Wednesday, September 30, 2009

Tsunami alert?

did u guys feel it just now?

my house mirrors were swaying....

I thought I was dizzy because I had too much nescafe today

but boy was I wrong, when I went into my bathroom, my toilet bowl were swaying too..felt like I was inside a boat


I wasn't the one who felt it...a lot my friends fb status also said they felt it

please becareful okay people

it seems that there's a tremor in Sumatera and a tsunami alert has been issued


Gempa bumi: Amaran tsunami dikeluarkan
30/09/2009 6:58pm
JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.
Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.
Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.
Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.
Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini. - AP

Ubat boring

ubat boring senang jer.....

SHOPPING!!

walaupun tak sampai RM30.....yang penting hati puas =)

Boring

Boring tahap mereng ball bearing dah ni

tolonglah sapa-sapa hiburkanlah hati saya ni

Hmmm......




Sigh!

hati tengah gundah gulana.....whylahkan.....why? sendiri kena jawaplah....

Tuesday, September 29, 2009

Muka monyok anakku

Ini dia muka budak yang merengek tak sihat lagi
tonsil bengkak lagi....sorry baby but Mama gotta work =(
sebab Mama kan dah cuti seminggu

pagi ni dia bangun merengek tak nak pergi sekolah tapi big boss rumah ni (ayah dia ler) kata kena pergi jugak....
Kesian baby Mama.....muahhh.......I love you Adik.


Gambar tak ada motif


Apa motif tunjuk gambar-gambar ni ya?
Tak ada motif sebenarnya....
tapi nak bagitau....
susahnya nak ambik gambar sendiri guna iPhone ni
dulu guna N95 senang jer nak ambik gambar sendiri...ni siap gambar blur-blur lagi...
tu jer nak bagitau sebenarnya.....tadaaaa

Sibuk

Saya tengah sibuk

Sibuk layan kawan-kawan kat fb yang baru agaknya tengok gambar masa kat college dulu-dulu

Only my college mates can see these pictures kerana muka saya adalah sangat poyo masa tu...since they've seen my poyo face before, I tak kisah sangatlahkan =)

dan jugak sibuk cari nama baby on the way mamat ini lagi...

kalau dapat anak perempuan bro ....letak nama I ok =)

I jadi godmother anak u...free supply of ice-cream for life.

Ok...babai sibuk nak menyibukkan diri =)

Monday, September 28, 2009

Party Raya Office

My eyes are soooo sleepy right now after all the lemang, rendang and sate.
Kalau dekat rumah ni sah-sah ler dah tidur ni. Ni pun dah tersengguk-sengguk kat meja ni, menahan mengantuk.
Salah satu cara nak hilangkan mengantuk ialah dengan dengar lagu kuat-kuat guna headphone tapi kalau sapa-sapa yang call and I tak angkat tu, nasib lerkan. Sambil-sambil tu melayan mamat ni berchatting...thank you bro sebab layan sis u ni....or else I'll be sleeping on my desk. (Bro, I think if u delete somebody from your fb, eventually they would knowlah)

Back to my office raya party. My office ada party raya hari ni. Makan sampai perut nak meletup.
Ke laut dah semua diet bulan puasa tu.

photographer free for the day

Mata mengantukkan....so korang tengok gambar sajalah ya. I malas nak tulis caption, acikan =)

ada ker lemang rebus? According to my collegue ada...hmm....puzzle...
but this lemang is delicious ( the reason my eyes sooo sleepy)

sate yang dibelanja boss...thank you boss....ermmm...where's my duit raya







damn...I got double chin.....hmm....kena puasa lagi sebulan ni....
the colorful us with our baju raya...hijau, oren,black & another green.

meriah...setahun sekali jer pun nak buat makan-makan macam ni kan

my favourite picture cause half of my body is hidden. So nampak macam kuruslah....hahaha


hmmm....what did I help? Oh ya....makannn








when is the next raya party boss? Deepavali? One Malaysia kan...
4 departments combine buat party raya, department2 lain tu pandai-pandailah buat sendirikan.
Meriah dengan makanan.


My baju raya the first time I pakai, memang kira baju raya sungguhlah ni.

Ok back to work.....kerja banyak sibuk nak berbloggingkan. Layan mata mengantuk jer ni dan kebosanan.


Back to normal

I'm back to my normal routine
Pagi jam dah bunyi 6.15am tapi I snooze for another 10 minutes
Inilah akibatnya kalau hari-hari bangun lewat masa cuti
but today was an easy day cause when I woke up the kids were already up, tak payah nak kena menjerit kejutkan derang, kalau tak biasanya liat nak bangun pagi
the must've missed school so much =D or dah tak larat tengok muka mama derang for a week...hehehe

Driving to work and stuck in the jam
sometimes I wish I have someone to drive me to work so I have the extra minute to sleep in the car
or at least finish a few pages of the New Moon book I'm reading rite now
couldn't seem to finish it cause too much interruption
baru nak pegang buku jer dah ada yang nak makanlah, nak tidurlah, nak manja-manjalah.....bilalah nak habis buku tu

I'm having a slight migraine right now. Bukak email pagi-pagi jer even before office hours starts dah ada problem yang kena solve. How I wish I'm still in bed at home right now....zzzz. Nampak sangat macam tak nak pergi kerja cause I totally forgot to bring my office door tag today. Nampaknya kena menyusahkan oranglah hari ni...

Welcome back people to the reality world....apa lagi pergilah kerja

Selamat Bekerja.....I'm more like looking forward to the party raya in the afternoon

Nota kaki kepada perempuan ini : terima kasih diatas kiriman sms kau pagi-pagi tu ya. Saja nak sakitkan hati aku ya....ya aku kena kerja....sob...sob...pergilah kau sambung balik tido kau tu. Aku tau ler kau lady of leisure.....aku jelessss bangat!!!

Saya mengaku

Saya redhalah memang dah ketentuan alam.....
memang tak dapat nak larilah
buatlah macamana pun....sure akan datang jugak time tu

Hari tu....just recently jumpa satu. Masa tu duk fikir...hmm...ni mesti sebab dok fikir masalah kawan-kawan

Tu yang keluar agaknya.....

Tapi semalam...nak cerita sedih ni......

jumpa lagi satu.......

Tak taulah nak happy ke...nak sedih ker......

happy sebab makin matured....sedih sebab makin matured jugak....

I found uban....

Oklah saya mengaku saya dah tua....sob...sob.....

Sunday, September 27, 2009

Tonsil bengkak

dah dua hari Adik compalin sakit tekak so hari ni bawaklah dia jumpa doktor
rupa-rupanya tonsil dia bengkak
I know sakit kalau tonsil bengkak ni
I pernah kena tonsil I flare up so bad that I had to be hospitalised for 3 days at Damansara Specialist. Almostlah jugak nak kena operate buang tonsil. Sungguhlah menyakitkan dan menakutkan.
Sakit sebab kena masuk ubat through urat kat tangan. Painful gila ok, menakutkan sebab fikir nak kena operate tapi alhamdulillah my tonsil mengecut.
Hopefully tonsil Adik wont be as bad as mine kalau tak sah-sah kena buang jugak tu.
Inilah akibatnya Raya banyak sangat minum ais dan aiskrimkan.

Hmm.....besok dah kerja. Besok ada party Raya kat ofis. Makanlah lagi nampaknya.

Wayang raya

Orang lain sibuk beraya, kami sibuk bawak anak pergi tengok wayang raya

pergilah tengok G Force

kelakar sangat, the kids will love it

kalau GSC penuh, pergilah tengok kat TGV....TGV banyak seats kosong lagi semalam compared to GSC yang macam pisang goreng panas cepat jer habis

macam kami yang sanggup jalan dari GSC ke TGV sebab nak jugak tengok wayang (kes desperate nak tengok wayang)

kalau mak I taulah kitaorang pergi tengok wayang mesti sah-sah kena bebel...mana taknya dia sibuk ajak pi beraya, kitaorang sibuk tengok wayang. Don't tell my mummy aaahhh....Shhhhh!!!!

I leave you with a youtube clip from the GForce theme song bebeh....babaii...

Saturday, September 26, 2009

Kucing sana sini

Mana-mana pergi yang budak-budak ni cari mesti KUCING
Nampak gayanya yang glamer musim raya ni ialah kucing sebab itu yang derang tuju dulu.

Abang kalau jumpa kucing, tak makan pun tak apa

kittens especially are famous with my kids and niece and nephew


besar gila ok kucing tok sedara I ni. Dalam gambar ni nampak kecik tapi in real life besar anjing ada kot....(hmm...am I exaggerating?)


kucing persian pun popular jugak dengan budak-budak ni...


kucing my cousin ni pun besar macam anak anjing jugak....besarnyalah kucing-kucing ni semua


hahaha...dia kena banned dari masuk rumah. Duduklah kat luar tu...


hmmm.....tak lama lagi dua anak kucing kat rumah
tu pun akan besar....time for me to keep all my crystal vase. Ingat dah habis dah
period menyimpan barang-barang berharga tapi bila dah start bela kucing ni nampaknya kenalah simpan balik dalam almari.

Balang kuih I dah pecah dah sebijik sebab salah sekor antara dua budak nakal tu dah panjat atas meja makan.

Sabar jerlah......nasib baiklah Mama derang ni marah kejap jer.

Anyway, sekejap jerkan dah nak seminggu raya. Cepatnya.....


Friday, September 25, 2009

My old album and pictures

Semalam masa balik rumah my mom, I naik pergi my old room.
Dekat my study table I found my old album. Ada lagi rupanya album ni...suka sangat. Tapi yang tak sukanya gambar dengan ex yang dah berpatah arang berkerat rotan pun ada ...ingatkan dah habis koyak semua =(
Gambar dari umur belas-belas masa sekolah menengah and album dari masa I kecik-kecik.
Unfortunately, my home scanner rosak so tak bolehlah nak scan gambar-gambar tu semua.

Tapi disebabkan bersemangat nak tunjuk (mms) kat kawan-kawan gambar-gambar lama ni, makanya snap jugaklah guna kamera.


ni gambar at my classmates birthday party when we were 15yrs old....coollah tu konon posing atas tembok rumah member

ni malam PIBG sekolah lepas buat performance. Berbunga jugaklah hati masa ni sebab minat dengan guy yang sebelah I tu...kuang...kuang...kuang

alah ni zaman Rick Ashley....tapi poyo gila muka I masa ni.


Nanti I dah jumpa scanner I bubuh lagi gambar ya.....eee.....syoknya ingat zaman-zaman muda remaja dulu. Macam nak 16 sentiasa jer

Thursday, September 24, 2009

Sambung lagi you all.....yippeeee


I feel like dancing rite now cause my boss just called me (actually I call him back after 3 miss calls) to tell me that besok I tak payah masuk office sebab dia akan masuk office tomorrow.

Yabbedaaaa beddoooooo....mak cuti lagi besok u'olls....jangan jelessss....

(me and my bos cannot go on leave stimulously cause tak ada sapa nak jaga office kalau problem arise)

I keep mine on a long leash, unlike her =)

I know it's still hari raya but you guys would just have to see this youtube clip

hahahaha....xtreme gila ok

bayangkan kalau semua girlfriend2 dalam dunia ni yang jeles gila buat macam ni...hahaha

go see first the you'll understand =)

kepada yang sedang bercinta atau yang dah berkahwin tapi jeles banyak

janganlah pulak youtube ni jadi inspirasi anda...hahahaha

Wednesday, September 23, 2009

Gambar sekitar Aidilfitri 2009


Ini antara gambar-gambar sekitar Aidilfitri 2009.
First raya after rumah my parents, kami sekeluarga berangkat ke Melaka

to my visit my father's relative.
Raya kedua pulak balik ke Bentong, Pahang to my mother's side of the family. Routine biasa hari raya.

Rumah MIL dah kawtim malam raya tu sebab dekat Gombak nun jer.
MIL ku dah faham sangat routine raya kami ni. Kadang-kadang kesian jugak kat dia sebab mesti dia nak raya dengan anak dan cucu diakan on the first raya.

I sebenarnya tak kisah raya kat mana as long as I'm with my family.

So korang tengok jerlah ya gambar-gambar sempena raya kami ni. (tak mengikut susunan ya gambar-gambar ni)

1st house beraya dah jumpa semua sedara mara dan sepupu-sepupu kat sini.
The good thing is that can skip a few houses....hehehe

nenek sibuk masak rendang, cucu sibuk main bunga api, Mama sibuk facebooking dan ambik gambar di malam raya =D



that's my 38 days niece.....budak kecik tu pun beraya. Omaknya tak sedar diri masih dalam pantang nak makan macam-macam


Adik...baik-baik main bunga api. Terbakar rumah nenek (MIL) tak raya kita kang



me and my handsome boy



Mak Ngah ....mana duit raya Kakak?

tahun ni sepatutnya kami semua raya dengan my parents tapi my sister kena beraya belah in-laws dia pulak sebab in-laws dia dah hint2 cucu tarak sebab kakak ipar dia sekeluarga raya Kelantan rumah PIL




3 generations in this picture (4 actually if include me who took the picture)
That's my late grandmother's brother, my dad and my kids
dulu masa kami adik beradik kecik-kecik kalau raya rumah Atok Minyak (kami panggil Atok minyak sebab he owns a petrol station) ni paling kurang pun bagi kami sorang RM50 (makcik kayolah time tu =) )

hmmm....anak-anak saya sudah nak menghabiskan kuih raya saya.
Orang tak mai lagi depa dah nak habiskan kuih raya omaknya. Sabar jerlah


seperti biasa tuan punya blog cam whoring =)


banyak gila kuih raya rumah Mak Ngah saya ni. Tapi malangnya tahun ni tak dapat makan laksa Johor sebab sepupu I raya rumah mak mertua dia kat Kelantan....huwaaaa

Nak laksa Johor....nak jugak......

Itu jerlah gambar. Nanti I rajin I upload lagi.

Ni nak pi buat kerja rumah sat....banyak pinggan mangkuk nak kena basuh...kawan-kawan anak mai beraya. Sebenarnya nak kutip duit raya jer bebudak tu kan =)

Pukul 1 pagi....


Dah tido ke?

I belum lagi...sibuk berfacebooking and berYM.

Malangnya manusia yang I sibuk berYM tu tiba-tiba jer senyap....dah pengsanlah tu agaknya. Nak buzz kang terkejutlah pulak member dari mimpi yang indahkan.


I baru lepas makan lemang dan rendang tengah-tengah malam ni

Sebelum tu melantak makan serunding daging dengan air oren

Sah-sahlah naik balik badan....sia-sia jer hilang 3 kilo masa bulan puasa tu


Makan tak ingat dunia.....


Rasa macam sekejap jer dah 3 hari rayakan...time flies so fast


Oklah nak tido sebenarnya nak berfacebooking lagi sebab budak kecik yang banyak duit raya ni tak tido lagi. Sibuk nak baca apa yang Mama dia tulis.



Good nite you all...besok kita raya lagi ya. Makan banyak-banyak lepas tu kita puasa 6 ya =)

terima kasih ya dik Layla....dah 3 raya baru datang kutip kad raya =)

Selamat Hari Raya

Tuesday, September 22, 2009

Duit Raya


Adik dengan Kakak dapat banyak duit raya
Yayyyyy!!!!!......
boleh belanja Mama pizza hut....hehehehe

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri hari ke - 2

that's us yesterday (tema tahun ni...caca marba)
Sekarang kami semua tengah pengsan sebab kepenatan dan kekeyangan
besok sambung balik pergi beraya =)

Sunday, September 20, 2009

Alhamdulillah

Sengkak perut makan ketupat dan perut banyak sangat. It's still not over.Got another house to go before heading home. Alhamdulillah kekeyangan.

Cousins

Wow first house and i have already saw all my cousins. :)


P/S: Actually this is my first attempt updating my blog using my iPhone Blogwriter rLite
Verdict....not bad though I can't insert a picture. What can I expect from a free software rite.....nak yang boleh letak gambar kena purchaselah.

Saturday, September 19, 2009

Nak pengsan

Saya sedang kepengsanan kerana kepenatan membuat kerja rumah


Sorang-sorang.....


Selamat Hari Raya....iftar lagi berapa jam jer lagi...saya akan berbuka dirumah ibu mertuaku dan takbir sekali

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


I mengaku tahun ni my raya mood off sikit. Tak taulah kenapa.


Mungkin sebab tak rasa meriah sangat compare to previous years.


Dulu office kat KL rasa macam meriah sangat (meriah sangatlah hari-hari stress sebab jam nak balik rumah sampai kekadang kena bukak puasa dalam kereta sebab tak sempat sampai)


Office kat PJ ni tak terasa pulak kemeriahan hari raya sebab tak nampak langsung deco hari raya bergantungan.


Tak ada mood tak ada mood pun, baru ku tersedar baju raya ku 6 pasang ....sapa nak jawap tu.

Anak perempuan 2 orang tu 8 pasang sorang


Anak lelaki 3 pasang. Pompuan mestilah nak lebihkan seperti biasa

Bapak budak sibuk beli kasut baru sampai 2 pasang, baju semua dia tak kisah. Suruh beli baju baru dia tak nak sebab dia kata pakai baju melayu setahun sekali


Mari kita lihat my raya checklist dah cukup tak?




kuih raya.


Check.


Ada 5 jenis kuih raya and 2 kerepek-kerepek


Duit raya


check


siap dah duit raya untuk anak-anak buah dengan anak-anak sedara lain.


Duit raya tuk mak pak nanti later cucuk ATM lah....takkan nak bagi duit RM5 kotkan


Ohh...nak tunjuk tahun ni I dapat 3 keping jer kad raya.....ni yang syahdu ni.

Hantar kat raya kat pesbuk tak bestlah. I want the real kad raya.

Hantar duit raya kat pesbuk pun tak acilah. Cuba bagi duit betul-betul. Boleh ku shopping raya lagi



Anyway dikesempatan ini I on behalf of my family too

would like to wish you all semua

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga

have a joyous raya with your love ones

drive carefully and makan berpada =)



P/S: Saya nak pergi shopping kasut raya kat One Utama Charles & Keith today....ada sapa2 nak ikut =)

Thursday, September 17, 2009

Lihatlah mataku yang grey

My whole life I tak pernah pakai contact lense.
I tried a few times to wear color contacts but selalu tak berani nak masukkan the contacts dalam mata.
Bila dekat jer macam auto reflex my eyes will blink.
Today after a few hundred attempt (exaggerate jer tu) by the sales assistant finally masuk jugak benda tu dalam my eyes. Fuhhh.....
So what do you think does grey color looks nice on me?
I like it but the problem is that macamana nak masukkan.....I penakut....
I have to think tonite to take or not....but nicekan....korang kata tak nice pun I still kata nice =P

Notice my trim eyebrow? Tak ler semak sangat....semalam I pergi treading. Nak menitis air mata mak menahan sakit semalam. The things that women will do to be beautiful.

Wednesday, September 16, 2009

Sebalang kuih raya

gulp.....atas meja saya...

tutup mata...takut tergoda =P


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin