25, 2015

What we did on CNY


Dah Rabu balik baru nak update. Masa cuti tu memanglah malas nak update apa-apa cerita sebabnya menyantaikan diri saja kat rumah dan kawasan persekitaran. Seronoknyalah jalan-jalan kat KL hari raya Cina hari tu sebab semua jalan lengang. Nak parking pun senang kat One Utam dan The Curve sebab tak banyak kereta.

Hari Rabu lepas masa jemput Abang kat Cyberjaya pun jalan lengang. Tak pernahlah sebelum ni nak sampai Cyberjaya less than an hour, memang pure bliss. Kalau hari-hari macam musim raya Cina ni kan best. Dari Bandar Utama ke Jalan Parlimen pun 15 minit jer.

Kami tak ke mana-mana pun during CNY holiday sebab dah pernah terkena few years back stuck in massive jam. Ingatkan nak bersenang lenang kat Cameron Highland, sekali Cameron Highland pun jam >.< . Baik ler kita enjoy duduk KL sementara orang lain semua balik kampung.

So what did we do during CNY long holiday weekend.



Jalan-jalan cari makan at One Utama. Tapi I peliklah 1st day of CNY pun ada bangsa cina yang melepak di mall and makan McDonald's lah. Tak pergi visiting kah?



Saturday pergi kenduri kawin anak my father's cousin. Which makes it my 2nd cousin issit?


pengantin ni pun cousin kawin dengan cousin or was it mak pengantin ni cousins.


nasib baiklah the husband terror gaklah jalan di Keramat. Kalau tak mau jenuh mencari dewan ni.


Bagus jugakkan idea macam ni. Sinki untuk tetamu basuh tangan


kena ketuk dengan anak at Art Friend. Macam-macam dia nak tapi ayah dialah yang bayar =) Kalau boleh semua colour Copic dia nak. Kalau si Abang pulak semua colour Sharpie dia nak borong.


budak ni lah yang suka ketuk mama ayah dia


Sunday kami hantar Abang balik ke hostel awal dalam pukul 12 tengahari. Panas berdentinglah cuaca. Duduk dalam kereta aircond pun still panas. Tapi Alhamdulillah jalan tak jam lagi masa ni.



Wednesday, February 18, 2015

Happy Chinese New Year

Wishing to all celebrating Chinese New Year an auspicious / prosperity year ahead.

To the rest 'happy holidaysssss'.....yihaaa 4 days straight cuti. Akak suker!

Be safe and stay safe.



 Image result for goat year





pic credit to google

Tuesday, February 17, 2015

Office CNY Dinner


I am in the mood for CNY holidays, looking forward to it. Malasnyalah hoi nak kerja minggu ni....mengalahkan orang yang nak raya hahaha...Peduliklah orang kat Malaysia ni banyak sangat public holiday...biarlah Akak suker jer. Siapa yang tak suker tu boleh pergi kerja sorang-sorang.

So last Thursday my office ada buat CNY dinner at Concorde untuk 'warga emas' kat office ni. Makanya wajiblah pergi sebab kena bertugas. Kalau tak koser Akak nak pergi. Sebabnya derang ni pepaham jerlah kalau dinner tu mesti 'yam seng' sekali. Then they become a bit tipsy......tu yang nyampah tu. Bila dah tipsy mulalah nak ngacau orang jer kerjanya. Few years back even our lady boss pun kena kacau dengan pemabuk ni tau hahahaha...




muka petugas




Kebulur Akak tau nak menunggu makan. Nak ler kena tunggu lady boss sampai dulu barulah event boleh start. Dahlah Friday jalan jam bertendang kat Jalan Sultan Ismail tu. Mencik tawww....

End up dinner starts at 8.15pm tapi makan dalam 8.30pm baru serve kot sebab kenalah dengar boss bagi speach apa dulu.

10 couse meal starting with the Yee Sang 



Lambung tinggi-tinggi. They believe that the higher you lambung lagi ong.

Lepas tu punya dishes Akak tak adalah nak snap sangat ....malulah sebab orang semua nak makankan. Kesian derang kena tunggu kita snap gambar makanan dulu pulak.


red snapper



my all time favorite - the prawn!


we were entertained by Joanne Kam Poh Poh.
Tak berkenan sangatlah cause all her jokes were vulgar.
Tak habis2 sebut about her longkang (read:cleavage). Malu ler made the ladies embarrased jer.


also by these two beautiful ah kua (sp?)
Slim, tinggi ...kalah ompompuan






Ada macam Kavitha Kaur tak?


So the dinner ends almost 11pm. I sampai rumah hari tu pukul 12 lebih. Besok pagi tu rasa macam hangover penat giler. Almaklumlah dah tua-tua ni manalah larat nak kerja long hours sangat. Dulu time muda selalu gak time reporting season balik pukul 12 or 1 pagi rilekk jer tak adalah rasa penat sangat. Sign of old age.

Monday, February 16, 2015

Anniversary ke 18


Last Saturday 14 February 2015 mark our 18th Wedding Anniversary.
Blessed with three sweethearts to lighten up our life. 

Speaking of sweetheart.....


This sweetheart wouldn't allow us to go on date the two of us on our wedding anniversary.

Bila ditanya why not.....katanya if we weren't married then we wouldn't have conceive her. So we have to bring her along to our anniversary dinner.

Kalau dah bawak Adik takkan nak tinggalkan Kakak kat rumah pulakkan so....
we have a third and fourth wheel during our so called 'date'.

We actually learnt our lesson long ago....tak payahlah nak pergi dinner kat tempat yang fancy-fancy sebab mesti penuh dengan young couple berdating malam Valentine tu. 
But I noticed that tahun ni tak adalah radio or newspaper beria-ia promote pasal Valentine's Day. I wonder if the roses price naik ke tak. 

Mula-mula ingat nak makan steak kat Ayer Rock. Bila lalu depan restaurant macam tak ada orang jer.....tak meriah pun. We end up having our dinner at Big Brother. Kat situ penuh....
tapi bukanlah young couples berdating tapi more to family diners.


Kakak tak payah nak excited sangat dapat makan spaghetti 



looks yummy tak sempat nak rasa sebab licinnn Kakak makan



we also ordered this.....sedapppp



Ayah budak-budak and I ordered Sirloin steak.
Tapikan the steak was a bit cold. Steak sejuk.....
belasah jerlah makan.....



si baby manja clingy tu order T-bone steak. This girl is a meat lover.
Makan dua pinggan pun ok agaknya tu.

So that was basically our 18th Wedding Anniversary. Oh ya tengahari tu my mom belanja kita orang lunch makan mee udang. 

Kalau nak bahagia kena banyak-banyak bersabar. Kadang-kadang tu kenalah tutup mata sebelah. Kalau berkira sangat memang payahlah. 

Jangan jadi macam jantan kisah bawah ni.....kalau Akak ler memang lama dah Akak balingkan bawang kat kepala jantan tu. >.<



credit to FB

Friday, February 13, 2015

Janji Allah itu pasti

Takziah buat keluarga Tuan Guru. 

Semoga Allah menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia.






Salam takziah juga buat keluarga Datuk Hasbullah Awang. Semoga rohnya dicucri rahmat.

Al- Fatihah


Thursday, February 12, 2015

Thursday random post

Orang kalau dah hari Khamis mesti happy sebab Jumaat dah dekat.
I pulak tak sukerrrr tau sebab besok kena pergi CNY dinner company.
Mesti korang kata apasal pulak tak best....dapat makan freekan.

Malaslah nak pergi dinner ni dahlah nun kat tempat jin bertendang kat Jalan Sultan Ismail tu. Pastu bukannya pergi makan semata...makan sambil berkerja tau.
Lagi yang tak seronoknya....dah nama pun CNY dinner opkoslah ada sessi tonggang menonggang sampai mabuk. 
Tak suker...tak suker....tak suker!!!

Anyway, last 2 days I gi makan mee udang kat Taiping Food Centre.
Sedap tapi jenuhlah 20 minit menunggu mee siap. Husband cakap memanglah 20 minit sebab dia nak susun udang tu lama. >.<


lawa jer dia susun udang tu.

 Tapi kalau makan kat Taiping udangnya lagi besar-besar bagak. Puaslah makan. 
 Tak dapat rotan akar pun jadilah.


Husband kita suka nasi campur kat sini. Anak pulak tak habis-habis dengan nasi ayam.



my favorite eyebrow pencil. Almaklumlah kening separuh saja =P
Beli kat Daiso RM5. I suka eyebrow pencil ni sebab tip dia halus so senang nak handle.
But it takes practise to perfect your stroke.


Itu jerlah kot cerita harini. Besok nak pakai baju apalah ni.....hmmm..


Wednesday, February 11, 2015

Terpilih untuk bola jaring


Sports is a very big deal untuk Adik. 

Kalau boleh semua sukan dia nak masuk.
I kat sekolah tak adalah athletic sangat tapi hari-hari pergi latihan bola tampar sebab masuk school team. Seronok jugaklah bila dapat pergi lawan dengan sekolah-sekolah lain dalam Wilayah. 

Kakak pulak awal-awal lagi kalau cikgu suruh masuk lumba lari dia dah menolak....macam-macam alasan dia bagi. Sakit dadalah...semputlah...batuklah hahaha...semata-mata nak mengelak kena masuk sukan. 

So hari ni Adik ada pemilihan bola jaring. Dah berapa hari dah I dengar cause she gets very excited. Masa sekolah rendah pun dia wakil sekolah untuk bola jaring, obviously she wants to be in the netball team again. 

Cikgu sukan sendiri pun suruh dia cuba untuk pemilihan, lagilah berkobar budak tu. Mungkin sebab dia tinggi pasal tulah cikgu suruh dia try.

Just now she whatsapps me





sweetkan budak ni....manja memang teramatlah.

 Tapi dia punya determination tu....I have to salute cause if she wants something she will go for it. Memamng dari kecik macam tu. Even masa umur 7 tahun pun memang boleh nampak kegigihan dia. Wall rock climbing tu selagi tak boleh sampai ke atas dia akan cuba sampai dapat.

So congratulations my baby. Do your best!

Lupa nak cerita. Kawan-kawan Adik selalu wonder bila dia call I dari sekolah, mesti kawan-kawan dia tanya dia cakap dengan siapa. Bila Adik cakap dia cakap dengan I....kawan-kawan dia kata 'kenapa kau cakap dengan mak kau macam kau cakap dengan boyfriend?'.

That's how we rollll in our house......muah...muah....love....love.....anak besar mana pun mesti dapat hugs and kisses everyday 

Monday, February 9, 2015

Weekend masak-masak


Wah sejak I up cerita pasal Naelofar hijab punyalah banyak hit my blog yang sendu ni. Tak update pun tetap ramai yang masuk. Suka benar korang dengan tudung Naelofar ya. Macam ni Akak nak kena mintak komisyenlah dengan Naelofar sebab bagi free promotion.....tudung satu pleaseeeeeee!! hehehe....


Anyway weekend lepas I tak pergi mana-mana pun sebab tak sihat sangat. Batuk teruk sampai macam nak tercabut anak tekak. Pastu sakit dada sampai pergi klinik sebab tak tahan sangat. Doktor siap suruh buat ECG sebab I mengadu dada sakit mencucuk-cucuk. Alhamdulillah my ECG clear....nothing related to jantung, just a very bad cough. Tapi itu pun degil gak teguk jugak air batu hahaha...saja cari penyakit. Ubat batuk dah berbotol habis pun still tak baik-baik lagi ni.


Oleh sebab tak keluar mana-mana kenalah masak kat rumah walaupun badan rasa melayang-layang lembik dek effect ubat batuk. Lepas makan ubat batuk, kerjanya asyik nak tido jer. 


Menghabiskan lauk-lauk dalam petiais. Besok kena pergi pasar malam restock balik barang-barang basah.



I masak kari kepala ikan. Satu periuk penuh tapi licin dimakan....Alhamdulillah.

Ada a few other dishes tapi I tak adalah tangkap gambar



lauk sambal ikan bilis dan kentang ni I sorang jer yang makan. Sedap!
Wah masuk bakul angkat sendiri.


Harini busy sangat.....Isnin pun dah sibuk. Haish!



Monday, February 2, 2015

Concealer

Gatal beli concealer macam2 tone pastu tak reti nak guna. Nampak gayanya kena pergi belajar kat Youtube.

Anyway, dapat 10% diskaun bila guna black card Sephora tadi 😊

Harap2 lepas ni Akak lebih flawlesslah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin