Tuesday, May 31, 2011

Pengantin bergambar sekitar Melaka

Ramai couple pengantin atau bakal pengantin yang bergambar hari tu.
Ialah cun sebenarnya ambik gambar berlatar belakangkan lanskap bangunan lama.

Seronok pulak tengok orang tangkap gambar kahwin.
Kita tukang curi gambar orang jer heheeh....
sampai terteleng-telenglah pengantin nak cari angle yang cun


feeling ala-ala kat Belandalah pulak

ni yang ai nak ambik gambar tepi sungai gak nih


lawa baju pengantin pompuan. Simple jekkkan


dekat 5 couplelah petang tu bergambar.

Mana-mana pasangan yang nak kahwin nanti pergilah ambik gambar kat Melaka. Sure cun punya.

Melaka weekend trip - Part Uno

Selalu kalau balik kampung, tak pernah masuk bandar Melaka ni sebab dari Ayer Keroh terus menghala ke Muar. Kebetulan minggu lepas ada kenduri kahwin so alang-alang balik Melaka kita jadi tourist kat kampung sendirilah. Book hotel kat Melaka Raya then boleh jalan sakan bandar Melaka.

Lain benar dah bandar Melaka ni. Dah maju dan moden. Dari kejauhan ku nampak kedai Mac Store yang besar signboardnya tu =P

Sampai hotel rehat sekejap pastu terus keluar pergi bandar Melaka. First stop of courselah
 A Famosa.





sempat singgah beli topi dengan kipas....Melaka panassss

the kipas girls. Kipas kain sekuin 3 for RM10

biasalah girls memang suka bergambarkan. Tepi Sungai Melaka.

my handsome boy with my pink headphone =P

Singgah ambik tiket untuk River Cruise but my father kata malam lagi cantik pemandangan. So kita naik cruise tu malam.

Then we head to the big ship. Apa ntah nama kapal ni lupa pulak.



kena buka kasut sebenarnya atas kapal ni. Kaunter siap bagi plastik nak masuk simpan kasut tapi biasalah Malaysian ada yang setengah tak faham instruction =P

From the ship to Menara Taming Sari ni dekat jer. Walking distance dalam 10 minit jer kalau jalan slow-slow ler. Kami tak naik sebab queue cuti sekolah panjang. Next time okay babies.











bought some tit bits for my neighbor. Neighbor sebelah tu selalu ingat nak bagi souveniers kalau dia pergi vacation. So kita balik from Melaka, kita bagilah dia cincalok, sagun dengan dodol =)
cantik pemandangan bandar Melaka. Nice place to go sight seeing.



penuh dengan tourists

ni pelancong jepun sesat =)


sejarah....kancil tendang anjing.

Nanti sambung lagi ya Sayang-sayang semua. Banyak lagi gambar nak load =)

Monday, May 30, 2011

Melaka River Cruise

Tengok video dulu eh. Sementara tunggu update.

Enjoy!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 27, 2011

Friday haul at Body Shop

It's Friday...friday....it's my payday...payday....hehehe...
Sorrylah hover gitu. Excited sebab besok holiday.

Plannya lunch nak pergi makan saja tadi tapi dah lalu depan Body Shop terstoplah pulak.
Body Shop sale sampai 70%. Mula-mula pegang-pegang saja-saja tak ada plan nak beli pun. Sekali adik SA tu cakap shower gel tu dalam RM5 jer satu. Kalau ada apa-apa kad Maybank, tak kiralah kad ATM pun boleh, dapat lagi 10%. Banyak bagus dah tu. 80% diskaun dah tu.


7 shower gel, tapi 3 jer I punya lagi 4 tu kawan punya =)
Adik SA tu duk kecek beli lebih. Tapi rasanya macam dah banyak dah tu.
Siap bayar semua, kami berdua pergi makan dulu.

Soto RM4.50 and teh ais RM2

Tengah makan ni hati kat Body Shop. Ialah shower gel tu tak sampai RM4 sebenarnya.
Pergi balik Body Shop, hmm...licin dah shower gel tu. Habis kena rembat semua.
SA tu ada cakap yang customer siap suruh simpan 20 botol, nanti dia nak datang collect kemudian. Rugi pulak sebab beli 3 jer tadi.

But aside from 3 shower gel tu, I bought lip balm cranberry, EDT white musk and body lotion.



Diskauns + additional 10%




Total spent. Berbaloi rasanya sebab shower gel tu actually sebotol RM19.90


=)

Lupa nak cakap Maybank member sale tu untuk 3 hari saja.


Thursday, May 26, 2011

Asam pedas Mimpi Muor

Betul Muor dan bukan Muar. Kalau tak percaya tengok sendiri signboardnya.
Muor kan =)

Dah lama dah sebenarnya dengar kawan-kawan raving about kedai asam pedas ni. Hari tu baru berkesempatan pergi merasa.

Lokasi kedai adalah di Mutiara Damansara. Berdekatan dengan Balai Polis Mutiara Damansara.

Kalau lunch ada macam-macam choice asam pedas. Asam pedas ikan pari, ikan jenahak dan macam-macam lagilah sampai tak ingat. Dan jugak lauk pauk nasi campur yang lain.
Pilih sajalah ikan mana yang berkenan ditekak.


My choice was asam pedas ikan pari. Senang nak makan tak banyak tulang





ni partner saya yang makan....ikan apa ni ehh tak ingatlah.

Memang berpeluh kami makan tapi asam pedasnya tak pedas langsunglah. Agaknya berapa kilo gula ditambah supaya tak pedas.Tak kick bagi orang yang berdarah Melaka ni.
Saya masak asam pedas lagi sedap (masuk bakul angkat sendiri hehehe).
Tapi selera masing-masinglahkan ada orang tak suka makan pedas. Ada orang kena ada cili padi pedas gedegang baru kick. Tapi kalau tekak I, asam pedas kenalah pedas.....baru syiok.

Harga...alamak sorry lupa dik sebab yang tukang bayarnya orang lain =)

Selain dari asam pedas, their specialty is Mee Bandung Muor.


Wednesday, May 25, 2011

A knife in the head?


Ada couple siap berhenti gelakkan Adik =)

Lepas tu dia terus malu nak pakai lagi headband ni tengah Midvalley tu hehehe

Sejak akhir-akhir ni tak ada mood dan masa nak tulis panjang-panjang sebab banyak sangat kerja kena settle. Semalam I shouted at somebody cause dia membazir my time dengan mintak tolong photostatkan dokumen untuk dia sedangkan photostat machine tu ada berdekatan dengan dia. I really don't mind kalau I tak sibuk tapi kalau tgh busy and orang mintak benda yang merepek-repek memang nak kena sedaslah. After that I feel so bad =(
Tapi nak buat macamana geram punya pasal. Must learn to control my emotion bila tengah stress.

On a positive note I'll be talking my annual leave next 2 weeks. Can't wait to rest at home and turn off my handphone =)

Tuesday, May 24, 2011

iPhone 6

video

Jangan marah ....sapa marah nanti kena jual eheheheeh

Monday, May 23, 2011

Kapal pirate at Midvalley

Sapa dah tengok Pirate of The Carribean - on strangers tides angkat tangan?

Saya...saya....*angkat tangan*

Macam biasalah penuh aksi dan kelakar. Tapi still tak boleh lawan Fast 5.
Fast 5 lagi penuh aksi yang mendebarkan (termasuklah wanita-wanita yang gorgeous).

Tapi tak kisah. Buat peminat Pirates of The Carribeans, Midvalley ada replika kapal 'Queen Anne's Revenge'. Also other props used in the film.

Saya yang sakit pinggang ni pun sanggup telan pain killer and muscle relaxant sebab nak tengok replika dan props. Pastu terus cari kerusi nak duduk. Padan muka sendiri. Balik rumah terus flat.

So kita tengok gambar-gambar yang sempat I ambik.


Peace

 


















harta ini Ahmad Albab yang punya...



patung vodoo Jack Sparrow


















































My mum ajak pergi tengok Nur Kasih. Siap pesan dengan cucu dia lagi.
Alamak camner nih....

-Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin