Wednesday, March 31, 2010

Dialog dua beradik




Budak dua orang ni memang suka bergaduh macam anjing dengan kucing.

Orang tua-tua punya petua kalau tak nak bagi anak-anak bercakar dengan satu sama lain, rendam pusat derang yang dah tertanggal tu dalam air dan bagi minum. Masalahnya tak boleh nak uji kemujarabannya sebab tak simpan pusat derang.

Antara dialog dalam kereta semalam


Adik: Abang ni pondanlah

Abang: Taklah...Abang jantan!!


LOL !!!

Tuesday, March 30, 2010

Why am I craving so much for food

No saya tak pregnant...saya cuma crave nak makan macam-macam.
Mulut rasa macam nak makan saja.....lusting for food.
Teruk ni...especially bila ada kawan yang sama naik suka makan macam-macam. Kalau korang sedar, blog ni penuh dengan gambar makanan,kan.


petang semalam, I makan Sheperd's pie kat Secret Recepi. Actually ada Lamb Shank sekali tapi tak jumpalah pulak gambar dalam phone tu. Next time no more ordering lamb from SR sebab rasa kambing. Nak makan kambing kena pergi Tarbush sahaja...baru enak.


Popia ni makan kat foofcourt Alamanda on Sunday. Popia inti chicken and cheese dengan popia inti udang. Sedapppp...

Pagi semalam tetiba craving for nasi lemak ayam goreng. Tengahari terus pergi tapau kat Toast & Coffee. Makan dengan tangan....nikmat. Bau sambal melekat sampai petang tapi nikmat

Ni gambar bila pulak ehh...lupa kejap. Tapi kat SR semalam minum air macam ni jugak. Macamana nak kurus ni wehhh ='(
Nasi ayam for the kids, which I makan sesudu dua, popia goreng and roti bakar and telur separuh masak @ foodcourt Alamanda.

Makan...makan...makan.....bila nak kurus ni

Saturday, March 27, 2010

Girls nite out

I am always looking forward to karaoke nite with the girls. Seronok kalau pergi karaoke lepas stress melalak dalam bilik tu walaupun suara masing-masing boleh panggil katak datang =)
We book the room from pukul 6 petang sampai 9 malam...nyanyilah puas-puas.

Sheema tengah feel..I sibuk makan...crab...mesti balun banyak-banyak baru worth paying for it

perempuan ni makan lagi banyak, bersusun pinggan depan dia sebenarnya. Tapi dia makan banyak macamana pun badan kecik macam tu jugak


yum...yum

Lepas dah puas semua melalak sampai lagu Awie, Wings, Search, KRU pun dibalunnya...cari tempat lepak lain pulak. Cuci mata kat The Curve ni memang bestlah.

So off we went to Chocolate Lounge sambung lepak




Tak ingat apa ntah nama drinks ni...too much coco for me. Me and my karaoke partner sentiasa. Partner cuci mata orang lalu lalang.

Perempuan dua orang ni dah makan banyak buffet pun, boleh makan lagi waffles lepas tu.
Tak taulah makanan tu semua pergi mana


T-shirt baru kompeni, dah rupa macam nak main bola dah


Me with my besties

Rupa-rupanya the girls belanja I sempena my birthday.
Terima Kasih girls...it was a fun nite. Gelak sampai tak ingat dunia.

Friday, March 26, 2010

Friday....love

Tonight is

KARAOKE NIGHT

with the girls

but unfortunately my bosy rasa tak sihat lagi....


macamana nak karaoke ni? ...hmmm......

Thursday, March 25, 2010

Ohh Pullman

Malam yang pergi tengok hot air balloon tu, balik kami saja jalan ikut jalan jauh.
Sekali terlalu...ter ya....terlalu kat Pullman Putrajaya. Ohhh inilah dianya rupanya Pullman Putrajaya ni. Asyik dengar orang sebut-sebut Pullman tapi tak tau kat mana and tak tahu rupanya macamana.


ini bukan Pullman tapi Putrajaya Convention Centre


Pintu gerbang masuk ke Pullman

kalau siang agaknya mesti lagi lawakan

jakun....drive masuk sampai lobi semata-mata nak ambik gambar tulisan Pullman Putrajaya ni

Lain kali nak pergi siang-sianglah tengok apa yang menariknya Pullman ni.

Anyway, tuan punya blog tak sihat....lemahnya rasa badan. =(

Wednesday, March 24, 2010

School holiday trip to Genting

Last week budak-budakkan cuti seminggu cuti sekolah
kesian tengok derang tak berjalan mana-mana cuti sekolah ni so I pun ambik a day off, bawak derang berlibur kat Genting. Surprisingly tak ramai orang last friday. Tak payah nak beratur lama-lama untuk main games semua.

first ride of the day, the spinning cup.
Note to self: Lain kali jangan naik lagi sebab rasa nak pitam.
Pening kepala giler naik benda ni, sampai ada rasa nak jerit suruh operator tu stopkan benda alah ni sebab I feel like fainting already

budak kecik ni sukalah spin-spin cawan tu tapi mama dia dah rasa macam nak termuntah



Adik dah tak nak naik dengan Mama sebab Mama no fun. Dia nak naik dengan abang dia...see how much they were having fun




Jumbo ride....Abang tak nak naik sebab dia kata kiddy ride =)



our own in house version of American Top Model =)
Kalau bab-bab posing bagi kat Kakak, dia memang terrer


I am so happy that she enjoyed herself. Beratur lama pun dia sanggup sebab nak main water ride ni.



Tetiba teringat zaman dating dengan hubby dulu, naik carousel kat Six Flags Houston =)


Berry's chocolate factory, sibuk budak-budak ni nak masuk. Bukannya ada apa sangat pun, tapi ayah derang sempat kena pau jugak kat dalam ni


Berapa kali dia naik carousel ride ni?
3-4 kali, dia naik sorang-sorang. Orang lain semua dah penat duduk, dia nak naik lagi ride ni.


Mee kari and nasi rendang ayam Old Town Kopitiam tetiba jadi sedap sesangat sebab masing-masing perut dah kelaparan pukul 3.30 petang.

Kalau tak dah ke Penang kami tapi Sabtu ayah budak-budak ni ada seminar sehari so terpaksalah kami semua libur dekat-dekat saja.

Tuesday, March 23, 2010

IT ONLY COMES ONCE A YEAR

What can I say...I'm vain

well it's my birthday today.
Thanks hubby for taking me out for birthday dinner last nite.

Monday, March 22, 2010

Hot air balloon, marching bands and fireworks...what more can I ask for

Sabtu lepas actually plan nak pergi tengok hot air balloon kat Putrajaya siang. Tapi balik dari One Utama hari tu semua dah flat penat. So pukul 6.45ptg baru bertolak pergi Putrajaya.
Jam giler kat Putrajaya tu, segala manusia ada hari tu nak tengok hot air balloon tu.
Worth the jamlah sebab cantik sangat hot air balloon tu malam-malam. Ada marching bands lagi and pertunjukan bunga api. Panas bersesak-sesak dengan manusia pun tak apa sebab enjoylah tengok hot air balloon tu. Tahun depan nak pergi tengok sianglah pulak kalau ada lagilah Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta ni.

DSC04079
DSC04087

we had to move to few places to capture the pictures. Nak cari angle yang elok bukan senang sebab ramai sangat manusia.

DSC04093

I was sweating sebab panas. Itulah gatal pergi pakai baju tebal-tebal.

IMG_0055
IMG_0081
the person who enjoyed most was Adik

IMG_0119
IMG_0123

pertunjukan bunga api...semua orang macam tak pernah tengok pulak bunga apikan

IMG_0139
see punyalah ramai orang...segenap penjuru ada manusia

IMG_0154
IMG_0156

budak kecik ni kalau tak pau something memang tak sah. Selagi tak dapat selagi tu lah dia buat perangai. Nasib baiklah ayah dia layankan perangai dia....kalau mama dia...no way baby.


Looking forward to next year fiesta. Lain kali nak keluar awal so boleh cari spot yang cun.

Sunday, March 21, 2010

Shopping frenzy

I went a little crazy this week....shopping frenzy.
There's a reason actually I went a little bit overboard.
Ada dinner next week so tak ada baju nak pakai so beli yang mana berkenan then mix and match.

black top from Nichii



top from a boutique in One Utama name Treats, skirt mmg dah lama ada. So only the top is new

a dress from 18 to 80 in One Utama too

I know which one to wear already. Nanti bila I pakai I'll show you guys ok.

Time to relax my feet. Ikut suami yang fickle minded shopping adalah sangat memenatkan badan....adoi.....habis new wing dengan old wing pusing nak cari shirt sehelai untuk dia.

Good weekend for me and family.

Artis follow I on twitter you

Fazura request to follow me on Twitter. Macam tak percaya den dibueknyo....see sampai tertukar slang.

I did follow a few celebs on their twitter macam Awal Asyaari, Scha Al Yahya and Nur Fazura, takat 3 ni jerlah. Sebenarnya my twitter account tu tak active sangat sebab malas nak log-in twitter tu. Lagi pun baca blog orang lagi interesting boleh tengok gambar-gambar.

Tapi apa-apa pun...excited dan bersemangat pulak lepas ni nak update my twitter status sebab Fazura follow I , you. Semangat... =P

Saturday, March 20, 2010

Belon...belon...belon

picture courtesy of Google

Nanti later bila I free I will blog about our Genting trip

but now I'm getting ready to go see hot air balloon at Putrajaya

Here is the link if you are interested to know more about it


if you see me there, jangan lupa tegur ok...buhbyeee!!!

Friday, March 19, 2010

Where did we end up today?

We woke up still undecided where to take the kids today.
Either Genting or Sunway Lagoon.
Genting...cold....nice
Sunway Lagoon....hot....crowded


We ended up here today


more pictures and a longer story another day perhaps. I'm still tired with all the paddling and walking. We just came home about 2 hours ago...everybody damn beat tired but contented.

Family day, everybody happy.

Gotta catch some rest and zzz

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin