Monday, January 31, 2011

Cuaca mendung semangat pun lemau

Semangat nak berblogging kurang sikit sehari dua ni. Dua hari hujan jerkan so semangat pun lemau jugak. Rasa macam Spring season pulak sebab sejuk jer so sedap nak berlingkar atas katil sambil tengok movie. Semalam dah belasah tengok 2 and half movie. I cry like a baby watching Life As We Know It. How two different individual have to learn to live with each other to raise their orphan best friends child. Tengoklah best sangat Katherine Hiegl and Josh Duhamel dalam this romantic comedy movie.

Then I watch Black Swan the one yang Natalie Portman berlakon nominated for Oscar and Producers and Writers Guild Awards.Serious movie, penat jugaklah I tengok movie ni sebab movie ni psychological thriller. But when she turn into the black swan I can really feel it. Not easy huh to be a ballerina. Watch Little Fockers sikit jer lepas tu cause dah mengantuk.

So today pergi bayar mana-mana bil yang patut. Surut sikit duit dalam bank hehehe.
Every month yang ada 31st , Baskin Robbins bagi diskaun 31%.
Guess where we were just now?


yup....eating my favorite World of Chocolate.Yummeh!

I leave you with this picture of a cat lover.
Kucing tak ada bulu pun suka....isykkk....

I think I am gonna sambung watch Little Fockers now under my comfortable comforter.
To all citizen of Wilayah Persekutuan....happy holidays =))

Saturday, January 29, 2011

Alhamdulillah dapat makan sedap

Tapi bengkok pinggang sebab keluar rumah pukul 10 pagi dan dah hampir pukul 9 malam pun tak sampai2 balik rumah.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop




Friday, January 28, 2011

Nak!


















Ini dah mengalahkan
orang pregnant. Bukan I yg preggie but my 45yr old collegue.

That's what we call rezeki!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday is here again

 
Assalamualaikum,
 
Muslimah gitukan...ambik berkat hari Jumaat. Pagi ni I had breakfast with hubby and the two girls. Dua-dua down with fever so dua-dua kena duduk rumah nenek derang. Adik demam balik semalam and her body penuh rashes and gatal-gatal. I dah letak calomine lotion semalam, hopefully dia oklah hari ni kalau tak I have to bring her to the clinic. My friend said it could be measles. Hopefully it's notlahkan sebab minggu depan long holiday.
 
I pun sekarang ni dah rasa tak sihat...batuk-batuk and hidung tersumbat. Malam tadi hidung tersumbat sanggup tak nak bangun makan ubat selsema sebab mengantuk punya pasal.
 
Weekend is around the corner....I am so damn happy. I hope to clean my house yang dah berabad tak mop tu. Semalam tengok bilik Kakak siap ada sawang belakang pintu....ayooo. Inilah akibatnya ibu berkarier yang tak ada helper kat rumah. Next week I'll only be working one day...yayyyy!!. Monday ambik annual, Tuesday cuti Hari Wilayah, Wednesday kerja sehari then the rest of the week Chinese New Year. I love....love...love February....anyway it's the month of love kan ;)
 
Did you my breakfast picture on top?. Sedap you all makan lontong pagi-pagi. Masih ku terasa...yum! Tengahari ni lunch briefing makan nasi lemak ayam Village Park ...oh em gee....gemuklah aku lagi =/
 
Wishing kepada yang bercuti seminggu next week....happy holidays. If you are travelling balik kampung atau kemana-mana destinasi please becareful and alert. Most importantly have fun!!
 

Thursday, January 27, 2011

Demam and Tipah Tertipu

Started my Thursday morning will bringing Kakak to the clinic. Budak tu muntah a few times. Turn out dia demam and tonsil dia bengkak.Paling tak syoknya doktor kasi Kakak semua ubat pil sebab doktor kata dia dah besar. My daughter is 11 this year....I duk ingat dia 10 lagi. Cepatnya anak saya membesar. So Kakak is now at her grandparents house. Biar Atok dengan Nenek dia pamper cucu kesayangan derang. Dulu masa dia kecik budak ni payah sungguh nak ajak balik rumah sebab dia nak tido bawah ketiak Atok dengan Nenek dia, kalau tak pun Mak Ngah dia...sampai siap I merajuk-merajuklah sebab anak tak nak balik rumah. Now nak suruh duduk rumah grandparents dia payahlah pulak.

Talk about the power of makeup. Tengoklah gambar minah kat bawah ni

cun kan...

tapi kalau remove all the makeup

the title of the email I got was 'After remove makeup her bf cries'....
kalau macam ni bukan jer boyfriend dia yang cry...I pun boleh meraung macam ni.
Lain gila tu.....boleh jadi kes tipah tertipu you


Alritelah nak sambung buat kerja....happy Thursday peeps. Tomorrow dah Jumaat =)

Wednesday, January 26, 2011

How to Burn Calories Without Exercise

To lose weight, a person must burn more calories than he or she consumes, but this isn't done only through exercise. Calories are burned while doing housework, reading and even sleeping, and the amount of calories burned during everyday activities can be increased if you know how.



1-Go to bed hungry. Instead of eating a late dinner or having a snack before bed, retire on an empty stomach. Your body has to burn some calories even while you're sleeping, and if there isn't any food in your stomach when you go to sleep, you'll wake up a little less fat than when you went to bed.



2-Drink ice water. You'll have to burn some calories to heat the cold water to body temperature. If you drink 8 glasses of ice water a day, you'll burn about 70 calories.



3-Fidget. Tapping your toes, drumming your fingers, doodling and even chewing gum all burn some calories. Ignore the advice of your parents and teachers, who wanted you to learn to sit still.



4-Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.



5-Eat spicy foods. Spices like cayenne pepper, cumin and curry have been shown to increase your metabolism for a few minutes after eating them, burning a few more calories than after eating bland foods.


6-Add protein, especially dairy foods, to your diet. This will keep your body from breaking down your muscles for the protein it needs, and the more muscle you have, the more calories you will burn.


Credit to http://kalorimakanan.blogdrive.com/


Oklah I nak pergi gelak banyak-banyak so akan membakar calory tanpa susah-susah nak bererobik...hahahaha....

Wordless Wednesday V2


cute things come in pink =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 25, 2011

Makan bubur selalunya tak mengenyangkan melainkan seperiuk

Kalau makan bubur mesti selalu kenyang sekejap sajakan tapi bubur Uncle Lim's @ The Curve ni sedap ada telur separuh masak sebiji dalam tu. My tummy ni lately tak boleh lambat makan mesti meragam ala-ala nak gastrik. Abis macam mana nak turun berat badan. Pagi tadi jer dah makan roti canai at Restoran Puteri TTDI. Roti canai cicah kuah kari memang syioklah. Itu pun ada hati nak tambah lagi sekeping.....nasib baik sedar diri.

sedap...sedap...sedap
bubur pun RM8...kalau buat sendiri kat rumah baru berapa ringgitkan
ni antara malas dengan rajin aja


budak ni semalam tak pergi sekolah sebab demam

tapi sempat lagi ambik gambar depan toy soldiers ni

Oklah nak sambung baca cerita Pasha dengan Jejai putus cinta  buat kerja yang penuh semeja ni.

Monday, January 24, 2011

Nasi Arab Kota Damansara

Dah pukul 4 baru habis audition, mau semua lapar lepas tu. So marilah kita cari makan pulak.

Tapi sebelum tu let me show you how the radio konti looks like (pada sesapa yang tak pernah tengok lagilah).


ni konti radio Cina...tak tau radio apa

ni pulak konti hot.fm tapi Kieran and the gang tak ada.
Tak taulah pulak DJ mana yang dalam konti tu.
I selalu dengar Hot.FM pun time Fafau, AG dengan Faizal jer early in the morning & time Kieran adinda kekanda petang-petang tu. Habis kerja balik rumah dah tak dengar dah radio.

tengoklah anak sapalah rupa tu...isyk...isykk..

Letih jugak fikir mana nak makan. So kita pusing-pusing area rumah kita jerlah.
So I suggested that we try Nasi Arab.
Nasi Arab ni berdepan dengan Giant Kota Damansara tak jauh dari Sekinchan Ikan Bakar.

First time makan kat sini so macam tak tau nak order apa.



end up kami order kebab daging. Tak ambik gambarlah pulak...lupa. Tapi sedapppp.
Ni pulak nasi herba dengan kambing size kecik. Tapi size kecik pun boleh makan 2 orang.
Kambing dia sedap, lerai-lerai dagingnya. Tetiba rindu nak makan kat Tarbush....

Rate overall...ok...ok jerlah Nasi Arab ni to me lah ya. Lain orang lain seleranya.

Fuhh mata mengantuknya. Pagi semalam haru betullah.....I bukak-bukak mata terus nampak jam pukul 7.30pagi. Apalagi melompatlah atas katil sebab dah terang and I ingat I dah lambat pergi kerja dan budak-budak lambat pergi sekolah. Sekali hari Ahad daaaaa.....buat suspen jer.

Adik pergi audition

Sabtu lepas anak dara saya yang kecik tu pergi audition at Sri Pentas. Audition untuk TV3 Kids Talent.

Dari pukul 10 lebih almost pukul 11 kami bertunggu tangga kat Sri Pentas sampai pukul 4 petang. Adik peserta no 18, so bayangkanlah berapa lama kami kena tunggu. Penat dan bosan jangan cakaplah.

Hari Sabtu lepas ada audition untuk Mentor 5. Ramai jugak budak-budak yang datang audition. Rata-rata guys...tapi semua suara sedap-sedap masa dengar derang praktis kat luar audition room.

20 years back I pernah jugak datang audition untuk pengacara TV3. Masa tu memang ramailah datang cuba nasib sampai beratur panjanglah. I ingat lagi I kena baca macam pembaca berita tu. Tu lagilah haru sebab pergi audition pagi tapi I yang paling last sekali keluar lepas a few saringan sebab masa tu derang kata bagi chance kat awek-awek lain jalan dulu sebab rumah I paling dekat.

Memang tak aci sungguhlah. Pergi audition dengan my ex-classmate masa tu. Tapi dia tak lepas saringan so melangutlah I sorang-sorang sampai dekat pukul 12malam. Sampai kena call my mumlah datang ambik...takkan nak jalan kaki balik rumah gelap-gelap sorang-sorang kot. I ingat lagi masa tu I tak bawak my resume sebab datang audition main terjah jer masa tu. Disebabkan kira macam I antara yang final 10 masa tu, Aziz Desa suruh I pass resume I pagi-pagi kat Pak Guard. Nanti Pak Guard akan pass kan resume I kat dia...wallahualam resume I tu sampai ke tidak. Mungkinkah sebab tu I tak dapat jadi presenter TV3...kalau tak glamer I you hahahaha! Tapi sekarang kerja dekat dengan bangunan TV3 jerlah....kena tempias jerlah hehehe....

Back to cerita anak bertuah saya yang beria-ia ni.


anak yang ni jer yang berani
kalau Abang atau Kakak jangan haraplah

kasut Mama lagi comel =P

Penat wehhh tunggu turn
Kalau dia dah besar memang I tinggalkan jer =P


masa ni tengah audition
krew ajar apa nak cakap

anak saya terus jadi keras kejung
nerbes kot

derang ada bagi buku suruh baca so the child ada
bahan nak cerita



kami-kami ni kenalah cari entertainment sendiri....
buatlah apa-apa yang patut untuk menghilangkan kebosanan




My baby didn't get it sebab tetiba anak saya jadi camera shy.
Ayah dia tukang gelak kat anak dia sebab buat bunyi harimau dah jadi macam bunyi kucing tak makan sebulan. Tak ada semangat langsung.


But the most important thing is the experience. At least she wants to give it a try. So as parents we have to nurture of childrens passion and interest. Betul tak?


Patutnya I pergi audition Mentor 5 sekalilah hari tu =P
Ohh tidak....nanti ribut Sri Pentas!

Friday, January 21, 2011

Surat cinta bersebab

Anak bungsu saya ni Isnin lepas balik rumah muka panik gila macam nak nangis.
Rupanya dia dah terlanggar kereta orang sampai pecah lampu belakang dengan basikal dia.

Apalagi kena bebellah dengan I sebab I dah pesan suruh main basikal kat dalam taman saja. Tapi budak kecik ni degil tak dengar cakap. Makanya jadi macam tu lah.

I suruh dia call cakap sendiri dengan ayah dia apa yang dia dah buat. Sah-sahlah kena ganti lampu kereta orang. Miracle sungguh ayah dia relax jer dan tak marah langsung anak dia. I yang lebih sampai nak grounded anak. Mungkin jugak ayahnya dah tau yang brek basikal anak dia tak makan dan anak dia merayu-rayu nak basikal baru tapi tak dibeli lagi.

Ayah dia redha jerlah ganti lampu kereta orang. Melayang RM180. Itulah duit RM180 tu boleh beli basikal satu kat anak instead of bayar kerugian orang. Lain kali jangan kedekut dengan anak =P

2 hari lepas si kecik tampal surat cinta kat pintu bilik kami



tang " Ayah masak sampai ada hitam" tu I no komen hahaha

Anak...hai....anak......nak marah kadang-kadang pun tak jadi sebab cair hati kena puji.


TGIF

Thank you God as it is already friday


as I have tons of work to do ='(

Nevermind...weekend are just around the corner *positif note babe...kalau tak mau tension*

Thursday, January 20, 2011

School magazines pictures

Do you still keep your school magazine?. I punya dari form 1 sampai form 5 jer yang ada. Sekolah rendah punya semua dah hilang. Dapat tengok class pictures masa sekolah rendah pun dari hasil tag kawan-kawan post gambar at their facebook. Nasib baik jugaklah ada facebook kalau tak memang tak dapat langsunglah tengok muka time keriangan kanak-kanak ribena.



School pictures
this is my class picture when I was in form 3.
Semua ambik gambar baik jer. Semua duk tahan
nafas duduk dengan
 berdiri tegak.
*hi classmates...miss u crazy people*
 

ni pulak masa I form 4. Dah macam batang
kayu semua
tegak jer
Pengawas sekolah kenalah berdisiplin =P
 BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Actually yesterday Adik bawak balik magazine sekolah dia. Alahai beza sangat cara budak-budak tahun 2010 ambik gambar kelas dengan budak zaman 1990an. Clearly they were having fun compared to my rigid year class photo.



gambar tak clear. Tapi budak-budak ni siap tangkap gambar buat lambang peace semua.
Seronok tengok.
Kalau dulu boleh ambik gambar macam ni, sah-sah gambar tanduk semua keluar.

even the teachers had fun.
Gelak I tengok gambar cikgu-cikgu semua.
I miss my classmates and my schooling time. I had so much fun.
Rindunya....

Ubat allergy dan Thaipusam

Salahkan ubat allergy






yang menyebabkan I woke up at 11am and making me sleepy again.

Happy Thaipusam. I tot that satu Malaysia cuti, rupanya tidak ya. So I guess it's not a 1Malaysia cutilah ya. Tapi yang penting I cuti hari ni. Saya nak pergi tidur balik.

Bye!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 19, 2011

Camera+ & Panoramatic 360

Tak mau cerita pasal makan lagilah walaupun semalam makan kat Ghulam Mee lagi.

Nasi ayam you, kulit udang tu sebab Abang tak makan udang kueyteow dia
...ehh cerita jugak ya =P

Mehlah kita cerita pasal apps kat dalam iPhone I.

Apps ni cool cool sangat bagi orang yang suka ambik gambar macam I

Semalam masa boring-boring tunggu budak-budak ni makan, I played around with my iPhone.

The picture below is a few picture stitch together using an iPhone app Panoramatic 360.

so as you can see there's two pictures of Abang in the same frame. That's because I took two different picture and stitch it together.

I still need to do much exploring but cool kan...


Gambar nasi ayam I ni, I guna app Camera+

Kalau ambik gambar biasa jer, warna gambar takkan outstanding macam ni. So I guna flash masa edit the photo.

Below I ada screen capture a few pictures nak tunjuk the difference without editing and after editing using Camera+

this one without any editing done on the picture

this one after using the flash edit function

this one is using the food edit function

Apps ni memang bestlah sebab boleh edit in the Lightbox.

You can change the scenes, adjust  left right etc, boleh crop, boleh buat effect macam Color..retro and you can also add borders to your picture.

So if you like to do varieties to your pictures, these two apps is so awesome (to me lahkan...orang lain tak taulah)


ni anak dara saya yang suka makan laksa tu. This I use the food edit function.

So happy trying =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin