Friday, October 31, 2008

Plan tergendala...

Dah berkobar-kobar ni nak pergi Parkson Pavilion nak cari kasut. Sekali kaki terseliuh depan office tu. Terus terduduk kat tepi jalan tu menahan sakit. Malunya kat orang lalu lalang. Ada jugak yang baik hati bertanya, ok ke tidak.

Nampak tak dah bengkak tu. Nak jalan pergi klinik, alamak tak larat rasanya sebab sakit sangat ni. So option kedua, sapu minyak tiger balmlah dulu....huhu.....sakitttttt.

I always sprain on same side of the leg....always. Agaknya tulang dia dah tak kuat kot. Kesan hitam kat buku lali tu according tu doctor, pernah patah agaknya. I pernah jatuh tergelincir kat rumah orang kawin. Lepas tu kaki bengkak giler, tak boleh berjalan. Suruh my mak sedara urutkan aje. Should've gone for an x-raylah masa tu.

Rosak plan nak cari kasut nak pi rumah orang kawin dengan my niece punya birthday party besok :(

Thursday, October 30, 2008

Excuse me....

Hari ni terasa nak makan kat foodcourt KLCC, bukan yang tengah tu yang kat hujung tingkap 4 tu. Lupalah nama foodcourt tu. Anyway, I tried wantan mee and Hubby makan mee kari. Alamak barulah ku tahu yang wantan mee tu rasa macam mee buh kicap jer. But the fishball soup that came with it was yummylah. At least dah rasakan, so lain kali orang tanya boleh ler bagi opinion.
Anyway, foodcourt tu biasalah kalau pukul 12.30 memang penuh and susah nak dapat seat punya. But, the quick and efficient me (puji diri sendiri ni :P) managed to get a seat dengan cepatnya. Kena buat muka seposen sikit ler, tunggu tepi table orang yang ala-ala nak habis makan tu sambil memberi senyuman penuh makna.

Since our table, is actually meant for 4 people and it's just the two of us. Bila ada amoi ni cakap nak tumpang duduk sebelah I, I willingly bagilah. I kan baik hati dan tak sekejam dan buta hati seperti sesetengah orang (tu ada cerita gak...jap lagi). Walaupun Amoi itu telah mengacau date kami, tak leh nak beromantik berdua kat meja tu...I don't mind at all. Tapi yang tak syoknya, ada ker right after she ate, dia terus blow hidung dia guna tissue a few time. Kurang asam punya orang. Terus terbantut selera I nak makan. Orang dah bagi duduk tu, hormatlah sikit kat orang lain. Pi ler blow your nose kat toilet ker or somewhere else. Pengotor betullah. Pastu letak jer tissue kotor tu atas meja. Some people just don't have the manners ler. Nasib baik ler my parents ajar I suh berbudi bahasa kalau tak nak jer aku sound sekali.

ni mee kicap tu ye :P

my hubby's mee kari

teh tarik...tapi sekarang perut saya banyak angin ler :(



gambar ni ambik kat TGV tadi...I didn't know that the right hand corner tu Robert Downey Jr till Hubby told me


Kami sempat jalan-jalan cuci mata kat Sony yang same floor dengan TGV tu. For a RM220,000, I'd rather buy a house than buy that TV. Told Hubby, kalau kita beli TV ni, rumah kita jadi macam panggung wayang...kita kenakan surcharge sapa yang datang nak tengok TV :P

I managed to singgah at Kunikuniya to buy my must buy GLAM. I just love looking at the handbag pics in the magazine. I yalah kuota beli handbag tahun ni dah habis. Nak beli kena tunggu tahun depan. Kalau tak nanti menjerit Hubby saya :P Tak dapat beli, dapat tengok pun jadilah especially collection orang.



Oh ya, while we were queing at the bank kat bawah tu. It was quite a long queue lah to the cash deposit machine. Adalah 2 orang minah ni dengan selamba rocknya telah memotong queue. Not nicelah macam tu. Bila ditegur, buat muka seposen jer...isykk...betullah muka tembok. I really hate people cutting queue, I dengan selambanya menegur this one man yang ala-ala nak potong queue jugak..."Excuse me, I think there's a queue here". Dengan tersenyum malu, teruslah dia berlalu pi beratur kalau tidak kot sedap dia jer. Minah yang tadi tu, buat-buat tak nampak orang jer. Is Malaysian too polite tu tegur orang lain or too stuck up tak peduli pasal orang lain?

Pose syok sendiri


Hari ni tengoklah pose anak saya yang syok sendiri ya. Malam tadi dalam kereta dia sibuk suh ambik gambar dia tengah berposing ni :)

Wednesday, October 29, 2008

Action movie, anyone?

Bukak-buka mata jer, I saw these on my table. (Yes..I do take naps in the afternoon, if I don't have any shopping agenda for the day :P) In today's case more like tido mati jer sebab tak sedar langsung bilalah my collegue letak these CD's on my desk (harap2 aku tak berdengkur ker apa ke...kalau tak maluuuuu). Speaking about collegue, ada kawan yang mengadu kata dia dipanggil "my girl" atau "my staff" by her senior exec. which is a bit not nicelahkan since my friend ni yang bawak masuk senior exec dia tu into this company. All my bosses tak pernah address kami as their staff instead we're address as their collegue, which sounds nicer, I guess.

Back to the CD's...what's with all the ganas-ganas movie?. Do I look like a violent type?. I prefer those romantic comedy movies, FYI. If given a choice, at all times I'll prefer a girly movies instead of the ganas-ganas one. My Hubby usually watch those ganas-ganas movie alone...tak koser nak tengok melainkan terpaksa. Terpaksa meaning that dah ada kat panggung wayang tu and tak ada cerita lain nak tengok selain cerita action pack itu :P

But mostly, we terpaksa dan dipaksa untuk menonton cerita either cartoons or animation sebab budak-budak bertiga tu nak tengok. Oklah, at least the whole family enjoyed it. When the kids are happy, Mama's happy too.

Cerita Hantu?.Ohh...saya suka gak tapi Hubby pulak tak suka sebab dia penakut...hehehe. Dia kata kalau dia tengok cerita hantu nanti malam dia tak boleh tido sebab terbayang-bayang hantu tu. Cehh...badan jer besar tapi penakut. Bayangkan nak tengok cerita "Kekasihku seru" yang kat TV3 tu pun siap terpekik2, "Mama...Mama...meh ler duduk kat Ayah". Sekarang si Adik pun dah jadi penakut macam Ayah dia. Sampaikan kalau dia nak tido, Mama dia tak leh nak pi mana2. Kena temankan sampai dia betul2 tido, kalau tak dia menangis sekuat2 hati.

Oppsss..stori CD dah meleret-leret. Bilalah nak tengok CD tiga keping ni? Bagi kat Hubby sure dia suka. Kalau gimme "Sex and the city " movie ker...malam ni jugak aku sanggup tengok although besok keje :)

Wash your hand PLEASE!

Topik pada hari ini ialah.....tolonglah basuh tangan after you've used the toilet. Aiyohh...sakit hati betul bila orang keluar toilet pastu tak basuh dan terus pegang door knob toilet tu untuk keluar. Pleaselahhhh...it's unhygenic. Adalah sorang minah kat my office ni, different dept. Everytime she uses the toilet, I noticed mesti dia tak basuh tangan after that. Gelilah...tolonglah basuh tangan. The germs can be transfered from your hand unto the door knob then transfered to somebody elselah...mangkuk (kan dah kena!).

Takkanlah dah tua-tua bangka nak kena tegur kot suh basuh tangan, kang malulah pulak. Berdosa menjatuhkan aib orang ni. So every time minah ni keluar toilet tu dulu from me, I'll used a tissue paper to pegang the toilet door knob. Pakai lawa-lawa pun tak guna kalau pengotor....eeeee. Nak jer aku lekat gambar macam kat bawah ni kat pintu bilik air tu....kang aku buat kang...

Tuesday, October 28, 2008

Bila Adik melukis lagi

Si kecik tu semalam bagi lagi satu lukisan dia. Seperti biasa dia kena diri sebelah Mama dia. Ayah dia merajuk semalam sebab gambar Ayah hujung belah sana. Tiap kali dia lukis gambar Ayah sure tak lupa lukis perut buncit ayah dia tu ..hehehe.

Nampak tak semua ada love atas kepala....we'll I'm bless with a loving family. Alhamdulillah. Mama loves all of you.

Monday, October 27, 2008

3 open house in a day but..

Hari ni kami ada 3 open house. Semuanya jarak jauh-jauh antara each other. Ist house rumah cousin saya kat Bukit Jalil. Cousin saya ni kalau buat open house, parents saya sure diinvitenya. Kalau parents saya dijemput kitaorang adik beradik dah macam wajib pulak pergi. (Sementara nak tulis cerita ni, Hubby datang kacau, laptop dia ada...dia nak jugak kacau laptop saya..eee....geram sungguh). Hari ni cousin saya masak mee rebus, rendang dengan nasi impit. I makan punyalah banyak sebab rendang resepi arwah Mak Teh I (mak I punya elder sister) punyalah sedap sampai bertambah-tambah walaupun tau yang ada lagi 2 bijik rumah lagi nak pergi.


Kami sekeluarga sebenarnya dah pergi beraya rumah dia 1st Syawal hari tu. So anak saya tak dapat dah ler duit raya tapi cousin saya bagi si kecik tu coklat satu box.Dalam kereta si Adik dah bising nak bukak kotak coklat tu walaupun Ayah dia tak bagi. Bila dah bukak, bukannya coklat tu yang ditujunya tapi plastik gelembung tu yang dia tangkap dulu. Dia main letup-letupkan gelembung tu. Cairlah coklat tu dalam kereta nanti sebelum sempat sampai rumah.


Ni koleksi cousin saya. Sementara tunggu si Adik pergi toilet, Mama dia sempat lagi mengambik gambar koleksi orang. Kotak tin biskut pun cousin saya buat khazanah kat dapur dia tu siap buh kat rak tinggi tu. Lupalah pulak nak ambik gambar loceng yang cousin saya letak kat dapur dia tu. Tinggi bell tu, orang lain tak sampai accept for my Dad sebab dia tinggikan.

loceng dia macam ni ler...tapi gambar hiasan jer

Rumah kedua pulak dekat Bukit Jelutong tu. Jalan sakan kami hari ni. Seganlah pulak nak ambik gambar kat rumah no 2 tu sebab tu rumah customer Hubby saya. Perut dah boleh sumbat lagi makanan sebab makan banyak sangat kat rumah my cousin tu. So seperti biasa, rasanya semua rumah open house mesti ada punya...sate. Makan sate jer ler. Kalau makan jugaklah nasi beriani tu, mau meletup perut.

Area rumah no 2 ni nampak serene sangat. Rumah kat atas tu, siap ada macam verandah kat atas tu. Sure leh nampak semua highway.

Last for today, kat TTDI kat bangunan BAKTI tu. Alah area yang sama dengan Majlis Hari Raya TTDI post yang sebelum2 ni tu. Ni rumah terbuka collegue Hubby saya. Ada macam-macam. Laksa ada, nasi impit dan lain-lain ler tapi disebabkan tank perut saya tak sebesar tank perut hubby saya. Saya makan coklat cake jer...sehingga menjilat sudu punyalah sedapnya. Sampai 3-4 kali suruh Abang ambikkan. Mamanya penyegan...hehehe.

Don't ask why there's an egg sekali dengan buah lai itu...saya pun tak tau

Tapi malam ni saya tetap kena masak gak....apasallah semua open house masa siang. Kalau ada sebijik malam pun jadilah sebab tak payah ler saya masak....hehehe. Disebabkan tahap kemalasan Mama yang tinggi... Ayah, Abang, Kakak, Adik......makan nasik goreng jerlah ya :P

Raya lagilah



Kenapakah saya memakai selipar warna pink?. Sebab saya telah dipaksa oleh minah pink dua orang itu. Tiga hari cuti, 3-3 hari dapur saya tak berasap sebab banyak undangan open house. Orang dah jemput pi jerlah kan. Ikutkan hari ni malas nak keluar rumah sebab besok dah kerja balikkan tapi hari ni ada 3 openhouse. Nasib baiklah ada drebar....hehehe

Sunday, October 26, 2008

Adik's big day

Semalam concert dan graduation day anak sayalah. Masa nak pergi tu jalan Federal Highway tu jamlah pulak. Ingatkan apahallah rupa-rupanya ada kereta dah turn turtle. Kitaorang sampai dekat pukul 1.40 macam tu. Nasib baiklah ada tempat lagi nak duduk sebab auditorium tu dah hampir nak penuh. Ingatkan concert start pukul 3, tak adalah orang nak datang cepat sangat. Well I guess I was wrong. yang datang lambat tu either kena naik atas atau duduk kat tangga jerlah. My pics are small sebab jauhkan. Malas nak pi depan pentas tu. Lagipun sekolah atas jual CD concert and pics by professional photographer. Sediakan jerlah duitnya.


Posing sebelum masuk dewan





props guitar ni by the end of concert dah kena sapu dengan orang


Kakak keboringan sementara tunggu pukul 3

Concert start exactly pukul 3. Oklah tu considering it's a production by kindergarden'skan. Sure susah teacher-teacher tu nak organize budak-budak tecit tu semua. The opening speach by the kids were given in English, Malay, Chinese and Tamil. Comel sangat.


Gambar-gambar kat bawah ni actually in random order sebab saya malas nak susun dia ikut sequence performance.It was a colorful performance. Kelakar pun ada sebab ada budak-budak yang macam blur atas pentas tu. Stage fright kot...hehehe. Orang lain sibuk menari, dia dok kaku macam tiang lampu kat tengah-tengah tu. Ada yang dok syok pusing stage tu sorang-sorang macam YB, sedangkan kawan-kawan lain dok buat performance.

ni tarian lebanese, gelek-gelek jangan tak gelek

A-go-go rampak.



Ni tarian banghra(betul ke spelling?) Budak kecik yang kat tengah2 tu comel sangat. Dia nari wahh...bersungguh2 betul . Besar nanti ada can jadi performer, ganti Datuk Shah Rukh Khan...hehehe


anak dara saya ni susah tul nak ambik gambo dia sebab dia dok asyik pandang tempat lain





ni tarian Hawaii

budak lelaki yang hujung belah kanan tu, yang tulah sudah jadi macam tiang post. Mungkin partner dia tak turn up kot. tu yang dia frust bebenau. Siap ada adegan tolak menolak atas stage kerana berebut awek..hahaha. The little yellow chicken's


see dia masih blur...lupa nak bagitau budak-budak kuning ni diaorang dalam kelas ECP (Early Childhood Program), umur diaorang 2-3 tahun. Comel ya amatttttttttttttttttttttt....even teacher diaorang pun cakap. Ni destress class dia sebab these kids are so adorable. I totally agree. They are damn cute...awwww


budak kat atas tu remind me of my nephew


ni performance apa ehh...lupalah pulak


the little gymnast


in action


colorful...cantikkan


after reciving their scroll. Ramai sebenarnya atas stage tu


they are so adorable


see she's smiling happily :)
Sebenarnya banyak lagi gambar. Ada dekat 60-70 keping. Tapi takkan nak download semuakan :P
Balik tu sempat singgah rumah kawan my hubby punya openhouse. Terisi jugak perut yang lapar. Plus ada teh tarik...arghh sedapnya. :)


video

mintak maaflah jika anda mendengar bunyi orang bercakap dilatarnya...ialah unprofessional camera man...hehehe

Saturday, October 25, 2008

Sneak preview


Storynya ...nanti dulu ya. Penat sangat ni :)

Today is her big day and own CC

Today is my youngest daughter big day.It's her concert and graduation day. Hari ni graduate dari Kiddy, nanti tup-tup dah graduate dari university pulak (Insyaalah). Cepatnya, next year all my babies dah masuk sekolah. All grown up...huhu. I doklah kecek Hubby nak baby lagi, tapi nampaknya seperti tak berjaya jer sebab dia tak larat nak bangun malam. Masa anak-anak saya baby dulu, my hubby did everything. Change their diaper and take care of them kalau baby bangun malam. I'll just have to bagi susu jer kat baby. Tu yang I sayang sangat my hubby :) Alamak melalut pulak.

Pagi-pagi lagi, si kecik tu dah harrassed Mama dia suh hantar pi concert dia. Pukul 3 baru start ler...dia dah memekak pagi-pagi buat. She's so excited today. Concert pukul 3 tapi 1.30 kena ada dah kat sana. Awalnya...kitaorang nak buat apa kat sana sampai 5 jam, the concerts ends at 6. Tonight or tomorow I'll upload the pics, Insyaallah.

Anyway, my house is turning into a cyber cafe already. Just look at the pic below.


3 different brand...Compaq, Dell and Toshiba


si kenit tu sibuk dengan game Barbienya

mine's the one in centre, the other two belong to the boys

Kat rumah ni semua orang dok sibuk menngadap lappy masing-masing. Nampaknya nak communicate with each other kena guna YM jerlah lagi senang daripada terpekik-pekik :)

Friday, October 24, 2008

Should I choose a side?


What should you do if you are stuck in the middle of a very messy office politics. Do you take side or do you remain neutral? My Hubby said that the one on the pagar always at the losing side? Betul ker? I hate being in this situation. What do you think?

Thursday, October 23, 2008

Durian cendol yang umphh

Hari ni lunch kat foodcourt Pavilion. Sebenarnya hari ni langgar pantang sekali lagi, makan nasi lemak for bfast. Sungguhlah menggemukkan. Ini semua sebab tergoda dengan bau-bauan nasi lemak yang my my collegue makanlah ni. Diaorang ni semua tiap-tiap hari belasah nasi lemak. Kalau buat monthly weight check agaknya, mesti badan sorang-sorang naik punyalah.

Semalamkan dah kena dera buat kerja time lunch so hari ni balas dendam pi makan kat Pavilion. Tujuan sebenar nak cari kasut platforms yang macam gambar kat bawah ni. Last Sunday dah terbekenan satu kat Vincci Ikano Centre tu tapi tak ada saiz 5. Pergi kat Padini kat The Curve tu tak ada pulak. So hari ni cuba nasib tengok kat Vincci Pavalion pulak. Malangnya, sekali lagi tak ada. I saw one at Charles and Keith tapikan memandangkan duit gajinya belum dapat lagi (cepat ler sikitt ooii....) dan check yang baru dapat tu belum clear lagi. Check apa ya?. Itu next post ya. So terpaksalah ku pendam dulu.

Silalah jamu mata jer ya...

durian cendol

ni kawan I punya ...licikang rasanya


ada prawn dalamnya...sedap

my friend had this


I makan beef naan wrap...kenyang makan dua ni


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin