Friday, April 29, 2011

David and Posh Beckhan

hensemnya Beckham....






and Posh looks glowing. Berisi sebab pregnant....lawa. Seri baby girl =)

Sempat ni nanti balik sambung tengok sebab wedding sampai pukul 6 kan....hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Merah sangat ke?

Saya baru beli lipstick merah menyala akibat terpengaruh tengok Kim Kardashian pakai lawa.
Sekali bila tunjuk kat my friend terus dia nak tersedak.

Dia kata merah sangat...oklah I know I bukan Kim Kardashian =P




merah menyala sangat ehh...

 


I guess I'll stick to my pink lipstick then =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 28, 2011

Can You Save Me



If you've watched Covert Affairs before on Diva I'm sure you've heard the theme song.
Sure is catchy~

Sejadah

Selalunya kalau I malas nak turun solat kat surau, I akan solat jer dalam ofis. Selalunya solat lapik selendang pashmina jer as sejadah sebab tak ada sejadah.

So semalam kebetulan pergi Tesco ternampak sejadah kecik tu. Hari tu ada tanya kedai lain how much sejadah kecik tu, peniaga tu kata dalam RM25 kot. Semalam I tanya mamat Afghan tu dia kata RM10....ehh apa lagi rembatlah. Berkenan pulak dengan warna purple.



Pagi ni tiba-tiba tengok ada sejadah warna hijau atas meja. Rupa-rupanya ada orang hadiahkan. Alhamdulillah murah rezeki orang yang hadiahkan tu.

Itulahkan kalau Tuhan tak bagi kita rezeki dalam wang ringgit, rezeki tu boleh datang dalam bentuk-bentuk yang lain. Kena bersyukur =)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tantrum Thursday

Orang buat Wordless Wednesday. I ni nak buat Trantrum Thursday...tak kira nak jugak.

My line of work requires me to work closely with people. I have to say that my previous work which is crunching numbers and drawing charts is much easier and less stressful than dealing with people. Sakit jiwa dibuatnya kalau melayan orang ni. Kadang-kadang (actually selalu) make my blood go upstairs. Request / questions derang kadang-kadang ridiculous and boleh membuatkan darah I terus zupp naik. Menangkap terus pening kepala jadinya. Daripada kita diplomatik, boleh bertukar tone jugak tone suara kadang-kadang jadi garang.
Perkara yang paling I tak tahan ialah orang yang long-winded. Sebenarnya benda yang nak diberitahu pendek aja tapi sebelum nak bagitau tu, satu dunia dulu dia pusing. It's just wasting my time. Lagi satu I paling benci bila orang call me to talk about useless issue. Perkara yang tak penting tapi nak perbesar-besarkan. Macam tak ada kerja, banyak sangat free time nak fikir....isu apalah agaknya hari ni nak raise. Aku kena cari issue ni nak bagitau management ni...baru aku outstanding sikit. Oh come on get a life dude!

Since we get a lot of calls from client regarding our system, we decided to conduct a training for them. Lepas tu adalah pulak yang tanya kenapa buat hari Khamis and kenapa tak buat hari Sabtu. Sabtu our staff tak kerja and the company doesn't pay us overtime. Senang jer dia cakap suruhlah Company bayar overtime. Ingat ni kompeni bapak I ker yang I boleh suka-suka suruh. Anyway who wants to work on Saturdays?. Orang nak jugak leisure time on weekends. Yang bengang tu yang tanya tu uncle tua yang dah retire. Alamak Uncle you banyak free time, that is why you hang out at our office a lot. So what is the problem with doing it on a Thursday?

I rasa I ni nak PMS kot tu yang minggu ni asyik naik angin jer tapi I don't naik angin for no reason.

So yesterday when I saw this hanging on somebody else's car window I just had to snap a picture of it.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 27, 2011

Home cough remedy

I was having this usual chat with my ex room mate and bestie who is now in Kuching. We chat like everyday about everything....macam budak-budak zaman IRC dulu. Oh yeah she's my partner in crime booking computer lab and library computer sebab sibuk nak masuk IRC. Masa tu channel #kampung femes. Kalau nampak kitaorang kat computer lab tu bukannya buat assignment tapi nak bersembang kat dalam Channel #kampung hehehe....almost everyday. Kadang-kadang siap berebut bergaduh sebab nak chop komputer. Apa nak jadilah...

Anyway were chatting about her cough tak baik-baik and her collegue bagi a home remedy how to cure batuk. Few months back ada jugak orang kat my ofis ni bagi petua yang sama. She said that her bad cough cured after doing it.

So kalau any of you are having a bad cough and tak baik-baik, maybe you could try this remedy.

Cara-caranya :

ambik limau sunkist, potong sikit kat hujung

then letak garam kat part yg potong tu, cucuk with toothpicks so that garam tu serap masuk dalam

then, steam the buah limau for 10minutes
 
 
lepas tu makanlah limau tu. But orang kat ofis I ni suggest to drink the air jus yang keluar from the limau. Tak tahulah yang mana lagi berkesan.
 
So give it a try. Tapi kalau tak berkesan don't blame me ya =)
 
Happy Wednesday!!

Tuesday, April 26, 2011

Rezeki jangan ditolak (2)

Masyaallah hari ni sibuk sangat kat ofis. Pagi tadi talipon berdering non-stop sekali pulak tu handphone bunyi pastu talipon ofis pulak bunyi. Pastu macam berjangkit-jangkit talipon bunyi non-stop. Techonology sometimes can be a killer. Bikin stress.

2-3 hari ni rezeki I murah. Murah rezeki tu tak semestinya in-terms of wang ringgit.
Ahad lepas dapat invitation makan free. Ada warung baru nak bukak so free promotion, siap sms lagi jemput datang makan sampai kenyang.


Bak kata orang, musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak. Orang jemput makan, bukan ajak bergaduhkan =)


nasi hujan panas, ayam berempah dengan tomyam campur.
Enak.

ni pulak lunch tadi. Makan free lagi. Ubat stress pagi tadi.
Nasi bukhari, ayam kari kapitan, tauhu sambal and curry fish with brinjals and ladies finger. Paling syiok is the Sago Gula Melaka.

I nak luahkan sikit kesal I dengan guru matematik my daughter.
 I just wanna say, tugas guru tu mengajar dan bukannya menghukum. So kalau budak lambat jawap soalan matematik, janganlah tiap2 kali nak pukul. Takut jadinya budak, sampai fobia nak pergi sekolah. Bila dia dah fobia nak pergi sekolah sapa yang susah. I jugak yang susah.

Dengar-dengarkanlah ya wahai guru.

Monday, April 25, 2011

Katerina





Gigih cari sebab filem Lagenda Budak Setan 2 akan keluarkan.
Kalau tak baca novel nanti tak boleh buat comparison dengan movie.

Popular bookstore ada banyak lagi copies :)

- Posted using BlogPress from my iPad

Hari bersama pihak berkuasa KD

Bagus sebenarnya bila sekali sekala pihak berkuasa adakan hari terbuka dengan public. At least merasalah jugak nak pegang dan naik motorsikal polis yang berharga RM100k =)

My kids actually lebih excited nak tengok skuad berkuda tapi sampai-sampai skuad berkuda dah nak balik. Tu lah sapa suruh datang lambat lagi.

Pameran PDRM tentang kemalangan jalanraya betul mengerikan. Dalam tak nak tengok gambar-gambar pameran kemalangan tu ternampaklah pulak gambar orang kemalangan sampai putus kepala

Seram.='(



Bomba pun ada buat demo padamkan api. Tips paling berguna yang dapat I kutip hari tu. Kalau api dapur atau kuali kita tengah marak, jangan sesekali simbah air sebab lagi marak jadinya. Ambik kain basah tutupkan kuali tu. Ingat tu tau!

Kalau boleh belilah tong pemadam api letak satu kat rumah. Even budak-budak pun boleh padamkan api guna tong pemadam api sebab senang jer nak gunakannya. Bomba siap demo ajar budak-budak macamana nak padamkan api.

Here's a few pictures I took on Saturday.
I'm using Photo Mess App in my iPad to create the images above. How bout that?

So how's your weekend?

Sunday, April 24, 2011

Friday, April 22, 2011

Lelaki berkereta pink you

My plan tengahari ni is just to buy a screen protector for my new iPhone. Sebelum terscratch baiklah diselamatkan dulu.
On the way ke kedai phone, hampir-hampir jugak tergoda tengok Kebab and McD. Syukur sangat sebab berjaya lawan nafsu. Lagipun pagi tadi dah tapau nasi goreng dengan sambal udang. Sapa nak makan tu nanti.

Terbang RM29 for the screen protector. Fikir-fikir balikkan, apasallah yang I tak tawar lagi murah sebab iPhone 3Gs ni dah tak keluar dahkan. Kadang-kadang lurus jugak I ni *tepuk kepala*

Habis urusan iPhone singgah Sinma kejap sebab the girls dah komplen yang getah rambut derang dah putus. Pagi ni Adik ikat rambut dengan getah ikat plastik.....sian anakku.


RM3. Rasanya tiap-tiap bulan mesti beli baru. Anak saya makan getah rambut =/

Ok...ni baru kena dengan tajuk. Balik dari mini shopping tadi, ternampak kereta pink ni at the parking lot. Selalunya kereta ni parking kat simpang luar ofis. Makanya jauhlah semata-mata nak pergi ambik gambar. Ni dah alang-alang depan mata kita tangkaplah gambar.


comel tak? comel tak? cer citer..cer citer.... pink you...rim pun pink tu

insan tak berwajah ni opismate I. Excited dia dapat ambik gambar sebelah kereta fink.

canggih tak sampai engine pun see thru you. Ada sun/moon roof lagi tu. According to my collegue kereta ni belongs to a man. Cayalahhhhh jantan bawak kereta fink.....kalau bagi kat I pun I tak sanggup kot walaupun I suka kaler pink.

Kereta you all kaler apa eh?

New handphone

Kalau sesiapa yang follow I kat twitter would know that how I've been complaining about my iPhone keep shutting down itself for the past week.This week it gotten worse till I had to bring it back to Maxis so that they can check on the problem. Maxis actually reset the setting back to the original factory setting. I had to sit there for 20 minutes while they reset....lama siot sampai mati kutu jadinya sorang-sorang kat situ. Lepas dah reset setting pun it kept shutting itself.Tengah syok-syok main Angry Birds tiba-tiba terus shutdown.....memang terus I jadi angry. Few times pulak tu. Stress jadinya. What would I do without my iPhone? Kronik bunyinyakan.

So I decided to bring it back to Maxis yesterday. Pergi petang semalam after work kena tunggu 8 orang ahead of me. Mostly they have problems with their iPhone4 and it takes awhile to solve their problem sebab semua kena reset balik setting =(

I guess they can't do anything about it since they try resetting the phone last Tuesday and the problem still occur.

So I got myself a brand new phone

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:

:

:

 
:



:



:



:



:



:

 
:

it's still iPhone 3Gs


I had to pay RM500 for a brand new iPhone 3Gs and it comes with 3 months warranty.
Memang betullah I change my phone every 2 years =/




Thursday, April 21, 2011

Update software in my sleep?

Saya adalah amat sensitif to hujan. Bila kena hujan walaupun sikit mulalah selsema.
So last night I took Zyrtec-D a cold medicine. It did help with my cold but I couldn't sleep a winch. I keep seeing this image in my head over and over again.


moral of the strory - lain kali sebelum tidur janganlah update software untuk iPhone dan iPad anda. Kan dah ternampak-nampak image ni jer =/

Also, perhaps I should take Zyrtec-D only in the morning instead of at night. Clarinese is better taken at night cause it causes you to feel sleepy.


Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 19, 2011

Kebaya hijau punya pasal


Awak nak tahu tak saya buat apa semalam?
Saya ambik cuti half day sebab cikgu anak saya talipon pagi semalam bagi tahu yang besok anak saya menyertai perarakan pakaian beragam di Stadium.

Pastu cikgu tu siap pesan sekali, " Puan, kalau boleh nak anak Puan pakai baju kebaya hijau"
Sikit lagi saya nak jadi incredible hulk. Tang manalah pulak aku nak korek kebaya hijau ni weh.

Kau ingat ni musim Raya ke Cikgu?

Nasib baiklahlah saya ni insan berhemah lagi. Kalau tak mau kena &^%*! Cikgu ni.
Hari Jemaat lepas awat tak nak habag. Kalau tak senang ler nak pergi mencari kebaya sampai ke Melaka ke......sabar jerlah.

Mencarilah semalam kebaya hijau. Dari Tesco ke Carrefour ke habislah semua kedai baju Kota Damansara tu kami jelajah. Tak jumpa di Kota Damansara, sampai ke Paya Jaras kami. You name it dari butik kecik-kecik, Bintang Fashion, kedai tepi jalan semua belasah singgah and tanya. Sampai dah tak laratlah nak angkut kaki lagi keluar masuk kereta.

Final dah....kalau tak jumpa jugak belasah jerlah Kakak pakai jerlah baju kaler apa-apa yang ada kat rumah. Nasib baikkkkkk.....jumpa kebaya hijau dekat The Store Rahman Putra.

Ada diskaun pulak tu and penting muat dengan Kakak. Terus ambik dan bayar tak cari dah kedai lain.


bukan baju sebenar.
Baju betul lupa nak ambik gambar sebab eksaited

Malam tadi pukul 10 terus tido sebab penat. Pengsan terus.....

Sayang anak punya pasal sampai hujung dunia pun akan ku carikan kebaya hijau.


P/S: semalam kena bawak iPhone balik to Maxis, phone kena reset to factory setting sebab phone tu buat perangai shut down sendiri =(

Monday, April 18, 2011

Empire Subang on Saturday

Selalu kalau pergi Subang Jaya lalu jeling-jeling jer Empire Gallery tu tapi Sabtu lepas first time jejak kaki. Nice cosy mall. Tak besar sangat tak kecik sangat lebih kurang macam size Topicana Mall tapi with more people. Bestlah lain kali boleh pergi lagi.


lunch dulu kat Teh Tarik Place

Teruja budak-budak sebab ada buaian      

                        Sempat camwhore dalam toilet tu

Budak kecik adrenaline junkie (tak tahulah perangai sapalah yang dia inherit) ni bila tau dalam Empire gallery ni ada the tallest indoor
slide terus dengan tak menyabar nak naik (actually more like turun). 5 tingkat tu, Mama yang cuak tengok.
Masuk Guinness World of Record tau slide ni.


Muka excited. Yang kelakarnya yang turun slide ni semua kanak-kanak.

Adik kata, "sekejap jer Mama tapi kepala terentak-terentak". Tak perlah Adik sekejap pun, Mama rasa Mama will puke if Mama go down the slides.


Adreneline junkie baby. Semua benda yang mencabar dan pelik-pelik semua dia nak buat. Fearless unlike her other siblings.

Finally dapat jugak merasa kek Red Velvet Whisk...yayyyy!!

kecik jer rupanya Whisk ni. Comel benar.


All I can say is that it is heavenly sedap. Cukup moist lemak semua.
Worthlah dengan harga dia RM11.++ (tak ingat exact price)

I will come again Empire...I promise =)

Friday, April 15, 2011

Nafsu gajah agaknya....

Tujuan asal ke 1U hari ini ialah untuk membayar bil telefon Maxis. Habis bayar bill Maxis mulalah gatal kaki tu nak menyinggah sana sini. Bahaya sungguhlah bila office sebelah 1U ni.
First stop beli buah. Selesai beli buah singgah gerai majalah....fine tak beli apa-apa majalah sebab fikir dah tengah bulan rugi beli majalah.

Nampak McDonald pulak....singgah. Beli Chicken McNugget walaupun tahu kat atas meja dalam ofis ada laksa Johor tapau pagi tadi. Betullah cakap orang, kalau perut lapar tu janganlah keluar shopping....bahaya. Keluar semua nafsu serakah.

Lalu depan Supermarket, hmmm...menyinggahlah jugak. Niat hati nak beli susu pekat saja last-last tengoklah sendiri apa yang terbeli sekali.

coklat Kit Kat (fikir anak-anak suka Kit Kat ni), M&M (tu sendiri gatal ikut nafsu),dentin, clorets, kopi Aik Cheong sepeket (tu untuk stok minum kat ofis....sedap)
dan tujuan asal 2 tin susu pekat.

Nampak tak pattern nafsu serakah dah keluar......mana nak hilang 5kg macam ni?



my lunch tapau pagi tadi dari restoran Puteri. Menangis sedap. Nak kena belajarlah buat laksa Johor ni. Ada tak orang Johor nak ajar?
Nampak tak kat belakang tu mcDonald dengan buah mangga.....
salahkan ekon ofis lagi...sejuk sangat jadinya perut cepat lapar.

My badly chapped lips

Ntah tak tahulah kenapa lately aircond office sejuk sangat. I have all these symptoms -
 lips very dry, red and swollen, small cracks, and peeling skin on the lips.It is extremely dry, stretching of the lips that causes large cracks, which is painful .



look at my sexy ugly chapped lips.
 I can't put on lipstick cause it'll look fugly and I keep pulling the dry skin.
Ouch!
Sakit tapi geram punya pasal.




I tried putting this but it still doesn't help to mosturize my lips.
Do you guys have any special/secret remedies for chapped lips...kongsilah.



- Posted using BlogPress from my iPhone

 

Thursday, April 14, 2011

So gorgeous


Gorgeous rite?!

I haven't lust for a watch for loooong time

Nak satu *wink* *wink*  ;)

Wednesday, April 13, 2011

Sg Buloh night market

All pictures are taken with my iPhones so don't expect a sharp pictures

Meruntun nafsu sungguh kalau pergi pasar malam ni sebab semua benda nak dibeli. Semua makanan nampak sedap.




ikan laga




more fishes




rabbits for RM25 each




















I heart durians unfortunately my hubby doesn't like durian at all...sedih.
So no chance to buy and eat at home



colorful toys

The night market is every Tuesday and Wenesday.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Lunch date






















Lunch date with BFF.

Spaghetti Marinara, tomato soup, salad and ice lemon tea

Thank you BFF belanja makan untuk belated birthday

- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin