Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014 - Day 1 Almost lost my...


Selamat dah sehari kita berpuasa. Nasib baiklah cuaca tak panas berdengting sangat.
Tak adalah rasa letih cuma dahaga jer lepas kemas rumah dan memasak. Sikit lagi nak terlajak mintak Kakak ambikkan air....pahtu tetiba teringat 'eh puasalah'.

Sabtu kitaorang pergi tengok Transformer kat One Utama. Lama gila cerita tu. I asyiklah tengok jam bilalah cerita ni nak habis. Cerita Transformer ni kalau tak ada pompuan hot memang bukan nama ceritanya Transformerlah. Ok-ok jerlah cerita Transformer kali ni. Melalut panjang sangat kot kali ni. One Utama hari Sabtu tu punyalah ramai orang. 

Alkisahnya masa I nak pergi withdraw duit dekat ATM machine at One Utama....I almosttttt forgot to take my money from the ATM machine. I ingatkan machine tu rosak sebab orang sebelum I tu tak dapat keluarkan duit dan dia pindah pergi ATM machine sebelah. So lepas I ambik my card, I pun lelajulah nak pergi machine sebelah. Nasib baiklah Adik berdiri lagi dekat machine tu sebab duit I keluar kat machine tu. Kalau tak rezeki terpijaklah kat orang belakang kalau dia tak jujur.
I mati-mati ingat machine ATM tu rosak sebab minggu sebelum tu I nak withdraw duit kat machine tu, dia kata dia tak boleh baca my ATM card punya chip. Dahlah masa tu dalam wallet ada RM30 jer.....haru sangat. Sampai I calllah my bank nak pergi tukar my card. Nasib baiklah jugak I try lagi sekali tu kat another ATM machine.....elok jer boleh withdraw duit. Bikin gua panik ajer.

Semalam pergi Aeon Big nak beli barang basah. Ingatkan tak ramai lagilah orang shopping makanan sebab dah start puasa. Ramai jugak orang. Nasib baiklah Aeon banyak stok ikan dan ayam. Beli ikan kembung dan bawal untuk stok makan seminggu. Dalam otak tengah fikir menu untuk berbuka. Semalam dah selamat buat satu tupperware sambal belacan. Buat lebih so nila terdesak tak ada lauk boleh keluarkan. Balance lauk lebih semua I bekukan, so bila sahur malas nak masak boleh panaskan jer lauk tu.

Bulan puasa kalau tak jengah ke pasar ramadhan macam tak lengkap. Ayah bebudak ni lagi over, petang Sabtu dah ajak pergi pasar ramadhan .....sabo jerlah. Sabtu orang belum puasa lagi, nak pasar ramadhan buat apa.

Mula-mula kami ke pasar ramadhan Uptown, Kota Damansara. Bonda saya request nak makan ikan bakar so pergilah mencari. Tapi tak adalah pulak kat Uptown tu. I tak ada beli apa2 sebab tak terbuka selera nak makan apa-apa. Cuma beli air jer untuk berbuka sebab lauk semua dah siap masak kat rumah.


Katira...katira...katiraaaaa

crowd di pasar ramadhan Kota Damansara. Lapang jerkan.



orang yang mebeli pun tak ramai

Disebabkan tak jumpa ikan bakar dekat Kota Damansara, kitaorang pergi pasar ramadhan TTDI. Masyallah .....mengucap dulu ni. Pasar ramadhan TTDi sesak macam pergi reformasi pun ada. Stress sangat rasanya sebab sampai tengah-tengah tu dah stuck tak boleh nak berjalan. Patah baliklah jawapnya sebab tak sanggup nak bersesak-sesak dengan jalan sempit tu. I cuma beli murtabak dua keping jer pastu tunggu dalam kereta sementara ayah budak-budak ni cari ikan bakar, Nasib baiklah ada tapi lamalah nak tunggu. Lepas tu orang asyik cut queue. Tak sistematik peniaga ni...kalau orang semua beratur tak adalah kucar kacir jadinya. Pastu ikan bakar tak ada air asam. No komenlah. Kalau ikutkan hati malas nak pergi pasar ramadhan TTDI ni. Honestly sepaking although I grew up in TTDI tapi I tak berkenan dengan crowd TTDI yang 'urban' tu. Pergi pasar ramadhan macam nak pergi fashion show. Boleh kurang pahala tengok dressing derang ni. 

Tapi kat TTDI ni lah kalau nak tengok orang lawa-lawa, kaya-kaya, mat salleh-mat salleh dan artis-artis pergi rasar ramadhan. Kalau kat Kota Damansara tu stok makcik-makcik macam I jer hehehe.


gambar ni I ambik from FB group TTDI. Credit to the owner of the pic.
Tengoklah betapa ramai manusia....macam semut. 
Comparekan kat Kota Damansara dengan TTDI. Baiklah Akak beli kat Kota Damansara tu jer. Jauh lebih murah harga makanan dan lapang jer nak berjalan. 


ni pulak orang beratur nak beli kuih di hadapan Perodua TTDI. Makcik kuih ni dah berpuluh tahun meniaga kat sini. Kuih dia memang sedap tapi kalau nak beli selalunya dia datang dalam pukul 6.30ptg so tunggulah ya.

Oh ya....I almost lost my car key dalam crowd semut pasar ramadhan TTDI tu. Semalam pakai seluar tak ada poket so kenalah pegang kunci kereta. I hanya sedar my car keys hilang lepas bayar my murtabak. Panik akak kejap sebab mana nak cari kunci yang tercicir tu dalam crowd sesak tu. Nasib baiklah Allah tu maha penyayang, my car key elok jer tersangkut kat my handphone punya tali. Syukur Alhamdulillah. Berkat selalu baca ayat Kursi, malaikat jaga.


Friday, June 27, 2014

Are you ready for?





Jangan lupa niat puasa 


dan

Niat buka puasa



Selamat Berpuasa kepada semua.


Thursday, June 26, 2014

Sikit lagi Hulk nak keluar


I seriously don't understand these people in my office. You give a piece a paper with instructions tapi tak nak baca. Lepas tu sibuk call orang tanya itu ini. If you read that piece of paper that doesn't even take up 5 minutes  of your time, I am sure it's all in there.
Nak kata tak faham English language, boleh jer converse well in English.
Jaki gila I dengan orang yang malas nak baca tapi expect orang lain yg explain and guide them satu persatu apa nak buat. Come onlah....you can't expect people to spoon feed you all the time.

Pastu ada pulak spesis degil tegar. Dalam dokumen nak kena ada certain things, tapi sebab nak mudah kat dia ....sanggup tu nak bertengkar-tengkar tak nak buat. Ehhh...all legal document memang standardlah. Dia ingat dia boleh nak buli people around.  Kalau pergi government bodies reti pulak nak complykan......sickening sungguhlah orang spesis ni. 

Spesis ni sama macam ada retis sorang ni yg fikir dia 'houlier than thou'. Dia jer yang bagus, orang lain semua ada jer salahnya. Alllooo......tak payahlah nak komen sangat pasal isu budak OKU tu. Nak salahkan gomen tak buat itu ini. Gomen Australia bagus buat itu ini utk golongan OKU. Pleaselah lain kali buat research dulu sebelum tangan tu laju jer nak tulis komen kat FB. 

 Sama macam isu masa dia kutuk Ustaz Don dulu. Lain kali tanya dulu orang tu kesahihan cerita sebelum nak sebarkan kat follower. Kita ni semua manusia tak terlepas buat kesilapan tapi tolonglah buang sifat holier than thou tu. Susah dengan orang yang tak pernah serik ni. 

I have this friend, kerja dia hari-hari update facebook. Dia ni macam humble braglah. Pagi ni tulis anak suruh kejut pukul 4.30 pagi sebab nak study. Ialah nak katalah anak dia rajin, 4.30pagi budak darjah 6 dah bangun nak study macam budak form 5 nak ambik SPM. Good for her daughterlahkan. Tapi tak payahlah nak gebang kat orang. Pastu update pulak status marah orang kata dia stay at home mom (SAHM) banyak free time pergi lepak shopping bagai. Dia nak katalah yang (SAHM) sebenarnya lagi busy....macam-macam kena buat. Memanglah orang ingat kau free sebab dalam sehari kau update facebook status kau berkali-kali. Nampak tak kat situ. Kalau busy sangat ada masa ke masa nak mengulit facebook tu memanjang.

Mak aihhh...tetiba jadi sesi mengeluarkan isi hati yang terbuku. Geram dan stress sangat this week. Dahlah busy melampau, tu yang tak sempat nak update blog.

Balik kerja semalam kena pergi groceries shopping pulak. Penat wehhh pergi beli barang kat Giant ni sebab besar. Kalau hati I, beli barang kat 99 Speedmart jer tapi barang basah semua dah habis.



teringin nak makan kebab. Tiga batang kebab ni kat Giant RM8.97. Balik terus grill saja dalam magic pan. Senang cerita.


kalau terror cuba teka harga total barang-barang dalam trolley ni

I hope I have let out all my agression. Lepas ni kalau ada lagi manusia yang banyak songeh...I think I'll turn into a hulk!

Tuesday, June 24, 2014

Hari sukan Kakak

Ahad lepas hari sukan sekolah Kakak. Pagi lagi dalam pukul 7 pagi dah hantar dia pergi sekolah. Ayah dia yang hantar sebab mama dia lepas buatkan dia air dan solat subuh sambung balik membuta. 

Dalam pukul 9 pagi macam tu kitaorang bertiga pergi breakfast. Lepas breakfast singgah sekolah Kakak sekejap sebab Kakak masuk lumba lari. 
Tapi tak menanglah pulak. Tak apa Kak...try again next year.


nak jugak bergambar kat air terjun. Panas-panas nanti tak ada air boleh lepak sini picnic =P

Sampai-sampai sekolah acara balapan semua dah habis. Ada inter-house cheerleading competition. Plannya nak datang tengok sekejap jer sebab cikgu kata pukul 1 ptg baru habis hari sukan. Tapi ada budak kecik tu dia tersyok pulak tengok budak-budak ni semua buat cheerleading. Panas tak tau....berpeluh sakan duduk tengah matahari tu.


mascot rumah oren


rumah oren ni happening gila. Nampak tak derang siap selfie lagi hahaha
Tengok boys group ni  kita pun sama naik nak bercheerleading.


Alahai group budak2 perempuan rumah biru ni lemau jer macam tak bertenaga. 
Cargassssss sikit girls....cargass....

Aunty ni pakkal time sekolah dulu tak ada cheerleading2 ni kalau tak lama dah masuk. Dulu time sekolah aktif sukan, kulit pun tak berapa cerah sebab hari-hari berjemur kat padang. Pernah sekali tu kitaorang panjat gate besar sekolah sebab pak guard pergi kunci gate tu  sebab dia ingatkan tak ada orang lagi kat padang sekolah. Nampak tak fanatik sukan.
Sekarang suruh bersukan.....kirim salam lah. 


ni dah cerdik sikit pergi pindah bawah khemah. Sapa suruh berdiri tengah panaskan. Khemah ada disediakan.

Team girls rumah merah ni oklah tak selemau rumah biru tadi.




Adik cakap muka Mama putih sangat. Biasalah tertumpah bedak =P
Banyaklah songeh budak sorang ni.

Gambar Kakak tak ada. Susah sangat nak ambik gambar dia sekarang. Camera shy taik kucin =P

Monday, June 23, 2014

Makeup review - Simplysiti & NYX




Hari Isnin kita tulis post yang pendek-pendek udah ya. Bukannya apa Monday Blues katanya.

Mascara I dah habis so mula-mula ingat nak beli mascara Maybelline yang I selalu beli tu tapi I decided to try a new brand kali ni.

Simplysiti Argan Wonder Mascara.  
Retail price di Watson RM39.

Verdict :

Mascara ni best. Nak pakai pun senang tak adalah clumpy-clumpy - clump free. Instantly boleh nampak bulu mata kita memanjang (lenghten) dan bervolume. Tak adalah rasa berat kat bulu mata, natural jer. Nak basuh pun senang. Just basuh dengan air (preferable warm water) dan lap. Senang nak tanggalkan mascara ni sebab dia semi-waterproof. And mascara ni boleh tahan lama.

7/10 stars from me.


NYX Matte Lipstick. Code No: MLS 02
Retail price in Sephora RM26

Verdict:
I suka lipstick ni sebab di matte so makanlah a few rounds pun lipstick dia still takkan hilang sepenuhnya. Although kaler dia terang, sebatu pun orang boleh nampak pink ni tapi ada Akak kisah. Akak sekarang kedekut nak beli lipstick MAC yang RM80 sebatang tu. Beli lipstick murah-murah udah. Cumanya lipstick NYX ni kat Sephora cepat sangat habis stok. So nasib-nasib ler ya. Lain kali nak beli kaler lain pulak. 

8/10 stars from me.

Itu jerlah review Akak untuk minggu ni .....cett macam tiap2 minggu beli makeup baru =P


Friday, June 20, 2014

Kerana Terpaksa Ku Relakan


Tajuk tak boleh blah. Ngalahkan slot Samarinda (betul ke Samarinda?) pukul tujuh petang TV3 tu.
Alah sweet sangat Abang Zen bagi Indah perfume sampai berbotol-botol. 

Tak ada ke orang nak hadiahkan sebotol minyak wangi kat I. Minyak wangi I nak habis dah tu. Nak beli sendiri kedekut sebab nak simpan duit nak beli baju raya ni. 

Haritu pergi Popular nak beli novel KTAR ni....tak jumpa ok. Nampaknya kena redha jerlah tengok TV kesudahan cerita ni. #stress

Sebenarnya nak cerita minggu ni dah tiap-tiap hari menyinggah kat kedai mamak baru Barkath kat Cascade tu. Adiklah ni petang ambik Mama balik kerja jer lapar ...nak makan. Pastu malam karang dalam pukul 9 malam nanti dia mengagau cari nasi pulak. Membela apakah budak ni dalam perut tu. 

Dah terpaksa hari-hari singgah kedai mamak makan. Bak kata ayah budak-budak ni, 'kita mengkayakan mamak tu'.
Tak bagi makan kesian pulak sebab nak tunggu I masak lambatlah sikit. Lepas Samarinda tu nanti baru nak kelentang kelentung kat dapur. 


semalam I order sup kambing cicah roti. Perghhhh makan sampai pejam-pejam mata okay kesedapan. Cicah dengan roti lagilah sedap. 

Lerai-lerai daging kambingnya......heaven on earth katanya hahaha. Satu mangkuk ni RM6.50.
Terliur baliklah pulak tengok gambar ni. 

Kita tengok petang nanti terpaksa lagi tak kena singgah kedai mamak. Kalau terpaksa nampaknya seround lagilah sup kambing =D


Thursday, June 19, 2014

Laksa Johor Restoran Puteri


Semalam I makan laksa Johor untuk lunch. Tapau dari Restoran Puteri TTDi siap-siap pagi semalam sebab lunch tak keluar. Restoran Puteri ni owner dia pelakon dolu-dolu yang femes tu Rubiah Suparman. I selalu jugaklah breakfast kat kedai dia sebab makanan dia harga reasonable tak mahal mencekik.

Sorrylah buat-buat kawan-kawan yang beryoga tu sebab kena ambik bau jer my laksa Johor yang sedap tu. Mesti semua terliur-liurkan hahaha. 

2/3 orang jugaklah yang menjengah tengok makanan I semalam sebab bau laksa semerbak satu ofis hahaha. Siap ada yang cakap lain kali nak mintak tumpang bungkuskan =P

Ada yang cakap tahun lepas dia beli laksa Johor at Pasar Ramadhan TTDI sebungkus RM10.
Mak aihhh.....ambik untung betulkan orang meniaga pasar ramadhan ni. Agak-agaklah takkanlah seplastik kecik sampai RM10.

Anyway, semalam ternampak dalam my twitter feed yang Berska ada clearance sale. Petang tu I pergilah jengah kejap kat One Utama ni sebab ingat nak beli backpack. Mana ada clearance sale....nipu sangat tau. Backpack yang I nak tu ada tapi tinggal kaler putih jer. Koser nak beli kaler putih sebab cepat kotor. 

Nasib baiklah balik korek balik kotak-kotak lama, terjumpa my Guess backpack. Lama dah backpack tu ada dekat 17 tahun kot sebab beli time belajar kat US dulu. Masih elok lagi tu.
Dalam kotak tu banyak handbag yang lama tak pakai. Sayanglah pulak sebab anak-anak pompuan ni tak nak pakai. Agaknya bila derang dah besar sikit baru derang appreciate kot. Kalau tak pun I buat jerlah clearance sale.....amacam ok tak? 



Monday, June 16, 2014

Happy Father's Day and socket terbakar


I would like to wish to all the fathers out there Happy Father's Day especially to my father and husband.

So sad that I didn't manage to take my dad out for Father's day treat cause my shoulder and back was killing me......damn painful. Lepas makan pain killer Tramadol yang my specialist prescribe tu, terus ting tong tak boleh bangun. Cuba bayangkan I took the medicine at 3pm sampai pagi ni still groggy lagi. I just bangun solat pastu tidur balik sampai pagi ni. Jalan nak pergi ambik air wuduk pun macam orang lalok sampai nak terlanggar dinding semua. I think I'll skip Tramadol after this and just take Arcoxia for my pain. 

The hubby belanja us to two movies in fact. Thank you Ayah =)
But I still have to belanja them pop corn and drinks =P
The night before we watch Maleficent. Gigih okay pergi tengok wayang pukul 10 malam.
Nasib baiklah cerita tak boring kalau tak mau ada yang berdengkur dalam wayang.

Go watch the movie with your kids especially if you have girls. I am sure they'll love it.
No spoiler here. Anyway, Maleficent (Angelina Jolie) is not that the evil one here. Broken heart can turn even pure hearted people into indictive evil. But true  love can cure it all. 

Some people may not like the 'disney-like' movie but we do. 





Yesterday pulak kami pergi tengok The X-Men. X-Men pun best jugak.....wah semua cerita best ya.

I tak tahulah tapi everytime I tengok movie, mesti ada moron yang akan sibuk nak tengok handphone derang dalam gelap-gelap tu. It is so annoying okay seba here you are trying to concentrate on the movie, tetiba orang depan you duk buka handphone derang. 

I almost nak baling popcorn to the ignorant person in front of me tu. Simpanlah handphone tu sampai habis movie. Your facebook friends takkan gi mana pun. =P


ada tempat main snow slades kat bawah new wing One Utama but we didn't go to the ground floor yesterday.

********

Bersyukur sangat that nothing bad happen to my room. 2/3 hari sebelum ni ada macam bau terbakar bila I switch on  my room aircond. Tapi bila tanya orang lain dalam rumah tu derang kata tak ada pun bau hangit. Aikk takkan I sorang jer yang bau hangit.

Sekali last last two night dalam pukul 2 pagi macam tu, ayah budak-budak ni kata ada bau hangit. Bila I on and off balik aircond, terus satu rumah blackout. Main fius kena tendang.
Rupa-rupanya wall socket terbakar. Ialah banyak sangat power point guna socket tu agaknya tu yang dia terbakar. Nasib baik tak jadi apa-apa benda yang lagi teruk. 

Malam tu kami semua tido kat hall sebab kat situ jer yang ada aircond. Next morning tengok teruk jugak terbakar plug extension. Nasib baiklah ayah budak-budak ni pandai ganti wall socket tu kalau panggil electrician mau ratus ringgit jugak tu. 

Itulah orang kata sebelum tidur tu baca surah kursi. Nak keluar rumah pun jangan lupa baca surah kursi kerana malaikat melindungi kita Insyaalah. Malam tu I dah nyaris-nyaris nak lupa baca surah kursi tapi nasib baik teringat dalam keadaan mamai-mamai tu. Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah melindungi kita selalu. 


P/s: lupa nak cerita. My husband was so happy, senyum sampai telinga bila anak lelaki dia call wish Happy Father's day kat dia semalam.

Thursday, June 12, 2014

Lunchies


I am so missing my boy =(

Anyway, my life is so mundane. Pergi kerja balik kerja. The only good thing about working is free cold aircond. 

Panasnya sekarangkan......duduk rumah walaupun panas kipas punyalah bahang. Berpeluh-peluh sakan sampai terpaksa (terpaksa ya) jugak on aircond. Hujung bulan nanti pengsan nak membayar duit letrik. 

Tak ada cerita menarik minggu ni. So I leave you with the pictures of my lunch.




lunch semalam kat Uncle Lim. Kakak makan mee kari lagi although the day before dia dah makan mee kari.

Bubur ayam Uncle Lim tu favorite kami laki bini. Unfortunately the bowl has gotten smaller. Sebelum ni bowl besar, 2 orang makan memang kenyanglah. Why Uncle Lim....whyyyyy?



ni gambar the day before yesterday. 

Semalam budak ni pergi berjimba-jimba the whole day dengan bff dia pergi tengok wayang and ice skating. 



this is my lunch the day before yesterday.
Bihun kari yang yumss dan teh ais kat The Teh Tarik Place.



di akhiri dengan gambar ikan koi. =)

Tuesday, June 10, 2014

Kasut bola Uptown udah


Anak lelaki kesayangan (ni kalau Adik baca mesti dia berbulu jer)  tu ada mintak kasut futsal baru sebelum balik hostel. Kasut futsal Nike (nak sebut gak tu Nike...tapi Nike beli time jualan gudang jerlah hehehe) lama koyak teruk. Dah tampal dah sebelum ni tapak yang koyak tapi koyak balik.

 Ayah dia kata belikanlah kasut baru. Nak beli kasut baru boleh tapi kasut kat Uptown udah tak payah beli mahal-mahal sebab dia lenjan main hari-hari futsal kat hostel. 

Malam Jumaat lepas moh ler kita pergi Uptown Kota Damansara cari kasut futsal.



ronda-ronda cari kasut. Kedai kasut yang pertama kami pergi tu nak RM75 untuk kasut.
Sorry not within my budget. My budget RM50 untuk kasut kat Uptown. Kita lupakan kedai yang pertama tu. Jalan depan sikit ada lagi kedai kasut tapi dia nak RM70 untuk sepasang. 

Tak per Bang, banyak lagi kedai kasut kat Uptown ni. Kita jalan lagi cari kedai kasut lain.



macam-macam pilihan kasut....pilih jer. 



pening nak pilih kasut ke Bang?

Kedai kasut yang ketiga ada yang dia berkenan. Tanya budak jaga kedai tu dia kata RM65.
Bargain dapatlah kurang RM5. Ambik jerlah, malas nak pusing lagi kat Uptown tu. Nasib baik jugaklah ada size kalau tak haru nak mencari lagi.



inilah kasut futsal pilihan hati. 
Biru favorite kaler agaknya sebab semua kasut sukan dia kaler biru.

Gambar-gambar kat bawah ni semua I cilok dari instagram pengetua Akademi.
Semua gambar Abang tengah beraksi dalam perlawanan bola inter rumah kat Akademi.
Gol keeper group Cicak Man. Nama rumah sukan kat Akademi semua ikut nama filem-filem KRU =D




Amacam ....hebat tak?



Monday, June 9, 2014

Dah balik hostel

So my baby boy dah selamat balik hostel balik :'( 
Sedihnya sebab cuti pendek sangat, seminggu saja budak tu ada kat rumah. 

Dah masuk semester 3 dah, ada 5 semester lagi to go. Semalam masa pendaftaran balik ,warden ada bagitau yang yuran asrama RM800 tu refundable......duit mama lah tu muahahahaha. Satu semester kena bayar RM100.  Eh....lama lagi nak dapat balik duit refund pun. 


Bangun pagi tengok, Abang dah siap lonngok barang-barang dia kat hall depan. 
Sedih Mama tau...

Punyalah banyak barang dia bawak balik hostel. Sabtu dah settle membeli stok makanan, pencuci muka, sabun basuh baju dan lain-lain. Lupalah pulak nak beli stokin untuk dia sebab semua stokin dia hilang kat hostel, tinggal sepasang saja. Nak ikutkan stokin dia semua I dah jahitkan nama dia pun boleh hilang. 

Duduk hostel kena banyak bersabar sebab barang-barang akan hilang. Sabun basuh baju yang serbuk tu pun kena curi tau. Plug powerpoint yang panjang tu pun kena curi. Susahlah kalau ada budak yang panjang tangan ni. So kena pandai sorokkan barang-barang. Dahlah almari kat hostel tu tak ada pintu.....apalah. 


ni gambar kat Cascade semalam. Kami makan kat kedai mamak baru buka. 
Nama kedai mamak baru tu Al-Barakath. Roti canai, teh tarik, mee goreng semua sedap tapi nasi kandar dia tak boleh lawanlah kat Kayu. Kayu punya lagi sedap.

Masa nak ambik gambar kat tangga ni siap kena sound dengan guard. Allo....kitaorang bukannya nak naik atas, kitaorang nak ambik gambar kat bawah tu jer. Kedekut tau pak guard ni. Stylo tak anak lelaki I. Rupanya semua budak lelaki kat akademi pakai rayban......gaya tak mau kalah tu budak-budak sekarang. Duit pun mak pak kasi lagi tau.



dah kenyang kita hantar dia balik hostel. Pukul 3 petang macam tu tak ramai lagi yang balik. 
Pendaftaran dari pukl 10 pagi sampai 5 petang. 

Budak pompuan kat belakang tu senyum jerkan.....ialah dah nak dapat guna computer dalam bilik Abang semula. Tak per gunalah lagi 3 minggu pastu every weekend Abang boleh balik masa bulan puasa.



stok maggi goreng Abang. Nak kena sorok stok ni kalau tak habis kena curi nanti. 
Ayang dia suggest sapa nak, kena beli RM1 sebungkus. Amboi mengajar anak buat business pulak. 


dikejauhan ku nampak hostel Abang. See you in 3 weeks time Abang.
Mama miss you already :'(


Friday, June 6, 2014

Kari.....kari ....kari


Budak-budak ni suka sangat makan kari ayam . Kalau hari-hari makan kari pun agaknya tak jemu. Tapi mama lah pulak yang tak tahan. Tapi mama derang ni tak terrer masak kari macam nenek derang. Kalau nenek derang masak kari, budak-budak ni makan bertambah-tambah. Mama kalau suruh masak asam pedas terrerlah. Almaklumlah tekak orang Melaka, kalau tak reti masak asam pedas malulah.

Demi memenuhi permintaan semalam I pun masaklah kari ayam. Tapi semalam I masak ikut resepi sini . Memang sedap sungguhlah hasilnya. Bertambah-tambah budak-budak tu makan sambil puji sedap banyak kali. Sesiapa yang tak terrer masak kari macam I, kena try resepi kat blog tu.
 

first time masak kari sedap tau


cicah dengan roti sedapnyalah hai

Hari ni nenek masakkan kari ayam untuk cucu kesayangan dia Abang. Sukalah budak-budak tu sebab makan kari ayam dua hari berturut-turut. Tapi derang cakap kari mama semalam sama sedap macam kari nenek. Kembang montot Mama jap hahaha....


Thursday, June 5, 2014

ENT appoinment

Well here I am again for a follow up appoinment with my ENT. Initially my appt was at 3.30pm but the hospital called me this morning to change my appoinment to 1.30pm.
But here I am at 3.10pm and still waiting for my turn.  Wasting 2 hrs of my time.
Sabar jerlah 

Update: Rupanya blessing in disguise jumpa doktor nak last2 ni. I bawak Kakak teman for my appoinment. So bila doktor tengok dia batuk, doktor pun teropong sekali tekak dia. Rupanya tonsil pun dah bengkak. So doktor kasi sekali ubat untuk Kakak. Plan asalnya nak bawak dia pergi klinik lepas my appoinment tapi nampaknya tak payahlah hehe...




Tuesday, June 3, 2014

Kasut kilat-kilat


Lawa tak kasut Akak kilat-kilat ....hahahaha.
Kasut ni kisahnya masa pergi Giant nak bayar bill Maxis boleh ternampak pulak kat kedai Bata tu. Alah kasut murah jer dalam RM50. Bestnya kasut ni sebab kasut jelly. Sedap jer pakai buat basahan pergi kerja. Dah tua-tua ni tak boleh dah pakai kasut bertumit tinggi....lenguh kaki. 


Ada kawan tegur tanya kenapa pakai stokin. Kaki kan aurat so pakailah stokin. Lagi satu pakai stokin tak adalah sejuk kaki =)



ni dinner malam tadi. Ntah apahal semalam rasa penat sangat nak masak. So kita makan kat kedai sudah. Sedap sungguhlah nasi goreng ikan masin ni tapi portion dia punyalah banyak sampai boleh makan dua orang.

Hari ni anak tanya, "Mama masak apa?". Hari ni Mama masak sambal sardin, ikan masin goreng dengan telur dadar. Itu jer yang larat hari ni.


Monday, June 2, 2014

Berlima kembali


Sejak Jumaat lepas kami dah berlima balik kat rumah. Abang dah balik for semester break tapi seminggu jerlah. Ingatkan dia cuti 2 minggu macam budak  sekolah biasa tapi pendek pulak break kali ni. Cuti raya nanti baru 2 minggu tapi junior dia cuti 2 minggu....tak aci betullah. Tak boleh nak lama bermanjaan dengan anak lelaki tu. 

Abang sekarang dah makin tinggi. Dah dekat sama tinggi dengan ayah dia dah. Nak cium dia mama dia kena jengkit atau dia kena tundukkan kepala.


Adik dah sama tinggi dengan mama. Tak lama lagi Adik pun lagi tinggi daripada Mama.
Abang kata dekat kolej dia ada gym so dia selalulah pergi gym. Swimming pool pun ada tapi dia tak suka nak pergi berendam dalam pool tu sebab air pool sejuk sangat.



Breakfast pagi Sabtu. Percayalah ni sajalah breakfast kat luar lepas tu Mama kena dera dengan budak-budak masak 3 kali sehari sebab  derang asyik lapar jer. Masak lauk tengahari jangan haraplah dapat makan sampai malam sebab licin semua lauk :'(

Seronok tengok derang makan. Siap puji melambung-lambung lagi mama masak sedap.
Mamalah yang tak tahan nak masak banyak-banyak kali. Tiap kali habis masak berpeluh ngalahkan mandi sebab peluh mencurah-curah.



Eh lupa petang semalam kita ada lepak JCo lah makan donut hehehe....

Cuti sekolah ni nasiblah makanan kat rumah kena stock up banyak-banyak. Beli ayam sekor pun 3 hari dah habis. Selalu kalau tinggal berempat kat rumah payah nak habis lauk dalam freezer tu. 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin