Monday, April 29, 2013

Hello there S4

I'm still in a happy mode. Got my self a new gadget last Saturday.
Lately ni macam menggedik sikit nak beli phone baru cause my sisters...both of them got Galaxy Note 2. So depa duk meracun kata big screen best senang baca. My iPhone 4s screen is tiny compared to theirs. Almaklumlah semenjak rabun dekat ni, skrin kecik tenonet ni memanglah tak nampak sangat =(

Masalahnya I don't really fancy Note 2 sebab it's too big for my small hands. Nanti nak type sebelah tangan susah.

So when Samsung launch their Samsung Galaxy S4 last Saturday, memang menggeletiklah nak pergi tengok. Wahhh tengok screen terus jatuh chenta....I'm sold.

So hello there Samsung Galaxy S4.....come to mommah!


unboxing my Galaxy S4



The picture taken using my new S4 terus upload ke Instagram.
Camera dia boleh terus pilih mode apa yang kita nak. Gambar ni I choose the beauty face mode. Banyaklah lagi mode lain such as drama, animated, sports, panorama etc.

Antara features yang I dah explore is the smart stay and smart scroll.

Not really sure which is what tapi bila I tengok youtube, kalau I kalih mata jer video clip tu akan pause. Bila I pandang balik baru dia main balik. Which is canggih.

Then bila lets say I baca newspaper or blog guna Internet Explorer dia akan scroll sendiri ikut my eyes.

Kalau tengok gambar ....memang cantiklah color dia pop out. Maybe sebab dia HD.
Puas hati tengok gambar cantik.

Basically that is all yang I tahu takat ni. Will need to explore more on my new gadget. Dah biasa sangat guna iPhone bila guna Android macam terkial-kial sikit. But this phone memang bestlah. Mostly because it fits my criteria and my hands =)


Ohhh you gorgeous phone. 

Tuesday, April 23, 2013

Hospital dan kucing gatal


Sikit lagi nak type Salam Isnin. Almaklumlah sebab semalam tak kerja sebab pagi-pagi lagi dah kena bawak budak paling kecik kat rumah ni to Emergency Ward Dsara Specialist.

Musim panas dan berjerebu ni mulalah asthma dia menjadi-jadi. 4 hari dengar dia wheezing dan batuk non stop. 

So semalam decide bawak dia pergi check hospital. Lama jugaklah bertunggu tangga kat hospital semalam daripada pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang.....kalah hospital gomen.

After doktor bagi nebuliser, barulah dengar kurang sikit batuk dia. Tapi doktor tak puas hati sebab lepas nebuliser pun her right lung still ada bunyi-bunyi lagi so doktor suruh pergi X-ray sebab doktor nak check samada kena pneumonia. 

Alhamdulillah her lungs are clear. Kalau tak ada yang tidur hospital semalam. Tapi budak tu happy jer sebab makanan hospital sedap katanya...plus she gets the bed and TV all to herself. Mama lah seksa sebab kena teman dia. 

Hari ni dia sibuk nak pergi lawatan sekolah to ICT. Actually I tak nak bagi tapi she insisted. So I make sure she takes all her medications and inhaler + her chamber kena bawak sekali to the school trip. Takut semput dia datang balik jer.....plus we make her wear baju sejuk yang tebal.

Speaking about tebal.....budak gemuk bawah ni sangatlah terseksa musim panas ni. Selalu jugaklah terjumpa dia either lepak/tido dalam toilet....kalau tak pun depan peti ais. Sian....kat situ jer kot yang sejuk. 


Last few days banyak cubaan melarikan diri tapi tak berjaya muahaha. Pantang pintu terbuka laju jerrrr dia nak keluar.

Dia tengah gatal nak mengawan. Bising jer buat suara garau kuat-kuat. Sorrylah boy...u ain't going anywhere unless nak kena kidnap dengan orang. Maybe kena cari gepren untuk dia kot.....

 Nasib baik kau kucing jantan kalau tak sure banyak cucu kitaorang. 

Sunday, April 21, 2013

Random Sunday


Panas sungguh cuaca sekarangkan. Time macam ni memang nikmatlah kalau duduk dalam ofis sebab aircond full blast. Kucing rumah ni pun kesian tengok sebabnya asyiklah duduk dalam toilet sebab spot tu jer yang sejuk.....almaklumlah bulunya panjang sangat so mesti lagi panas daripada kita ni. 

Semalam kena pergi kerja sekejap sebab nak test disaster recovery system. Hok alah....tension gaklah sebab hari Sabtu kena datang buat system testing. Pergi-pergi system tak boleh test sebab IT tak ready lagi. Buang masa sungguh.....tension gaklah. Pastu sempat jugaklah pergi Jusco beli dapur baru. Dapur yang ada ni dah rosak satu. So sekian lamanya ada satu jer tempat masak tak boleh nak multi task. Stress jer sebab kena masak one at the time. Dah dapat table top stove baru ni barulah semangat nak masak banyak-banyak =)



kalau pergi kedai mamak, bergelas-gelas teh ais kami order. Tak cukup satu.


my picture a few days ago while driving home. Terang sungguh matahari....silau!






Perang bendera. Actually cantik jugak bendera-bendera tu bila dikibar angin.
Tak sabar nak mengundi so that all the rude post and comments on my facebook wall would stop!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 16, 2013

Annual dinner last Tuesday

Dah exactly seminggu event baru nak update. 
Penyakit malas nak update blog menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Alah kalau tak update pun nobody noticekan.

Selasa minggu lepas temankan hubby ke Annual dinner company dia. Tiap-tiap tahun ginilah. Kira okaylahkan sebab dapat makan free. Chinese 8 course meal...kenyang tu.

Tu pun dah sampai lambat sebab solat maghrib dulu kat rumah. Lepas solat terkejar-kejar nak pergi Sunway dengan jalan jamlah lagi. Nasib ler.....yang penting dah solat dulu.





lama dah tak tengok disco ball


Bab makan no complaint cuma I never like the Lotus Leaf Rice





sedap sup ni. 
Dulu masa duduk Amerika selalu gak pergi makan kat Chinese restaurant dan makan egg drop soup.


nak ambik gambar dekat-dekat segan hihi



peberet dah maiii.....Tiger Prawn....sedap sehingga menjilat jari finger licking good


Dah tengokkan youtube Shiela M nyanyi malam tu in my previous post.
Memang patutlah jadi Malaysia's superstar. Nyanyi superb and entertaining.
Last year they invited Noreen Aziz tapi rasanya ramai lagi peminat Shiela Majid.
She's got class bukanmacamcompanyIjemputbellydancerjertiap-tiaptahun


she's so petite 



Gambar tuan rumah kenalah tunjukkan walaupun tak glam walaupun dress codenya Red carpet Glam.


nasib baiklah ada tudung half moon shawl murah ni bolehlah gak fefeeling glamer 





HIGH-LOW chiffon CARDIGAN from alhumaira contemporary.
TUDUNG HALF MOON SHAWL MURAH FROM VIETNAM
BLACK LONG SKIRT

Black gives the slimming effect yay?

Balik rumah dah almost 12 midnite and tengok anak semua tak tidur lagi on school night. Haruslah mak mengamuk lepas tu. >.<


Thursday, April 11, 2013

Proud mother


Sabtu lepas Abang ada bagitau yang sekolah dia hari Sabtu ada hari penyampaian sijil. Being us Saturday memang semua orang bangun lambat. Even after solat boleh sambung balik tido. Qada tido weekdays katanya.

So yesterday petang, tiba-tiba he presented me with this plack. Nak nangis I tau bila baca Pelajar Terbaik tu....macam tak percaya. So proud of him.

He did not tell us that he will receiving an award that day or else we would've all accompany him to school.

Anyway, we are so proud of him. It's not easy for him cause my son is actually dyslexic. It's a struggle for him to read and it tires him brain easily.

For those yang tak tahu apa dyslexia tu. Here is how a dyslexic sees compare to us.


everything looks scrambled


the left one is how they actually see compare to normal people


We actually discover he's dyslexic when we was 9 cause he still couldn't read. Mula-mula tu macam selalulah marah dia kenapalah budak ni bila nak buat homework jer mesti menangis dan seksa sangat. Selalau jugaklah darah I menggelegak.

Somehow....can't remember macamana we end up wanted to do the dyslexia test for him. 
One of the trade that my son is dyslexia is ada huruf yang dia tulis terbalik. Pergi Pusat Dyslexia kat Tasik Titiwangsa and they did the test. Confirm budak ni sebenarnya dyslexic, pasal tulah dia tak boleh membaca. So kalau anak still tak boleh membaca janganlah pulak kata anak tu lembab. He may have other problems that we may not have realised.

Alhamdulillah after 3 months of intensive class at Pusat Dyslexia, he actually inprove a lot. Kelas Kumon helps a lot too cause hari-hari dia kena buat latih tubi.

So if you kid is dyslexia you need to register him sebab masa exam nanti examiner akan bagi  extra time for them compare to the normal kids. Even certain school have special class for these kids. I know that in Taman Tun Dr. Ismail their primary and secondary school have special class for special kids.


You make me proud Abang walaupun seksaaaaa Mama nak suruh Abang baca buku untuk examkan. 



Proud mother put his plack at her office desk to remind herself that she has got amazing kids.

I'm still beaming. =))


Wednesday, April 10, 2013

Ratu

Tak sempat lagi nak update company annual dinner hubby malam semalam.

Buat sementara waktu korang enjoy dulu video yang I sempat rakam semalam.

Ratu Jazz.....Dato's Shiela Majid was superb.

Enjoyyyyy!!!

 









- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 8, 2013

Tak faham




Tau musim mengundi dah tiba

Tapi yang tak fahamnya bila orang yang bukan calon yang beria-ia emotional bagai, kutuk sana-kutuk sini dalam facebook dan twitter. Kalau calon tu ku faham jugaklah sebab nak raih undi.

Ni tak masuk dalam gerakan calon pun tapi dia yang over berkempen.

*Garu kepala yang tak gatal*

Ada yang yang ku unfriend kat pesbuk ni kang. Rimasssssssss.....

Wednesday, April 3, 2013

Happy Birthday Kakak




My darling daughter turns 13 years old yesterday. Happy Birirthday Kakak. Mama and Ayah love you so much. Nothing can express how much we love you Kakak. Muah....muahh....

So maknanya ni I have two teenager at home =)

Sorry Kakak sebab semalam kita tak sempat nak pergi dinner sempena birthday Kakak sebab Abang ada tuition semalam sampai pukul 10 mlm. Weekend ni nanti kita pergi celebrate ya Kakak pastu kita ketuk Ayah suruh dia belikan seluar yang Kakak nak tu. Okkan?

Gambar yang last sekali tu Adik just being annoying and photo bomb gambar Kakak dia as usual. =P



Tuesday, April 2, 2013

Cerita random minggu lepas

Nak update semalam tak sempat sebab sibuk buat closing komisyen orang. Nak pergi toilet pun sanggup tahan sebab nak menghabiskan kerja kejar deadline. Kalau tak siap nanti lambat Accounts dept nak upload payment orang...kang ada pulak yang merusuh hihi...

Balik rumah pulak sibuk nak tengok 'Rindu Bertamu Di Abu Dhabi'. Ingatkan final episod rupanya hari ni baru finale. Laaaaa....rupanya si Firdaus tu anak Salina dengan anak Haji Ilham. Kalau sesapa yang tak tengok semalam tu sorry ler kalau terbagi spoiler tapi hari ni ada sambung lagi. Moh ler kita tengok finale sesama petang ni.

Ni gambar-gambar random minggu lepas,


tetiba muka I macam flawless gitu. Ni otw nak hantar Adik pergi Art Class and Abang & his friends to tournament Garena. Terpaksalah bersempit sikit...nanti mama beli bas satu ya.

budak-budak lelaki ni suka sangatlah main video gamekan. Asalkan dia bagitau dia nak pergi mana dan dengan sapa, fine with us. Lagi pun kami yang hantar dan ambik. Jangan dia buat kerja merepek-repek sudah.


Gatai pergi beli Evening Primrose Oil + Fish Oil ni pastu bila makan rasa macam vertigo sangat. Berdiri rasa berpinar....duduk pun sama. Dah kes kronik ni. Pil ni tak sepatutnya bagi effect macam tu kan. Tak per weekend nanti try balik makan tgk ada effect yang sama ke tidak.

Quick lunch kat McDonald's The Curve. 


Terjebak jugak membeli tudung bawal Aidijuma walaupun dah lama tak pakai tudung bawal. Kebetulan masa pergi kiosk Aidijuma kat The Curve tu ada sale 20% diskaun so rembat satu jerlah. Kata dah lama tak pakai tudung bawalkan so terpaksalah menggoogle cara nak pakai tudung bawal pesen terkini. Complicated gak ehhh.


sempat singgah Popular Bookstore kat Ikano sebab nak cari buku cerita. Ternampak pulak buku ni. Actually author buku ni is my ex-classmate. Itu bukanlah nama samaran tapi nama betul semata-mata. So proud ada classmate pemes.


nampak tak budak pompuan yang tersembunyi itu?



Taraaaaa......inilah buku cerita yang dicari tu. Ini semua sebab terpengaruh tengok gambar twitter/ Insyagram Neelofa dan Fahrin Ahmad. Tapi nak baca kena tunggu reading glass I siap dulu. Siankan.....dah sealiranlah dengan usia kena pakai spek membaca. ='(

Itu jerlah Jah....Jah mana ntah...belasah jerlah. 



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin